06/08/2026
[TAHNIAH!] KEJAYAAN DI IFAMB 2026: NAIB JUARA BEST SHOWCASE AWARD!
Kecemerlangan Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) di International Agrofood and Biotechnology Festival @ Special Education Needs (iFAMB) 2026 berterusan!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada wakil pelajar KKLD, Nur Eryna, yang telah berjaya merangkul Tempat Ke-2 (Naib Juara) dalam pertandingan keusahawanan bagi kategori Best Showcase Award menerusi produk inovasi, Sos FaBa!
Sorakan dan penghargaan buat Nur Eryna atas kebolehan menyampaikan pembentangan serta persembahan showcase yang sangat meyakinkan di hadapan para juri antarabangsa.
Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah pembimbing dan seluruh warga KKLD yang sentiasa memberikan sokongan padu. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong buat pelajar-pelajar lain untuk terus berani menonjolkan bakat dalam bidang keusahawanan!