28/05/2026
AllahuAkbar.. sebelum fajar hamba sempat merakam objek M16 yang di kenali Nebula Helang. M16 terletak dalam buruj Serpens (Ular) pada jarak kira-kira 5,700 hingga 7,000 tahun cahaya dari Bumi.
Ia merupakan kombinasi dua objek astronomi:
Nebula Pelepasan (Emission Nebula): Awan gas hidrogen yang bercahaya (kawasan berwarna kemerahan) disebabkan oleh radiasi ultraungu daripada bintang-bintang muda.
Gugusan Bintang Terbuka (Open Star Cluster): Dikenali sebagai NGC 6611, iaitu sekumpulan bintang muda yang sangat panas dan terang yang baru terbentuk di dalam nebula tersebut.
Ia merupakan Mazhar (tempat kenyataan) bagi keagungan, keindahan, dan sifat-sifat Allah SWT.
سبحان الله.
،والله اعلم