Mutiara Hati

Mutiara Hati

Share

Informasi berkenaan agama dari sudut pandang Ahli Sunnah Waljamaah ditekankan dalam page ini.

Ahli agama, mufti, ustaz penceramah selebriti ditonjolkan untuk memberi informasi agama Islam.

10/05/2026

Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya." (HR Bukhari No: 4801) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita. Kepimpinan adalah amanah, bukan keistimewaan.

2. Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, unit termasuk keluarga, besar atau kecil tetap akan dipertanggungjawabkan kepimpinan dibawahnya..

3. Sebagai suami akan ditanya kepimpinannya terhadap isteri, anak-anak serta yang berada di bawah tanggungjawabnya.

4. Sebagai isteri ada tanggungjawab dalam rumahtangga, sama ada terhadap suami mahupun anak-anak.

5. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab kepimpinan bersama dalam rumah tangga. Dalam membina keluarga bahagia, suami dan isteri sewajarnya saling bekerjasama berperanan memimpin dan mencorakkan rumahtangga.

6. Setiap Muslim mesti menunaikan amanah kepimpinan dengan penuh ihsan sama ada sebagai pemerintah, ketua keluarga, guru, atau ibu bapa. Setiap kepimpinan akan dinilai bukan pada pangkat, tetapi pada amanah dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Laksanakanlah amanah tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin kerana ianya akan dipertanggungjawabkan.


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah
Bahagian Dakwah, Jakim

08/05/2026
07/05/2026
07/05/2026
29/04/2026
22/04/2026

Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً

Daripada Abu Mas'ud Al-Anshari maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila seorang muslim memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah, maka perbelanjaan itu dikira sebagai sedekah untuknya." (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bagi seorang suami dan bapa kepada anak-anak, memberi nafkah keperluan kepada ahli keluarga adalah tanggungjawab wajib. Nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi ibadah yang berpahala besar jika dilakukan dengan niat mencari keredaan Allah.

2. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga isteri dan anak-anak-anak mengikut kemampuannya. Menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:

كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت

“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR Abu Daud 1692) Status: Hadis Sahih

3. Memberi nafkah ke atas orang yang berada di bawah tanggungannya adalah sedekah. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga dengan sebab perkahwinan, merangkumi makan minum, rumah kediaman, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan lain-lain.

4. Dalam masyarakat hari ini, walaupun isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Isteri masih boleh membantu di mana yang sesuai sebagai pelengkap. Sumbangan isteri kepada keluarga juga dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

5. Keluarga ialah institusi pertama tempat beramal kebajikan. Seorang Muslim tidak boleh mengabaikan keperluan dan kebajikan ahli keluarganya. Seorang suami atau bapa tidak sepatutnya merasa terbeban dalam menanggung keluarga, bahkan berasa gembira kerana setiap sen yang dibelanjakan menjadi ganjaran di sisi Allah SWT.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
lBahagian Dakwah, Jakim

21/04/2026
17/04/2026
Photos from BERNAMA's post 13/04/2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1447H/ di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, malam ini.

MTHQK Edisi Ke-68 yang berlangsung bermula hari ini hingga 18 April, bertemakan 'Kalam Ilahi, Tradisi Diwarisi' melibatkan 108 peserta, merangkumi 28 peserta Tilawah (14 qari dan 14 qariah) serta 80 peserta Hafazan melibatkan tiga kategori iaitu 10 Juzuk berserta Mujawwad, 20 Juzuk, serta 30 Juzuk berserta Tafsir.

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Petaling Jaya