Mutiara Hati

Mutiara Hati

Share

Informasi berkenaan agama dari sudut pandang Ahli Sunnah Waljamaah ditekankan dalam page ini.

Ahli agama, mufti, ustaz penceramah selebriti ditonjolkan untuk memberi informasi agama Islam.

12/06/2026
04/06/2026
26/05/2026
22/05/2026
20/05/2026

Sedekah Mengikut Keutamaan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَدَّقُوا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ أَنْتَ أَبْصَرُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seorang lelaki berkata Wahai Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu," ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada isterimu, " ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada anakmu, " ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada pembantumu," ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Engkau lebih tahu siapa yang berhak engkau beri." (HR Nasai No: 2488) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala sedekah.

2. Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan panduan tertib menurut syariat:

i. Untuk diri sendiri dengan menunaikan hak tubuh badan seperti makanan, minum, pakaian dan keperluan lain yang wajib.

ii. Untuk isteri (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami yang wajib berbentuk nafkah seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain).

iii. Untuk anak (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dan lain-lain).

iv. Untuk pembantu, pekerja atau sesiapa yang berada dibawah tanggungannya.

v. Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.

3. Menurut Imam al-Nawawi, sedekah kepada diri sendiri bermaksud menggunakan harta untuk memenuhi keperluan hidup yang halal, seperti makan, pakaian, tempat tinggal, dan kesihatan. Ia juga bertujuan menjauhkan diri daripada meminta-minta dan bergantung kepada orang lain.

4. Sedekah yang paling utama ialah yang memberi manfaat paling besar, bermula dengan tanggungan terdekat yang wajib dipelihara. Dengan itu, sedekah yang baik bukan sekadar banyak, tetapi strategik dan penuh hikmah.

Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak dan bukan hanya kepada orang miskin tetapi termasuk nafkah dan keperluan keluarga.


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah
Bahagian Dakwah, Jakim

17/05/2026

10 hari terawal Zulhijjah sebenarnya “masa emas” untuk kumpul pahala, tingkatkan diri dan dekatkan hati kepada Allah SWT.

Jangan biarkan hari-hari terbaik ini berlalu begitu sahaja.

Sibuk macam mana pun, cuba usaha untuk tambah amal sedikit demi sedikit.

CHECKLIST ZULHIJJAH 1447 / 2026

Marilah kita bersama-sama merebut kelebihan sepuluh hari terawal Zulhijjah yang merupakan antara hari paling utama untuk memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara amalan yang dianjurkan:
▪️ Memperbanyakkan puasa sunat
▪️ Memperbanyakkan zikir, takbir dan doa
▪️ Membaca al-Quran serta bersedekah
▪️ Melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan
▪️ Menghidupkan Hari Arafah dan hari-hari Tasyrik dengan amal soleh

Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan dikurniakan keberkatan, keampunan serta rahmat-Nya.




10/05/2026

Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya." (HR Bukhari No: 4801) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita. Kepimpinan adalah amanah, bukan keistimewaan.

2. Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, unit termasuk keluarga, besar atau kecil tetap akan dipertanggungjawabkan kepimpinan dibawahnya..

3. Sebagai suami akan ditanya kepimpinannya terhadap isteri, anak-anak serta yang berada di bawah tanggungjawabnya.

4. Sebagai isteri ada tanggungjawab dalam rumahtangga, sama ada terhadap suami mahupun anak-anak.

5. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab kepimpinan bersama dalam rumah tangga. Dalam membina keluarga bahagia, suami dan isteri sewajarnya saling bekerjasama berperanan memimpin dan mencorakkan rumahtangga.

6. Setiap Muslim mesti menunaikan amanah kepimpinan dengan penuh ihsan sama ada sebagai pemerintah, ketua keluarga, guru, atau ibu bapa. Setiap kepimpinan akan dinilai bukan pada pangkat, tetapi pada amanah dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Laksanakanlah amanah tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin kerana ianya akan dipertanggungjawabkan.


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah
Bahagian Dakwah, Jakim

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Petaling Jaya