24/07/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
24 Julai 2026 โ Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM bersama Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan ziarah kebajikan ke Hospital Ampang bagi menziarahi mahasiswa Fakulti Alam Bina, Saudara Muhammad Nurhafiy Mohd. Sazali yang sedang menerima rawatan.
Dalam kunjungan tersebut, Yayasan Perkasa Siswa turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada mahasiswa berkenaan. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Hirman bin Awang @ Semail, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Perkasa Siswa yang juga merupakan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Turut hadir, Encik Mohd Rizal Nordin, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik & Sumber Manusia, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM; Prof. Dr. Yusfida Ayu Abdullah @ Mohd. Zain, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Alam Bina; serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM.
Semoga Saudara Muhammad Nurhafiy dikurniakan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan.
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
Yayasan Perkasa Siswa