SR Arab JAIM Tun Razak, Melaka

  • Home
  • SR Arab JAIM Tun Razak, Melaka

SR Arab JAIM Tun Razak, Melaka Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum,
Kalam pembuka SRAJTR ucapkan;
Akademik dan Diniyah teras kurikulum,
Buat anak-anak jadikan bekalan. Ustaz Yaakob b Md.

https://linktr.ee/_SATURA_ PENGENALAN

Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak (SRAJTR), merupakan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), yang menggunakan 2 jenis kurikulum iaitu Akademik (silibus aliran perdana Kementerian Pelajaran Malaysia) dan Diniyah (enam matapelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa penghantar). Sekolah ini telah ditubuhkan pada Januari 2002 dan terletak di Kampun

g Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. Status lokasi bangunan sekolah sebelum ini adalah menumpang iaitu penggunaan bangunan sekolah secara bersama dengan Sekolah Rendah Agama JAIM Kampung Tun Razak (SRAJKTR) dan kini SRAJTR telah pun beroperasi di bangunan sekolahnya yang sendiri di Lot 1679 Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. SEJARAH AWAL BANGUNAN SEKOLAH

Bangunan asal sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Husin bin Rashid pada tahun 1985. Pada awal tahun 1996, sebuah bangunan yang agak lengkap fasilitinya dibina untuk sekolah ini (SRAJKTR) hasil sumbangan orang ramai serta Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Bangunan tersebut kekal dibina di atas sebidang tanah Lot 2360 dan kedudukannya adalah bersebelahan dengan Masjid Ar-Rahman Kampung Tun Abdul Razak. Bangunan ini menempatkan 7 buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik guru, pejabat dan bangunan tandas. Sekolah ini terletak lebih kurang 9 km dari Bandar Melaka. Pada 5 Januari 1998, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan bangunan sekolah ini. Pada tahun 1999, sebahagian bangunan sekolah ini telah digunakan sebagai Kampus Universiti Berkembar Al-Azhar sehingga awal tahun 2001, yang dikenali sebagai Kuliah Dirasat Islamiyyah Wal Arabiah Melaka (KDIAM). Pada tahun 2000, sebuah lagi bangunan tambahan telah dibina atas peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bangunan tambahan tersebut telah diuruskan oleh JAIM pada tahun 2002. Bangunan tambahan tersebut mempunyai 4 bilik darjah. Pada Mac 2013, SRAJTR telah pun berpindah ke bangunan sekolah yang baru di Lot 1679 Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. Kini SRAJTR sepenuhnya beroperasi di dalam bangunan sekolahnya sendiri dengan kemampuan menyediakan 12 buah kelas (2 buah kelas bagi setiap Tahun) dan mempunyai bilik-bilik khas seperti Pejabat Pentadbiran, Bilik Mesyuarat, Bilik Guru Lelaki, Bilik Guru Perempuan, Perpustakaan, Musolla, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bilik Pemulihan, Bengkel RBT, Bilik Sukan, Bilik Kesihatan dan Bilik Operasi SPBT serta prasarana seperti kantin, tapak perhimpunan, pentas, dewan gabungan kelas dan pondok rehat. SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM TUN RAZAK

Pada Januari 2002, sekolah arab ini ditubuhkan dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Arab Al-Falah Kampung Tun Abdul Razak sehinggalah pada tahun 2003, namanya ditukarkan secara rasmi sebagai Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak. Pada ketika itu, sekolah ini diuruskan oleh JAIM sepenuhnya. Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini hanya mempunyai murid seramai 29 orang sahaja yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Bilangan guru dan staf sekolah p**a adalah seramai 5 orang. Pada Januari 2006, sekolah ini didaftarkan bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dengan mengekalkan nama yang sama sehingga kini. TERAS KURIKULUM

Sekolah ini mempunyai 2 jenis kurikulum iaitu :

1. Kurikulum Diniyah
Silibus aliran agama dengan menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa penghantar. Terdiri daripada 6 matapelajaran agama iaitu :
- Al-Quran (QR)
- Bahasa Arab (BA)
- Feqah (FQ)
- Tauhid (TH)
- Sirah (SR)
- Akhlak (AK)
Di tahun 5 pembelajaran, murid-murid perlu menduduki peperiksaan Syahadah Ibtidaie’yah Arabiyah (SIA) yang diadakan secara selaras melibatkan seluruh Sekolah Rendah Arab Negeri Melaka.

2. Kurikulum Akademik
Silibus aliran perdana Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdiri daripada :
- Bahasa Melayu (BM)
- Bahasa Inggeris (BI)
- Matematik (MT)
- Sains (SC)
- Rekabentuk & Teknologi (RBT)
- Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
- Jawi (JW)
- Pendidikan Seni Visual (PSV)
- Pendidikan Jasmani (PJ)
- Pendidikan Kesihatan (PK)
- Pendidikan Sivik (SV)
- Sejarah (SJ)


GURU BESAR

Sejak ditubuhkan sehingga sekarang, seramai 6 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini iaitu :
1. Amin (Januari 2002 – Disember 2002)
2. Ustaz Abdul Razak b Md. Nor (Januari 2003 – Disember 2003)
3. Ustaz Bazri b Abu Bakar (Januari 2004 – Januari 2005)
4. Ustaz Mohd Kamal b Ahmad (Februari 2005 – Mac 2005)
5. Ustaz Syaari b Rahudin (April 2005 – Februari 2016)
6. Tuan Haji Ramli bin Abu Samah (Mac 2016 – Mac 2021)
7. Puan Rosna bt Arshad (April 2021 - sekarang)


WARGA SATURA TERKINI

Bilangan murid sekolah ini sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Pertambahan bilangan murid ini secara tidak langsung memerlukan pertambahan bilangan guru. Sehingga kini, jumlah murid di sekolah ini adalah seramai lebih kurang 420 orang. Manakala jumlah guru yang berkhidmat termasuk barisan pentadbir adalah seramai 42 orang dan bilangan staf p**a adalah seramai 4 orang. Barisan Pentadbir :
Puan Rosna bt Arshad - Guru Besar
Encik Zakaria bin Abd Ghani - Guru Penolong Kanan 1
Puan Izdihar bin Ismail - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Mohd Yusoff bin Zakaria - Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Encik Muhammad Fairous bin Iskandar - Guru Penolong Kanan Diniyah

Barisan Guru KPM :
Puan Rosna bt Arshad (Guru Besar)
Encik Zakaria bin Abd Ghani (GPK 1)
Puan Izdihar binti Ismail (GPK HEM)
Encik Mohd Yusoff bin Zakaria (GPK Koku)
Encik Mohd Azrin bin Md Ali
Encik Anugerah Wira Loubna bin Mastor
Encik Muhammad Iqram bin Mustafa
Encik Azrul bin Mukhtar
Encik Muhammad Nazmi bin Ismail
Puan Ainunulkhalilah bt M. Mustapar
Puan Norhayati bt Mat Arop (Kaunselor)
Puan Rokiah bt Daud
Puan Norsalina bt Bulat
Puan Sarinah bt Omar
Puan Ida Royani bt Mahat
Puan Na'amah bt Abu Samah
Puan Siti Aminah bt Mamut
Puan Norhaslita bt Mat Arifin
Puan Nor Atikah bt Jasli
Puan Rodiah bt Amran
Puan Noordina bt Badarudin
Puan Radiah bt Basir Ahmad
Puan Siti Nur Amarlina bt Rosle
Puan Nor Amira bt Tayabu
Puan Norshabarina bt Isa
Puan Masani bt Ab Ghani
Puan Atiqa bt Amir
Puan Nur Amirah bt Mohamad Zain
Puan Hadijah bt Abu Kassim
Cik Nurin Farhana bt Omar
Cik Nabilah bt Ahmad Zulkefli
Puan Salasiah bt Abd Said

Barisan Guru JAIM :
Encik Muhammad Fairous bin Iskandar (GPK Diniyah)
Encik Mohd Fairous b Iskandar
Encik Norlizam bin Md Sukiban
Encik Muhammad Rais Fahmi b Nur Muhdiyoto
Cik Siti Najiha bt Abdullah
Puan Norafidah bt Kedon
Puan Nurul Fatiha bt Md Rawi
Cik Raudatul Hasanah bt Kinawan
Puan Siti Aishah bt Abu Samah
Cik Siti Aishah bt Muhammad Husaini
Encik Muhammad Hizami b Mohd Saharudin

Barisan Staf :
Puan Hairunniza bt Hussain - Pembantu Tadbir

Encik Ridzwan bin Hassan - Pembantu Operasi
Puan Salwati bt Mohd Ghafar - Pembantu Rendah Awam


HARAPAN SEKOLAH

Pihak sekolah sentiasa berusaha dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak SRAJTR baik dari segi kurikulum mahupun kokurikulum. Kami sentiasa berdoa agar Allah swt mempermudahkan segala urusan pengajaran dan pembelajaran untuk anak-anak di sekolah ini. Harapan pihak sekolah adalah ingin melihat anak-anak SRAJTR ini untuk terus berjaya dengan cemerlang di masa akan datang dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-21 2026Jumaat, 10 April 2026
10/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-21 2026
Jumaat, 10 April 2026

Majlis Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Pengawas 2026Isnin, 6 April 2026
10/04/2026

Majlis Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Pengawas 2026
Isnin, 6 April 2026

MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADAN 1447H 🌙🕌PERINGKAT SEKOLAHSELASA | 17 MAC 2026DATARAN SATURA
17/03/2026

MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADAN 1447H 🌙🕌
PERINGKAT SEKOLAH
SELASA | 17 MAC 2026
DATARAN SATURA

PEMAKLUMAN CUTI RAYA
17/03/2026

PEMAKLUMAN CUTI RAYA

17/03/2026

Program Ihya Ramadan SATURA

18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak! Semoga bulan mulia ini membawa keberkatan, ketenangan hati, dan keampunan daripada Allah SWT buat kita semua.

09/02/2026

Bersama sama kita membanteras salah laku buli! Katakan tidak pada buli! Kami anti buli!

06/02/2026

💫 Tamat sudah Minggu Transisi Tahun 1
Wajah ceria, senyuman manis, kenangan pertama di sekolah 💛
Semoga terus berani dan bersemangat belajar!

𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔🔥🥵🏆Catatan masa terpantasTahap 1: M. Firdhan & Haura SaffiyahTahap 2: Ahmad...
05/02/2026

𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔🔥🥵
🏆Catatan masa terpantas
Tahap 1: M. Firdhan & Haura Saffiyah
Tahap 2: Ahmad Muadz & Aisyah Ufairah

30/01/2026

Bila kantin dapat GRED A 😎✨
Makan pun rasa lebih sedap sebab bersih & cantik 🍱💯

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA IBU BAPA 2026SABTU25.1.2026Tahniah semua!
24/01/2026

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA IBU BAPA 2026
SABTU
25.1.2026

Tahniah semua!

Address

Lot 1679, Jalan Wakaf Utama 7, Kampung Tun Razak,

75450 BUKIT KATIL, MELAKA, MALAYSIA

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SR Arab JAIM Tun Razak, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SR Arab JAIM Tun Razak, Melaka:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share