Perpustakaan UiTM Perak

Perpustakaan UiTM Perak Academic Library

20/08/2026
RABIULAWAL | BULAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAWBersempena bulan Rabiulawal, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan sel...
20/08/2026

RABIULAWAL | BULAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

Bersempena bulan Rabiulawal, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan menghayati sirah serta akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
— Riwayat Muslim (384)

Semoga Rabiulawal ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW, meneladani sunnah Baginda dan menyemai akhlak mulia dalam kehidupan seharian.




PTAR Digital Library
https://library.uitm.edu.my/perak

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

20/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

​Selamat Hari Pentadbir diucapkan kepada seluruh skim pentadbiran di Universiti Awam Malaysia, khususnya warga pentadbir Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia pada 20 Ogos 2026 bersamaan 7 Rabiul Awal 1448H.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi, komitmen, serta khidmat bakti yang berterusan dalam memacu kecemerlangan tadbir urus dan pengurusan pengajian tinggi negara.

​Ucapan tulus ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh warga UiTM.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

20/08/2026

Salam warga UiTM!

Sebelum melangkah keluar dari pejabat atau bilik kolej, pastikan amalan berhemah elektrik menjadi budaya kita. Elakkan pembaziran tenaga terutamanya pada Waktu Puncak (2.00 petang - 10.00 malam) yang mengenakan Caj Permintaan Maksimum (MD) dan kadar tarif yang lebih tinggi.

Langkah Mudah Kita Bersama:

Sebelum Waktu Pulang (4.30 PM / 5.00 PM / 5.30 PM): Matikan pendingin hawa, komputer, lampu, pemanas air, dan semua peralatan elektrik yang tidak digunakan sepenuhnya.

Warga Kolej Kediaman: Tutup suis lampu, kipas, dan elektrik setiap kali keluar ke kelas atau semasa bilik kosong.

Gunakan Waktu Luar Puncak: Lakukan aktiviti membasuh, mengering, atau menggosok baju selepas 10.00 malam hingga sebelum 2.00 petang.

"Gunakan tenaga secara bijak, jimat kos, lestarikan masa hadapan."

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD BERSAMA PTJ: BAHAGIAN PENTADBIRAN, PEJABAT REKTOR DAN UNIT KENDERAAN UiTM CAWANGAN PERA...
20/08/2026

SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD BERSAMA PTJ: BAHAGIAN PENTADBIRAN, PEJABAT REKTOR DAN UNIT KENDERAAN UiTM CAWANGAN PERAK (KAMPUS SERI ISKANDAR DAN TAPAH)

Tarikh : 19 Ogos 2026 (Rabu)
Masa : 9.00- 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Unit Arkib Cawangan Perak, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Universiti bersama Bahagian Pentadbiran, Pejabat Rektor dan Unit Kenderaan, UiTM Cawangan Perak (Kampus Seri Iskandar dan Tapah) untuk memberi penerangan, meningkatkan kefahaman serta menyelaras pelaksanaan pengurusan rekod di PTJ UiTM Cawangan Perak agar pengurusan rekod dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mematuhi punca kuasa serta garis panduan yang ditetapkan. Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod UiTM Cawangan Perak juga diadakan sebagai platform perkongsian maklumat dan perbincangan bersama PTJ bagi memperkukuh pelaksanaan pengurusan rekod.

Melalui sesi ini, semua staf dari PTJ diterangkan berkenaan tatacara pengurusan rekod yang betul termasuk format surat rasmi, format emel, format minit fail, perundangan dan peraturan, dokumen terperingkat, penutupan fail dan pelupusan rekod. Sesi libat urus ini melibatkan pihak Unit Arkib Cawangan PTAR UiTM Cawangan Perak iaitu Puan Nur Aqilah Russli, Puan Noor Faridatul Akhma Binti Abu Bakar dan Wan Fadillah Binti Mohamed Yusoff.



PTAR Digital Library
https://library.uitm.edu.my/perak

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

LAWATAN TAPAK PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) BAHASA INGGERIS UNTUK K...
19/08/2026

LAWATAN TAPAK PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL (LG240)

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima kunjungan panel penilai sempena Lawatan Tapak Penilaian Akreditasi Penuh Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Profesional (LG240) pada 18 Ogos 2026.

Panel penilai yang terlibat ialah:

• Dr. Azlin Zaiti binti Zainal
Ketua Panel Penilai
Universiti Malaya, Kuala Lumpur

• Professor Dr. Manvender Kaur a/p Sarjit Singh
Panel Penilai
Quest International University, Ipoh, Perak

Kunjungan panel penilai turut disertai oleh barisan pensyarah Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Perak.

Sepanjang lawatan, sesi taklimat serta iringan lawatan di PTAR telah disampaikan oleh Puan Nur Dayana binti Mohd Narwawi, Pustakawan, yang memberikan penerangan berkaitan kemudahan, perkhidmatan, koleksi serta sokongan perpustakaan terhadap keperluan pembelajaran dan pengajaran program.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PTAR dalam memastikan penyediaan persekitaran pembelajaran yang kondusif, kemudahan yang relevan serta perkhidmatan perpustakaan yang menyokong kecemerlangan akademik dan pembangunan profesional mahasiswa.

Semoga lawatan penilaian ini berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha memperkukuh kualiti dan kecemerlangan akademik UiTM Cawangan Perak.



PTAR Digital Library
https://library.uitm.edu.my/perak

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

MESYUARAT AJK PELAKSANA PROGRAM DIGITAL TVET FRONTIERMesyuarat antara Bahagian Digital dan Bahagian Perpustakaan UiTM Ca...
19/08/2026

MESYUARAT AJK PELAKSANA PROGRAM DIGITAL TVET FRONTIER

Mesyuarat antara Bahagian Digital dan Bahagian Perpustakaan UiTM Cawangan Perak telah diadakan pada 18 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR.

Mesyuarat yang berlangsung pada jam 2.30 petang ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Digital TVET Frontier daripada Bahagian Digital dan Bahagian Perpustakaan UiTM Cawangan Perak.

Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek perancangan, penyelarasan serta persediaan pelaksanaan Program Digital TVET Frontier, termasuk pembahagian peranan dan tanggungjawab jawatankuasa bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara teratur, sistematik dan berkesan.

Kerjasama strategik antara Bahagian Digital dan Bahagian Perpustakaan ini mencerminkan komitmen UiTM Cawangan Perak dalam memperkukuh pendigitalan, inovasi serta pemerkasaan ekosistem TVET selaras dengan keperluan pendidikan dan perkembangan teknologi semasa.

Semoga segala hasil perbincangan dan perancangan yang dipersetujui dapat menjadi pemangkin kepada kelancaran pelaksanaan Program Digital TVET Frontier, sekali gus memberikan impak positif kepada warga universiti dan komuniti yang terlibat.



PTAR Digital Library
https://library.uitm.edu.my/perak

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

Sesi Rakaman Suara Latar Video Bicara Memori UiTM Cawangan PerakTarikh    : 12 Ogos 2026Masa     : 3.00 -4.00 petangTemp...
17/08/2026

Sesi Rakaman Suara Latar Video Bicara Memori UiTM Cawangan Perak

Tarikh : 12 Ogos 2026
Masa : 3.00 -4.00 petang
Tempat : Green Studio UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak dengan kerjasama Bahagian Infostruktur, Unit Komunikasi Korporat serta wakil Jabatan Fotografi, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Alam Bina telah menjalankan Sesi Rakaman Suara Latar Video Bicara Memori UiTM Cawangan Perak. Sesi Rakaman Suara Latar bagi Video Bicara Memori UiTM Cawangan Perak merupakan salah satu proses dalam penghasilan video dokumentasi yang merakam sejarah, pengalaman dan kenangan warga UiTM Cawangan Perak. Rakaman suara latar digunakan sebagai narasi bagi menyokong visual dan kandungan temu bual, sekali gus menjadikan penyampaian video lebih jelas, menarik dan berkesan.

Sesi ini menampilkan jawatankuasa yang terlibat dalam proses penerbitan Video Bicara Memori UiTM Cawangan Perak, khususnya dalam penyediaan dan rakaman suara latar bagi memastikan penyampaian kandungan video lebih jelas, tersusun dan berkesan iaitu Sr Dr Mohd Nurfaisal bin Baharuddin (Suara Latar), Encik Muhamad Adam Hanif bin Che Saad (suntingan dan editor), Encik Azrul bin Bahaluddin (Komunikasi Korporat), Encik Nurul Akla bin Ahmad Khalil (Teknikal), dan Puan Nur Aqilah binti Russli (Skrip video). Rakaman video sejarah lisan ini akan dirasmikan pada bulan Oktober 2026 dan diharapkan dapat menjadi warisan yang menghubungkan masa lalu, masa kini dan masa hadapan.



PTAR Digital Library
https://library.uitm.edu.my/perak

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIHSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Nurhazzur...
17/08/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Nurhazzura Izzati binti Khalid, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) – Pengurusan Perpustakaan, UiTM Cawangan Kedah (Kampus Sungai Petani) atas segala komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani latihan bersama warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak.

Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk melangkah lebih jauh dalam dunia kerjaya dan kehidupan.

Ikhlas daripada,
Warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
UiTM Cawangan Perak



PTAR Digital Library
https://library.uitm.edu.my/perak

Don’t Forget to Follow Our Social Media
https://linktr.ee/ptarperak

Address

Bota

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:45
Tuesday 08:30 - 16:45
Wednesday 08:30 - 16:45
Thursday 08:30 - 16:45
Friday 08:30 - 16:45

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan UiTM Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share