Jabatan Perdagangan, Polimas

  • Home
  • Jabatan Perdagangan, Polimas

Jabatan Perdagangan, Polimas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Perdagangan, Polimas, Campus Building, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, .

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Warga Jabatan Perdagangan POLIMAS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar...
21/11/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Warga Jabatan Perdagangan POLIMAS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi I 2025/2026. Semoga anda dikurniakan ketenangan, dipermudahkan urusan menjawab soalan dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Teruskan usaha, jaga kesihatan dan yakin dengan kemampuan diri.
All the best dan semoga berjaya!

FUN WALK JP 2025TARIKH : 20 NOVEMBER 2025TEMPAT : TAMAN TASIK DARULAMANAktiviti riadah pagi bagi staf JP telah dilaksana...
20/11/2025

FUN WALK JP 2025
TARIKH : 20 NOVEMBER 2025
TEMPAT : TAMAN TASIK DARULAMAN

Aktiviti riadah pagi bagi staf JP telah dilaksanakan pada hari ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti sihat di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama staf.

Malam Persona Tradisi Sejagat telah dilaksanakan pada 12 November 2025 bertempat di Kolej Height Utara. Ianya dianjurkan...
13/11/2025

Malam Persona Tradisi Sejagat telah dilaksanakan pada 12 November 2025 bertempat di Kolej Height Utara. Ianya dianjurkan bersama oleh Kelab Pemasaran dan Kelab Perakaunan Polimas bagi meraikan pelajar-pelajar semester akhir yang bakal menjalani latihan industri.

Program yang julung kali diadakan ini juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi ukhwah dalam kalangan pelajar di samping dapat melatih pelajar mengendalikan majlis, dan membentuk peribadi mereka agar bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang mencabar.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pensyarah-pensyarah dan Penasihat Akademik semester akhir.

05/11/2025

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KETUA PENGARAH JPPKK BAHARU

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuat kuasa mulai 5 November 2025.

Baca lanjut : https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/siaran-media-dr-shamsuri-abdullah-dilantik-ketua-pengarah-jabatan-pendidikan-politeknik-dan-kolej-komuniti-yang-baharu

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan
Warga Kementerian Pendidikan Tinggi

Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Politeknik.kolejkomuniti



"Program Perkongsian dan Penyampaian Komunikasi dalam Perniagaan" telah dilaksanakan pada 15 Oktober 2025 kepada pelajar...
16/10/2025

"Program Perkongsian dan Penyampaian Komunikasi dalam Perniagaan" telah dilaksanakan pada 15 Oktober 2025 kepada pelajar-pelajar DPR3 yang mengambil kursus Business Communication.

Program ini bertujuan untuk mengasah kreativiti dan meningkatkan kebolehan berkomunikasi yang efektif dalam kalangan mahasiswa POLIMAS.

Ceramah yang interaktif ini telah disampaikan oleh En. Zainal Ihwan bin Ab Shukur dari Global Supply Chain and Logistic Management, diharap dapat membantu pelajar-pelajar untuk berinteraksi dengan lebih efisyen lagi.

16/10/2025
🎉 Marketing Project Showcase 2025 🎉Berlangsung dengan penuh semangat hari ini di Dewan Sri Mas, POLIMAS!Program ini mena...
16/10/2025

🎉 Marketing Project Showcase 2025 🎉
Berlangsung dengan penuh semangat hari ini di Dewan Sri Mas, POLIMAS!

Program ini menampilkan pelbagai projek inovatif hasil kreativiti pelajar-pelajar dalam bidang pemasaran. 🌸✨

Tahniah kepada semua peserta atas usaha dan idea yang hebat, serta terima kasih kepada para pensyarah, penyelia dan pengunjung yang hadir memberi sokongan! 🙌

💪✨ Persiapan Menjelang Marketing Project Showcase 2025! ✨💪Hari ini para pelajar sibuk membuat persiapan di Dewan Sri Mas...
15/10/2025

💪✨ Persiapan Menjelang Marketing Project Showcase 2025! ✨💪

Hari ini para pelajar sibuk membuat persiapan di Dewan Sri Mas, POLIMAS bagi memastikan segalanya berjalan lancar untuk Marketing Project Showcase esok! 🎯

Susun atur booth semuanya dilakukan dengan penuh semangat dan kerjasama. ❤️

Nantikan hasil usaha mereka esok, 16 Oktober 2025 (Khamis)! Jangan lupa datang memberi sokongan ya! 🙌

15/10/2025

🌟 MARKETING PROJECT SHOWCASE 2025 🌟

Kami dengan sukacitanya menjemput semua untuk hadir ke Marketing Project Showcase yang akan berlangsung pada:
📅 16 Oktober 2025 (Khamis)
📍 Dewan Sri Mas, POLIMAS

Jom datang dan saksikan hasil kreativiti serta inovasi pelajar-pelajar dalam mempamerkan projek pemasaran mereka! 💡🎯
Sokongan anda memberi semangat kepada mereka untuk terus cemerlang dan berinovasi! 🙌

📍 CREATE AND DESIGN: YOUR OWN OUTLET CHALLENGE 2.0Pada 7 Oktober 2025, pelajar Program Diploma Pemasaran POLIMAS telah m...
08/10/2025

📍 CREATE AND DESIGN: YOUR OWN OUTLET CHALLENGE 2.0
Pada 7 Oktober 2025, pelajar Program Diploma Pemasaran POLIMAS telah menyertai aktiviti

CREATE AND DESIGN: YOUR OWN OUTLET CHALLENGE 2.0 bersempena dengan Program Kolaborasi
bagi Kursus DPM50153 Introduction to Retailing.

Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mencipta dan mereka bentuk kedai berdasarkan konsep kedai rakan kolaborasi, sebagai pendedahan kepada dunia sebenar peruncitan.

📍 Field Trip Service MarketingPada 28 hingga 29 September 2025, pelajar Semester 5 Diploma Pemasaran, Politeknik Sultan ...
08/10/2025

📍 Field Trip Service Marketing

Pada 28 hingga 29 September 2025, pelajar Semester 5 Diploma Pemasaran, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah menjalankan lawatan akademik bagi subjek Service Marketing.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan sebenar kepada pelajar mengenai aplikasi konsep pemasaran perkhidmatan dalam industri.

⚽️ Tahniah Warga JP – Futsal Lelaki & Perempuan Cemerlang di KASUMAS POLIMAS 2025! ⚽️Setinggi-tinggi tahniah diucapkan k...
06/10/2025

⚽️ Tahniah Warga JP – Futsal Lelaki & Perempuan Cemerlang di KASUMAS POLIMAS 2025! ⚽️

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Futsal Lelaki JP yang berjaya meraih tempat ketiga 🥉 dan Pasukan Futsal Perempuan JP yang tampil hebat dengan gelaran Naib Johan 🥈 dalam kejohanan KASUMAS POLIMAS 2025! 🙌✨

Kejayaan ini membuktikan semangat kesukanan, disiplin, dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh setiap pemain serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada jurulatih dan warga JP.

💙💛💪🔥

Address

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perdagangan, Polimas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share