03/05/2026
Kita tidak pasti adakah pesta ini utk menarik pelancong atau hanya sekadar hiburan? Kalau nak tarik pelancong saya rasa itu tersasar sebab dunia sudah lama menikmatinya di negara jiran.
Tapi kalau sekadar utk melalaikan mungkin ada kebenarannya. Saya amat yakin yg akan hadir dan menyembur air itu majoritinya orang Melayu muslim terutama anak2 muda.
Adakah ini satu perancangan halus?
Sebenarnya keadaan negara semakin parah. Sentimen patriotsm sudah hampir hilang. Apa tidaknya, budaya dari negara jiran diangkat tetapi Budaya tempatan tidak ketepikan.
Dari segi sosial sudah pasti laluan jalan akan banyak ditutup utk beri ruang kpd pesta ini. Menyusahkan rakyat manakala impak kpd identiti negara pulak “kosong”.
Penerapan budaya2 luar semakin menjadi2. Jangan nanti budaya lembu kejar orang dan baling tomato spt di Sepanyol jugak di bawak sini.
Makanan, filem, pakaian, budaya - semua sudah lama dibanjiri oleh negara luar. Apa yg tinggal lagi utk negara sendiri?
Umpamanya; Oktober Fest (pesta minum arak) dan Bon Odori - sudah lama menjadi sebahgian kehidupan rakyat di sini.
Alhamdulillah mujurlah ada filem Mat Kilau, dapat juga rakyat melihat budaya dan kesenian Melayu.
Way forward, kalau sesuatu tidak dilakukan maka akhirnya rakyat akan jadi cacar merba baik dari segi pemikiran maupun cara hidup.
Manusia bagaimanakah yg pemimpin mahu rakyatnya menjadi?
Renungkanlah !!!