10/11/2022
Undi Mana Geng?
Anda sudah bersedia? Kebanyakan dari pelajar IPTS termasuk Saito UC akan menjalankan tanggungjawab seorang rakyat prihatin untuk mengundi di Pilihanraya Umum ke-15 yang akan diadakan pada 19 November 2022 ini.
Bagi memberi kesedaran kepada mereka yang tersenarai di dalam Undi18 ini, Urusetia Kesedaran Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti Selangor atau lebih dikenali sebagai Team Selangor telah melawat Kampus Saito di Cheras minggu lalu untuk memberi penerangan kepada pelajar.
Pengurus Jabatan Pengurusan Pelajar Saito UC Nor Azlina Idris memberitahu ramai pelajar yang hadir untuk memeriksa tempat mengundi mereka dan mendengar taklimat bagaimana proses pengundian dijalankan.
Untuk pengetahuan, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan semua pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini untuk memberi pelepasan kepada pelajar mereka untuk mengundi di hari pengundian.
Mereka telah diberi cuti dari 17hb November 2022 hingga 21hb November 2022 untuk pulang ke tempat masing-masing.
Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh tersebut ditangguhkan dan akan diadakan pada suatu tarikh yang lain.
Nor Azlina berkata ramai pelajar mengambil peluang untuk mendengar penerangan dari Team Selangor.
“Kami berbangga kerana pelajar kami begitu prihatin di dalam menjalankan tanggungjawab rakyat Malaysia.
“Jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin. Semoga perjalanan kalian ke tempat masing-masing dipermudahkan,” katanya lagi.
Saito Design School
Saito Business School
Ministry of Higher Education Malaysia