15/06/2020
MODEL AIDA
TEMA : SOSIAL
ISU : LGBT
NAMA: NURUL NADIAH BINTI YUSOFF
NO. MATRIK : 269707
KUMPULAN : G (1)
Apa itu LGBT?
LGBT yang juga kadangkala dipanggil GLBT adalah merupakan satu akronim yang merujuk secara kelompok kepada golongan le***an, gay, biseksual, dan transeksual. Dalam kegunaan sejak 1990an, istilah LGBT adalah keserapan parap LGB. Dalam kegunaan moden p**a, akronim ini berkaitan dengan perbezaan budaya gay.
Akhir-akhir ini semakin ramai pengamal LGBT yang keluar dari âguaâ dan menuntut agar LGBT diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sekarang. Pelbagai cara telah di lakukan sama ada secara terang-terangan atau halus tanpa kita sedari. Perkara ini diburukkan lagi dengan pendirian ramai ahli politik sekarang yang seolah-olah kurang mengambil berat tentang isu-isu LGBT ini. Malah ada yang secara langsung dan tidak langsung menyokong gerakan untuk âmenghalalkanâ LGBT ini agar diterima dan sah di sisi undang-undang negara kita.
Negara pernah dikejutkan dengan kisah rakyat kita yang belajar di luar negara yang hilang dan tidak dapat dihubungi oleh keluarganya. Selepas beberapa ketika, didapati beliau telah berkahwin dengan pasangan sejenisnya. Gambar perkahwinan Ariff Alfian Rosli dengan pasangan lelakinya memakai baju melayu lengkap cukup menggemparkan rakyat di negara kita lebih-lebih lagi ia melibatkan kepercayaan Ariff Alfian Rosli yang diketahui umum beragama Islam. Tajaan biasiswa Petronas kepada Ariff Alfian Rosli telah ditarik kembali akibat tidak meneruskan pengajiannya. Individu atau organisasi yang menyokong LGBT semakin berani menonjolkan diri bermula pada awal tahun 90an. Gerakan ini dipelopori melalui pelbagai organisasi yang bermula dari barat yang mengamalkan kebebasan hak asasi mutlak individu. Ia semakin hangat dibincangkan di peringkat global seiring dengan arus kemodenan yang semakin melupakan norma dan nilai kehidupan yang dianggap sebagai penghalang kemajuan yang dikaitkan dengan keterbukaan pemikiran, terutamanya perkara-perkara yang dianggap sebagai âTabooâ sebelum ini.
Beberapa forum antarabangsa yang membincangkan berkenaan hak asasi pengamal LGBT ini antaranya adalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). Manakala yang menentang p**a ialah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). PBB dan WHO sangat terbuka dalam menyokong gerakan LGBT ini sehingga sering menekan negara-negara yang masih tertutup dan melarang perlakuan LGBT ini atas nama pelanggaran Hak Asasi Manusia.
Dalam disiplin ilmu psikologi, perlakuan seks didefinisikan sebagai perilaku yang menggambarkan ekspresi dengan wujudnya unsur erotisme. Erotisme adalah kemampuan secara sedar dalam mengalami hasrat terhadap dorongan seks, orgasme atau keadaan lain yang menyenangkan berkaitan dengan seks. Jika kita merujuk kepada maksud erotisme tersebut, ketika seorang lelaki berpegangan tangan dengan lelaki yang lain disertai dengan perasaan erotis, maka mereka telah dianggap melakukan aktiviti seksual.
Pengertian lebih terperinci adalah Le***an. Secara umumnya Le***an dimaksudkan dengan perlakuan hubungan luar tabieâe dan songsang diantara dua wanita yang memiliki jantina yang sama. Dari pandangan Islam, perkataan le***an ini lebih dikenali sebagai âmusahaqahâ. Menurut Kartini Kartono (2016), le***an didefinisikan sebagai wanita yang merasakan rangsangan seksual atau memiliki perasaan cinta terhadap seseorang wanita. Sesungguhnya hubungan sonsang le***an ini terdiri daripada perbuatan seperti menyentuhkan, menggesekkan alat kelamin dan bukanya ejakulasi. Di Malaysia, perlakuan negatif ini dikategorikan sebagai satu kesalahan disisi undang-undang yang boleh dikenakan hukuman yang sejajar dengan perlakuan tersebut.
Seterusnya gay, Kamus Dewan dan Pustaka edisi keempat mentakrifkan gay sebagai seorang lelaki yang memiliki daya tarikan seksual terhadap jantina sejenisnya. Gay merupakan suatu istilah yang umumnya digunakan untuk merujuk individu homoseksual atau personality homoseksual. Gay juga membawa maksud yang hampir sama dengan le***an iaitu berkaitan dengan hubungan songsang dan luar tabieâe tetapi fenomena gay ini berlaku diantara lelaki bersama lelaki. Walau bagaimanapun sesetengah individu lebih biasa dengan perkataan âliwatâ yang membawa maksud yang sama dengan perkataan gay.
Sementara itu, biseksual (bisexual) merupakan individu yang sedikit berbeza dengan yang lain iaitu mereka yang dapat menghayati jalinan emosional dan hubungan seksual dengan kedua-dua jenis jantina mahupun lelaki atau wanita. Secara ringkasnya, biseksual adalah suatu kebiasaan yang mengamalkan aktiviti persetubuhan bebas antara pasangan lelaki dan wanita. Disamping itu, pasangan yang dimaksudkan disini juga termasuk individu yang sudah menjalinkan hubungan persetubuhan sebelum dan selepas berkahwin iaitu dengan menukar pasangan berkahwin dengan orang lain.
Transgender. Menurut sejarah etimologi transgender berasal dari dua perkataan iaitu trans yang bermaksud âpemindahanâ dan gender p**a bermaksud jenis jantina atau kelamin. Secara keseluruhanya istilah transgender membawa maksud kebiasaan songsang untuk bersifat dan berkelakuan bertentangan dengan kelamin iaitu lelaki bersifat sebagai perempuan dan perempuan bersifat sebagai lelaki. Dalam hal ini, amalan ini turut mendorong kepada pengubahan jantina yang dilarang oleh Islam sama sekali. Dalam hal ini, Islam hanya menghalalkan menukarkan jantina bagi etnik khunsa iaitu mereka yang mempunyai dua alat kelamin sejak lahir. Oleh itu, Islam melarang sama sekali penukaran jantina bagi individu yang sudah lahir dalam keadaan normal.
Punca yang utama yang menyebabkan berlakunya LGBT ini adalah keluarga. Institusi keluarga merupakan institusi paling penting dalam pembinaan sebuah negara. Negara akan terbantut sekiranya institusi keluarga rapuh. Ibu bapa memainkan peranan besar dan signifikan dalam memastikan pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan berkualiti seterusnya secara tidak langsung akan membentuk sebuah negara yang maju dan berdaya saing di peringkat global. Hakikatnya, sekarang ramai ibu bapa yang terdesak dalam memenuhi keperluan ahli keluarga sehingga terpaksa bekerja lebih masa dan menyebabkan anak-anak kurang mendapat perhatian serta kasih sayang. Tekanan yang semakin mendesak adakalanya menyebabkan ibubapa mendera anak-anak mereka. Kesan penderaan ini menyebabkan anak-anak tertekan dan menyebabkan mereka mencari identiti sendiri di luar rumah dan keluarga terdekat yang memungkinkan mereka bergaul dengan kawan-kawan yang salah seterusnya terpengaruh dengan gejala LGBT.
Kurang pengetahuan atau amalan agama adalah merupakan faktor kedua. Kebanyakannya merupakan golongan profesional yang memiliki kerjaya yang baik namun menyokong dan terlibat dengan amalan LGBT. Ini kerana mereka telah mengasingkan budaya kehidupan mereka dengan perkara yang dianjurkan oleh agama. Fahaman sekularisma ini semakin banyak mempengaruhi masyarakat kita sekarang. Mereka mengasingkan sepenuhnya kehidupan dunia dan agama menyebabkan mereka tidak mengambil kira isu dosa, pahala, halal dan haram atas perbuatan yang dilakukan. Fahaman ini lebih awal berlaku semasa Zaman Renaissance di Barat sewaktu Revolusi Industri yang mengasingkan sepenuhnya kehidupan dengan urusan gereja. Kesannya manusia semakin jauh daripada agama dan menyebabkan hidup tidak terarah kerana hilangnya pedoman lalu terjebak dengan budaya hidup songsang ini. Ibubapa juga tidak menerapkan ilmu agama yang secukupnya terhadap anak-anak di dalam institusi kekeluargaan.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya iaitu kebiasaannya berlaku bagi remaja yang bersekolah sama jenis âboy schoolâ / âgirl schoolâ menimbulkan keinginan berpasangan sama jenis. Terdapat juga di mana situasi dipengaruhi rakan homoseksual bagi individu yang kurang jati diri dan pengetahuan agama untuk melawan pengaruh tersebut. Selain itu, perasaan kesunyian dan memerlukan teman juga mendorong ke arah penularan gejala ini. Ia berkait rapat dengan individu yang tidak mendapat tindak balas untuk menjalinkan hubungan perasaan dengan yang berlainan jantina.
Seterusnya, cara hidup yang terlalu terbuka serta kekosongan jiwa membawa kepada pencarian idola atau ikutan dalam kehidupan. Pemujaan kepada golongan artis oleh remaja kini amat membimbangkan. Ia dimanip**asi oleh pelbagai pihak yang memiliki kepentingan dalam mencari untung. Penganjur melunakkan konsep konsert dengan berselindung disebalik konsert amal kononnya untuk membantu penghidap AIDS, mengisi tabung bantuan dan seumpamanya. Semua ini dengan tujuan meraih keuntungan besar sekaligus beramal kononnya. Role model yang positif dan baik sebagai contoh ikutan semakin berkurangan sama ada di peringkat individu mahupun pimpinan.
LGBT ini secara umumnya banyak memberi kesan negatif. Kesan LGBT terhadap individu adalah menyebabkan kelebihan dan kebolehan pada diri sendiri tidak diiktiraf. Aktiviti harian yang dilakukannya juga tidak dapat diterima oleh masyarakat. Selain itu, golongan LGBT juga sangat berisiko untuk menghidap penyakit yang sangat berbahaya seperti AIDS, HIV dan pelbagai penyakit kelamin. Namun begitu, perbuatan LGBT juga sangat memberi impak kepada keluarga seperti keluarga akan berasa sangat kecewa, keharmonian dalam institusi keluarga terganggu serta nama baik dan maruah keluarga tercalar. Kesan terhadap masyarakat p**a adalah perbuatan LGBT mencerminkan kemunduran masyarakat dan ia juga memusnahkan kekuatan moral masyarakat.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia seperti Peruntukan Undang-Undang Malaysia berkaitan LGBT (menangani perlakuan LGBT melalui Penggubalan dan Penguatkuasaan Undang-Undang) iaitu:
1) Seksyen 25 (kesalahan liwat)
2) Seksyen 26 (musahaqah atau le***an)
3) Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) Ketiga-tiga kesalahan di atas, jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000, dipenjara tidak lebih tiga tahun, disebat tidak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.
4) Seksyen 35 (menggalakkan maksiat) Memperuntukkan mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat adalah melakukan suatu kesalahan. Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000, dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
5) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) diikuatkuasakan kepada umat Islam.
LGBT adalah kump**an manusia yang wujud di seluruh dunia. Kump**an ini dianggap kump**an minoriti yang mana bukan sekadar hidup dengan cara yang salah malahan turut memperjuangkan cara hidup tersebut supaya diterima oleh masyarakat secara global. Secara kesimp**anya, LGBT ini boleh didefinisikan sebagai golongan songsang yang menyalahi norma akal. Walaupun diterima di Barat namum LGBT ini tidak sesuai diamalkan di negara Malaysia kerana bertentangan dengan budaya dan agama kita. Undang-undang LGBT juga perlu diperketatkan lagi bagi membanteras gejala ini menular.
Walaupun golongan LGBT ini amat s**ar untuk dikenali, namun ia perlu dibendung melalui kempen-kempen kesedaran yang berkesan dan juga melalui kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO). Masyarakat di Malaysia perlu sentiasa diingatkan mengenai kesan-kesan negatif jika mengamalkan LGBT.
Selain itu golongan LGBT juga harus dikawal dan dicegah melalui perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Tindakan agresif perlu disyorkan agar golongan ini tidak teruk memperlekehkan dan menghina perundangan syariah di Malaysia. Melihat bahawa negara kita, Malaysia yang terdiri daripada majoriti pop**ariti umat Islam, maka budaya LGBT ini haruslah disekat. Budaya ini dapat disekatkan dengan mewujudkan mekanisme dan pelan perancangan yang rapi bagi memulihkan gologan LGBT ini. Bantuan dari segi kaunseling, psikologi, dan perbuatan secara percuma juga dapat membantu dan penyekatan budaya songsang ini.
Perlakuan atau amalan songsang LGBT dapat kita simpulkan sebagai satu amalan yang tidak mempunyai apa-apa manfaat dan semestinya wajib untuk kita tolak sepenuhnya. Kemudaratan yang diakibatkan oleh amalan songsang LGBT ini mencakupi bukan sahaja sistem kekeluargaan yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah negara malah kepercayaan/agama, sosio ekonomi, masyarakat dan banyak lagi akan secara tidak langsung turut terjejas. Sama-sama kita berganding bahu, rapatkan barisan, kukuhkan pegangan dan amalan agama di dalam masyarakat untuk menangkis gejala negatif serta perbuatan yang tidak beretika ini, seterusnya mengelakkan generasi kita dari terjebak dengan amalan songsang LGBT. Semoga diri, keluarga dan masyarakat kita dijauhkan dari pengaruh amalan LGBT bagi menjamin keutuhan pewaris negara dan bangsa pada masa hadapan.