Taska Tadika Taqwa

  • Home
  • Taska Tadika Taqwa

Taska Tadika Taqwa Mendidik Generasi Bertaqwa Cemerlang Dunia Akhirat

Memang kita nak anak kita membesar dengan baik, berakhlak, pandai dan berjaya. Tapi satu benda jangan kita lupa – fitrah...
06/03/2026

Memang kita nak anak kita membesar dengan baik, berakhlak, pandai dan berjaya. Tapi satu benda jangan kita lupa – fitrah anak kecil ialah bermain.

Masalahnya bila kita makin stres dengan masa depan anak, kita mula salah nampak mainan. Kita fikir kalau banyak bermain, nanti dia ketinggalan. Kalau tak banyak worksheet, nanti dia tak pandai. Lalu ruang main dikurangkan, skrin ditambah, dan hidup anak jadi penuh “cepat, cepat, cepat”.

Kami di taska taqwa untuk kanak-kanak umur 2 tahun, kami pegang satu prinsip: bermain itulah proses belajar. Bezanya, kami tak biar anak main tanpa tujuan. Kami susun “permainan” itu dalam bentuk aktiviti harian yang terancang.

Nampak anak koyak kertas, main playdoh, susun gelung, susun bola, Capan tangan, selerakkan mainan, itu semua nampak macam main, tapi dia sedang kuatkan fokus dan motor halus.

Nampak anak lari, lompat, panjat halangan semasa outdoor time? Itu bukan sekadar lepaskan tenaga. Itu cara kanak-kanak kuatkan badan.

Nampak anak role play, cakap dengan kawan atau cikgu, bergaduh kecil lalu ditegur cikgu, di situlah dia belajar komunikasi, minta maaf, mempertahankan diri dengan cara yang betul.

Bagi kami, di taska yang bagus bukan tempat “matikan” fitrah bermain. Taska yang bagus ialah tempat yang guna fitrah bermain dalam membantu perkembangan bahasa, fizikal dan 4 perkembangan Permata yang lainnya.

Kalau awak nak anak membesar dengan seimbang – belajar banyak, tapi masih jadi kanak-kanak yang seronok bermain – taska taqwa menyokong matlamat itu.


“Kalau umur 2 tahun kerja dia cuma tengok skrin, sepah rumah dan jerit bila tak dapat apa yang dia nak… memang rugi. Ota...
24/02/2026

“Kalau umur 2 tahun kerja dia cuma tengok skrin, sepah rumah dan jerit bila tak dapat apa yang dia nak… memang rugi. Otak dia tengah ‘lapar’, tapi kita tak bagi makanan yang betul.”

Masuk taska taqwa umur 2 tahun bukan soal “awal sangat”.
Ini soal beri pendedahan yang betul, supaya kesan baiknya balik semula ke diri kanak-kanak.

Apa jadi bila umur 2 tahun anak masuk taska?

1. Di taska dia beraktiviti, dan memerhati kawan-kawan sekeliling mereka.
Abang kakak di taska dibiasakan dengan:
• doa sebelum makan
• doa untuk ibu ayah
• salam dan minta izin
Awak mungkin terkejut bila tiba tiba dia angkat tangan dan buat gaya “Baca doa” Islamic practices yang diulang hari hari di taska, terbawa terus ke rutin harian di rumah.

2. Di taska dia ada rutin 2todd program, flow hari dia jelas: Datang, jumpa kawan, main, aktiviti bersama kawan, aktiviti sebelum lunch, balik.

Umur 2 tahun di taska taqwa bukan tentang paksa anak cepat pandai.
Ia tentang pendedahan terhadap orang dewasa lain dan teman sebaya sebagai persediaan nak ke alam tadika nanti.

Pendaftaran 2todd program 2026 masih dibuka.
Kalau awak nak tengok perubahan sosialisasi anak dengan orang lain inilah masa terbaik untuk mulakan di umur 2 tahun.



“Kenapa taska campur anak 2, 3, 4 tahun dalam satu kelas? Tak serabut ke? Tak bahaya ke, nanti yang kecil tertinggal, ya...
11/02/2026

“Kenapa taska campur anak 2, 3, 4 tahun dalam satu kelas? Tak serabut ke? Tak bahaya ke, nanti yang kecil tertinggal, yang besar bosan?”

Soalan ni ramai ibu ayah tanya masa mereka join live.

Sebab kita biasa nampak sistem satu umur satu kelas.
2 tahun dengan 2 tahun.
3 dengan 3.
4 dengan 4.
Nampak kemas. Nampak senang kawal.

Tapi realitinya, bila semua sebaya
semua sama sama tengah belajar,
kurang model untuk ditiru,
dan tekanan “siapa lagi pandai” cepat naik.

Dalam mixed-age aktiviti b4 lunch 2, 3, 4 tahun di taskataqwa, flow dia lain.

Bayangkan satu scene kecil.

Adik 2 tahun baru masuk.
Dia blur, tengok sekeliling, tak tahu nak main apa.
Di hujung sudut, anak 4 tahun tengah tunjukkan pada adik
cara bawa pinggan perlahan, cara simpan baju, cara kemas balik.
Cikgu-cikgu senyum dan biarkan.
Sebab di sini, abang kakak memang sebahagian daripada “guru kecil” dalam kelas.

Apa jadi bila campur umur?

1
Adik belajar lebih cepat melalui tiru
Dia tak perlu lecture panjang.
Dia tengok dan ikut.
Keyakinan naik bila abang kakak puji,
bukan bila asyik dibanding.

2
Abang kakak belajar memimpin dan berempati
Dia belajar tunggu, mengalah, ajar dengan sabar.
Ini skill di pra nanti tak sempat nak ajar kalau baru nak start.

3
Kurang budaya “siapa nombor satu”
Sebab tahap semua berbeza,
fokus bukan siapa paling laju,
tapi siapa makin berkembang.

Tension yang ibu ayah selalu risau
“Anak saya tertinggal tak?”
“Anak saya nanti asyik kena tolong adik je ke?”

Di taskataqwa memang cikgu2 susun kerja ikut tahap
bukan ikut umur semata.
Abang kakak tetap ada kerja mencabar,
adik tetap ada kerja asas "bermain".
Mixed-age bukan campak semua dan berharap jadi sendiri.
Ia sistem yang sangat sengaja.

Payoff dia?

Anak yang kecil belajar lihat dunia lebih luas.
Anak yang besar belajar dunia bukan tentang diri dia seorang.
Dan semua belajar bahawa kelas itu satu komuniti, bukan gelanggang siapa paling hebat.

Pendaftaran taskataqwa 2026 masih dibuka, dan mixed-age dalam aktiviti b4 lunch ini ialah antara pengalaman paling berharga yang anak akan lalui di taskataqwa.



Kenapa Matematik? Kerana belajar Matematik memberikan kebaikan yang meluas, merangkumi peningkatan keupayaan berfikir kr...
03/02/2026

Kenapa Matematik?

Kerana belajar Matematik memberikan kebaikan yang meluas, merangkumi peningkatan keupayaan berfikir kritis, logik, dan analitikal untuk penyelesaian masalah harian yang lebih bijak. Ia meningkatkan fungsi kognitif otak, membantu pengurusan kewangan peribadi, serta membuka peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi.

Banyak sebenarnya kebaikan dalam subjek Matematik itu sendiri.

Namun kalau diterapkan seawal usia 3 tahun boleh ke? 🤔

Jawapannya boleh kalau kita gunakan kaedah yang dicipta khas untuk kanak-kanak bagi umur 3 tahun.

Pembelajaran 3todd di TASKA TAQWA menggunakan kaedah & Kit pembelajaran Alfa & Friends yang memang disusun khas untuk keupayaan dan perkembangan bagi kanak-kanak berumur 3 tahun.

👉 Pertanyaan lanjut hubungi Cikgu Syida 📲 0 111 51 444 26



10/01/2026

Aktiviti Cuti Sekolah
- MANDI KOLAM -
Maklumat Lanjut Boleh Hubungi 013-6415202

PEMBELAJARAN 4 TAHUN Ulangkaji Ikatan Nombor 5Maklumat Lanjut Boleh Hubungi 013-6415203
09/12/2025

PEMBELAJARAN 4 TAHUN

Ulangkaji Ikatan Nombor 5

Maklumat Lanjut Boleh Hubungi 013-6415203


01/12/2025

PEMBELAJARAN 4 TAHUN

📝 mencari gabungan nombor 5 menggunakan tikar ikatan nombor dan pembilang serta pengenalan kepada gelang 10




Maklumat Lanjut Boleh Hubungi
013-6415202

AKTIVITI 4 TAHUN 🐞 Ikatan nombor 5 menggunakan diagram ikatan nombor lady birdJOMM  KITA BELAJAR MATEMATIK BERSAMA TASKA...
24/11/2025

AKTIVITI 4 TAHUN
🐞 Ikatan nombor 5 menggunakan diagram ikatan nombor lady bird

JOMM KITA BELAJAR MATEMATIK BERSAMA TASKATADIKATAQWA 🤗




Maklumat Lanjut Boleh Hubungi 013-6415202

💛 Cari taska yang boleh dipercayai?Ramai ibu bapa memilih Taska Taqwa kerana suasana ceria, bersih & selamat.✔ Pengasuh ...
22/11/2025

💛 Cari taska yang boleh dipercayai?

Ramai ibu bapa memilih Taska Taqwa kerana suasana ceria, bersih & selamat.

✔ Pengasuh berpengalaman�
✔ Aktiviti harian menarik�
✔ Persekitaran Islamik�
✔ Fokus perkembangan menyeluruh bayi & kanak-kanak

Hubungi sekarang untuk tempahan 2026:�
📞 013-6415202

Address


68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Tadika Taqwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska Tadika Taqwa:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share