Sekolah Menengah Agama Gemas

  • Home
  • Sekolah Menengah Agama Gemas

Sekolah Menengah Agama Gemas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Menengah Agama Gemas, School, .

Siri Minda Pengetua
21/06/2026

Siri Minda Pengetua

Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan (Kategori Bahasa Inggeris) Peringkat Daerah Tampin 2026 tela...
20/06/2026

Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan (Kategori Bahasa Inggeris) Peringkat Daerah Tampin 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya. Pertandingan yang berlangsung pada 16 dan 18 Jun 2026 ini telah dikelolakan oleh Sekolah Menengah Agama Gemas dengan penyertaan daripada enam buah sekolah menengah di seluruh Daerah Tampin.

Pertandingan ini menjadi medan kepada para peserta untuk menampilkan kemahiran berhujah, pemikiran kritis dan penguasaan Bahasa Inggeris yang cemerlang dalam suasana persaingan yang sihat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing, panel hakim, urus setia serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran pertandingan ini. Tahniah kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian, khususnya para pemenang. Semoga pertandingan ini terus menjadi wadah melahirkan generasi pendebat yang berwibawa dan berdaya saing.




𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† 2025πŸŒŸππ”π€π ππŽπ‘π’πˆπ€π‡ ππˆππ“πˆ π€π‹πˆ π„ππ‚πˆπŠ πŒπŽπ‡πƒ π’π˜π€π…πˆπ 𝐁𝐈𝐍 ππŽπ‘π–πˆπ‘π€ Setinggi-tinggi ucapan tahniah...
18/06/2026

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† 2025🌟

𝐏𝐔𝐀𝐍 ππŽπ‘π’πˆπ€π‡ ππˆππ“πˆ π€π‹πˆ
π„ππ‚πˆπŠ πŒπŽπ‡πƒ π’π˜π€π…πˆπ 𝐁𝐈𝐍 ππŽπ‘π–πˆπ‘π€

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 atas pengiktirafan yang amat bermakna ini.

Anugerah ini merupakan penghargaan terhadap komitmen, dedikasi, integriti serta prestasi kerja cemerlang yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan pendidikan.

Syabas dan tahniah!
Semoga terus melakar kejayaan, mengukuhkan kecemerlangan serta menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah.

Norsiah Ali Syafiq Wira


SALAM AWAL MUHARRAM 1448HπŸŒ™Awal Muharram mengingatkan kita bahawa hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi perubahan...
16/06/2026

SALAM AWAL MUHARRAM 1448HπŸŒ™

Awal Muharram mengingatkan kita bahawa hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi perubahan diri ke arah yang lebih baik dan diredai Allah SWT.

Marilah kita memulakan tahun baharu Hijrah dengan azam memperbaiki amal, memperkukuh iman dan memperbanyakkan kebaikan.

Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.




15/06/2026
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Pandai atas kesudian menyampaikan t...
09/06/2026

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Pandai atas kesudian menyampaikan taklimat penggunaan aplikasi Pandai kepada murid-murid SMA Gemas. Semoga perkongsian yang diberikan dapat membantu para pelajar memanfaatkan teknologi pendidikan secara optimum demi meningkatkan kecemerlangan akademik.



Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab....
26/05/2026

Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.

Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin

Sumber - JAKIM

Saksikan Drama Khas Sempena Hari Guru 2026
23/05/2026

Saksikan Drama Khas Sempena Hari Guru 2026

Sebuah Drama Pendek Khas Sempena Hari Guru SMA Gemas 2026. Terima...

Address


73400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Agama Gemas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share