FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru.
(318)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi. Hari

ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil.

5 September 2026 I 23 Rabiulawal 1448HFELDA Neram 2KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT DAERAH KEMAMANKarnival Komu...
05/09/2026

5 September 2026 I 23 Rabiulawal 1448H
FELDA Neram 2

KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT DAERAH KEMAMAN

Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Daerah Kemaman menjadi wadah memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan digital, khususnya dalam melindungi diri daripada ancaman siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, pencurian identiti dan penyalahgunaan data peribadi.

Program ini turut menggalakkan penggunaan internet dan media sosial secara selamat, beretika, berhemah serta bertanggungjawab, di samping meningkatkan kefahaman ibu bapa dan golongan muda mengenai kepentingan pemantauan aktiviti dalam talian serta had umur minimum 16 tahun bagi pembukaan akaun media sosial sendiri.

Hadir bersama, YBrs. Tuan Haji Bukhari Yahya, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri, SKMM; YBrs. Encik Mohd Fairus Muhamad, Pengarah Kanan Pejabat Wilayah Timur, SKMM; YBrs. Puan Ezlin Sakinah Mat Sepin, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu; YBrs. Tuan Haji Abd Mubin Mohd Zain, Pengarah SKMM Negeri Terengganu; YBrs. Encik Khamis Mansor, Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik FELDA; serta YBrs. Encik Hasbullah Mohamad, Ketua Peneroka Gabungan FELDA Wilayah Terengganu.

Turut hadir Pegawai Kanan Pengurusan FELDA, Pengurus Rancangan Zon Selatan dan Kerteh serta Ketua-ketua Peneroka FELDA Wilayah Terengganu.

Kerjasama erat antara komuniti, agensi kerajaan dan pihak sekolah penting dalam membentuk masyarakat yang celik digital, bijak menilai serta lebih selamat dalam mendepani dunia siber.



05/09/2026

🚌✈️ JOM KE MATTA FAIR 2026 & MENANG HADIAH! 🎁

Nak ke MATTA Fair di MITEC? Naik pengangkutan awam dan manfaatkan bas shuttle percuma dari KL Sentral ke MITEC! Perkhidmatan shuttle disediakan sepanjang 4–6 September.

Lebih menarik, pengunjung yang menggunakan shuttle boleh menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah menarik. πŸŽ‰

πŸ“ MITEC, Kuala Lumpur
πŸ“… 4–6 September 2026

Jom naik pengangkutan awam, singgah ke reruai Kumpulan FELDA dan cuba nasib menang hadiah!

05/09/2026

INOVASI AGRI, PEMACU MASA DEPAN

3 September 2026 | MAEPS, Serdang

Tiga inovasi FGV β€” BacN-Fix, Adjuvax 248 & FGV GeoTagger Pro β€” dilancarkan bagi memperkasa kecekapan, produktiviti dan teknologi sektor agri.

Daripada R&D kepada penyelesaian sebenar industri, inovasi dipacu, masa depan dibina.

Kumpulan FELDA terus mencipta nilai demi agri yang lebih moden, cekap dan mampan.





05/09/2026

✈️ JOM KE MATTA FAIR 2026! 🌍

MATTA Fair 2026 kini sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 4–6 September 2026!

Jangan lepaskan peluang singgah ke reruai Kumpulan FELDA β€” FELDA Travel, FICH, FELDA Residence dan Hotel Tenera dengan pelbagai tawaran menarik untuk anda!

πŸ“ Jumpa anda di MITEC!



✈️ MATTA FAIR 2026 KINI BERMULA! 🌍MITEC, Kuala LumpurAyuh kunjungi reruai Kumpulan FELDA di MATTA FAIR 2026 yang berlang...
04/09/2026

✈️ MATTA FAIR 2026 KINI BERMULA! 🌍

MITEC, Kuala Lumpur

Ayuh kunjungi reruai Kumpulan FELDA di MATTA FAIR 2026 yang berlangsung pada 4 - 6 September 2026! Antara yang turut mengambil bahagian ialah FELDA Travel, FIC Hospitality, FELDA Residence dan Hotel Tenera, menawarkan pelbagai pilihan serta tawaran menarik untuk melengkapkan perancangan perjalanan anda.

πŸ“ Jumpa anda di MITEC, Kuala Lumpur!



LAWATAN RASMI PESURUHJAYA TINGGI DAN DELEGASI VETERAN ASKAR NEW ZEALAND KE FELDA KAMPUNG NEW ZEALAND4 September 2026 | 2...
04/09/2026

LAWATAN RASMI PESURUHJAYA TINGGI DAN DELEGASI VETERAN ASKAR NEW ZEALAND KE FELDA KAMPUNG NEW ZEALAND

4 September 2026 | 22 Rabiulawal 1448H

Lawatan TYT Michael Mehi Mailetonga Walsh, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia bersama Delegasi Veteran Askar New Zealand ke FELDA Kampung New Zealand telah disambut oleh En. Mohd Rizal Omar Baki, Timbalan Pengarah FELDA Wilayah Kuantan, bersama pengurusan wilayah dan rancangan.

Kunjungan ini bukan sekadar lawatan rasmi, malah menjadi simbol persahabatan erat antara Malaysia dan New Zealand yang telah terjalin sejak era pramerdeka dan terus diperkukuh hingga ke hari ini.

Kenangan sejarah kembali diimbau apabila Mr. Bill Russell, wakil Delegasi Veteran Askar New Zealand, berkongsi pengalaman dan khidmat bakti mereka di Tanah Melayu sepanjang Tempoh Darurat sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an.

Suasana turut diserikan dengan persembahan lagu oleh delegasi veteran sebagai lambang persahabatan dan kebersamaan antara dua negara, selain penyampaian cenderahati kepada warga peneroka serta generasi baharu FELDA Kampung New Zealand.

Daripada sejarah yang menghubungkan kita, lahir persahabatan yang terus diwariskan kepada generasi masa hadapan.

Nga Mihi Nui! ✨





MEMPERKUKUH SINERGI, MEMPERKASA WARGA KUMPULAN FELDA 3 September 2026 I MAEPS, SerdangYBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati ...
03/09/2026

MEMPERKUKUH SINERGI, MEMPERKASA WARGA KUMPULAN FELDA

3 September 2026 I MAEPS, Serdang

YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA bersama YBrs. Pn. Nurul Muhaniza Hanafi, Pengarah Urusan Kumpulan FGV, menyantuni warga Kumpulan FELDA serta para usahawan di reruai pameran sempena MAHA 2026.

Lawatan ini mencerminkan komitmen kepimpinan Kumpulan FELDA untuk terus mendekati warga kerja, memperkukuh hubungan strategik serta memberikan sokongan kepada usahawan yang menjadi antara pemacu penting pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti FELDA.

Pelbagai produk, perkhidmatan dan inovasi diketengahkan, memperlihatkan keupayaan warga serta usahawan dalam meneroka peluang baharu, meningkatkan daya saing dan mencipta nilai yang berimpak.

Turut mengiringi lawatan ialah YBrs. En. Ahmad Syaarani Azulan, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti; Pn. Zainor Ikhram Omar, Pengarah Pembangunan Ekonomi Komuniti; Pn. Izyani Abdul Rahim, Pengurus Besar Yayasan FELDA; dan Pn. Norhasimah Mohd Nor, Pegawai Bertanggungjawab Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan FGV Holdings Berhad.

Daripada warga Kumpulan FELDA kepada pasaran yang lebih luas β€” kita terus melangkah dengan sinergi, inovasi dan aspirasi untuk mencipta nilai yang lebih besar.





INOVASI AGRI, PEMACU MASA DEPAN3 September 2026 I MAEPS, SerdangSempena MAHA 2026, FGV memperkukuh komitmen dalam memacu...
03/09/2026

INOVASI AGRI, PEMACU MASA DEPAN

3 September 2026 I MAEPS, Serdang

Sempena MAHA 2026, FGV memperkukuh komitmen dalam memacu transformasi sektor agri melalui pelancaran tiga produk inovasi β€” BacN-Fix, Adjuvax 248 dan FGV GeoTagger Pro.

Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, diiringi YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA dan YBrs. Puan Nurul Muhaniza Hanafi, Pengarah Urusan Kumpulan FGV.

Tuan Haji Romzi Ishak, Ketua Bahagian Penyelidikan & Pembangunan FGV turut berpeluang memberi pembentangan berkaitan faedah serta keberkesanan penggunaan 3 produk Inovasi iaitu BacN-Fix, Adjuvax 248 dan FGV GeoTagger Pro dalam usaha memperkasakan kualiti pengeluaran hasil tanaman.

Daripada peningkatan kecekapan pertumbuhan tanaman, pengoptimuman penggunaan input sehingga pemetaan pertanian berasaskan teknologi, inovasi ini mencerminkan keupayaan R&D FGV dalam menghasilkan penyelesaian yang relevan dengan keperluan industri.

Lebih lima dekad pengalaman terus diperkasa menerusi inovasi, teknologi dan kepakaran bagi membangunkan sektor agri yang lebih moden, cekap dan mampan.

Kumpulan FELDA terus melangkah ke hadapan, mencipta nilai dan menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara.





ESOK BERMULA MATTA FAIR 2026! βœˆοΈπŸŒπŸ“… 4–6 September 2026πŸ“ MITEC, Kuala LumpurJom singgah ke reruai FELDA Travel dan dapatka...
03/09/2026

ESOK BERMULA MATTA FAIR 2026! ✈️🌍

πŸ“… 4–6 September 2026
πŸ“ MITEC, Kuala Lumpur

Jom singgah ke reruai FELDA Travel dan dapatkan tawaran menarik untuk pakej Umrah, tiket penerbangan, hotel antarabangsa & pelancongan.

πŸ•Œ Rancang perjalanan anda bersama FELDA Travel!
🎁 Tawaran menarik menanti anda!





πŸ”₯ TINGGAL 1 HARI SAHAJA! πŸ”₯

ESOK, FELDA TRAVEL TURUN PADANG DI MATTA FAIR KL 2026!

Kalau selama ni hanya tengok pakej dan tawaran dari skrin telefon, esok masa untuk datang dan lihat sendiri!

πŸ•‹ Pakej Umrah
✈️ Tiket Penerbangan
🏨 Hotel Antarabangsa
🌏 Pelancongan

πŸ“ MITEC, Kuala Lumpur
πŸŽͺ Level 2 | Hall 5 | Booth 2AA01
πŸ“… 4–6 September 2026

Mungkin, esok bermulanya perjalanan impian anda.
Jumpa Felda Travel Esok!

03/09/2026

JOM KE MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan MAHA 2026! Pelbagai pameran, produk agro, inovasi pertanian, makanan dan aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga.

πŸ“ MAEPS, Serdang
πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

Jom singgah reruai Kumpulan FELDA!





Address

Bagan Lalang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60321912191

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan:

Shortcuts

Share