PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana

  • Home
  • PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana

PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana Assalamu'alaikum... Terima kasih kerana memilih PASTI kami sebagai platform Pra-Sekolah seawal 4tahun

TEAM HARIMAU MALAYA CILIKLatihan telahpun dimulakan. Terus melangkah menuju kejayaan.Team bolasepak PASTI Muhammad Al-Fa...
24/04/2026

TEAM HARIMAU MALAYA CILIK

Latihan telahpun dimulakan. Terus melangkah menuju kejayaan.

Team bolasepak PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana sedang dibentuk.

Teruskan berlatih di rumah juga ya

PASTI MUHAMMAD AL-FATEH

HARI AL-QUDS MALAYSIA   Kami anak-anak dan warga PASTI Fateh turut menghayati hari al-quds ini.Semoga kita semua terus i...
30/01/2026

HARI AL-QUDS MALAYSIA

Kami anak-anak dan warga PASTI Fateh turut menghayati hari al-quds ini.

Semoga kita semua terus istiqomah dalam boikot barang-barang israel, sekutu-sekutunya.

PASTI MUHAMMAD AL-FATEH

BANYAKKAN FRIENDLY GAMESHari tu kami team bola sepak PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana (PAF) bermain perlawanan persa...
29/05/2025

BANYAKKAN FRIENDLY GAMES

Hari tu kami team bola sepak PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana (PAF) bermain perlawanan persahabatan dengan PASTI Darul Amilin (PDA) di court futsal Fasa 3 Puncak Alam.

Weh masing-masing main penuh komited nak cari gol. Pertahanan pun bukan kaleng2.

Dua games yang main. Masing-masing team menang 1-0, iaitu PDA menang dulu game kedua PAF p**ak menang. Jadilah kann.

Keep it up!

HAA, BALING JAUH-JAUH...Sukan PASTI Kuala Selangor hampir tiba, kami team bola sepak teruskan berlatih bagi meraih kejay...
22/05/2025

HAA, BALING JAUH-JAUH...

Sukan PASTI Kuala Selangor hampir tiba, kami team bola sepak teruskan berlatih bagi meraih kejayaan.

Friendly match telah diadakan di antara team berkopiah vs team tidak berkopiah.

Kesudahnya team berkopiah tewas 1-3. Tahniah semua good job.

PASTI MUHAMMAD AL-FATEH

BAHAYA HFMDKes HFMD sangat membimbangkan terutamanya dalam kalangan anak-anak kecil, dan negeri Selangor lah yang paling...
22/05/2025

BAHAYA HFMD

Kes HFMD sangat membimbangkan terutamanya dalam kalangan anak-anak kecil, dan negeri Selangor lah yang paling ramai dijangkiti penyakit ini.

Anak PASTI Muhammad Al-Fateh (PAF) pun ada yang terkena penyakit ini.

Semalam team pengurusan telahpun sanitasi seluruh PAF dalam usaha membunuh kuman-kuman HFMD di sini.

Admin menasihatkan agar ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika mereka mengalami gejala ataupun telah disahkan ada HFMD, agar ia tidak merebak.

Kuarantin di rumah adalah salah satu penyelesaian yang terbaik bagi memutuskan rantai HFMD.

Kita jaga kita.

Mesyuarat akhir Majlis Anugerah Prestasi PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana ...nantikan debarannya
13/01/2025

Mesyuarat akhir Majlis Anugerah Prestasi PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana ...nantikan debarannya

LAWATAN PAF 2024Tahun ini kami murid PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana, muallimah2 dan pihak pengurusan mengadakan sa...
22/12/2024

LAWATAN PAF 2024

Tahun ini kami murid PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana, muallimah2 dan pihak pengurusan mengadakan satu lawatan ke Pusat Sains Negara.

Alhamdulillah meriah lawatan kali ini, banyak aktiviti yang membuka minda anak-anak PASTI ini.

Sungguh, tempat ini menjadi tumpuan lawatan dari pelbagai sekolah lah. Dari luar Selangor pun ada tau termasuk Pulau Pinang dan Pahang. Pengunjung daripada kalangan keluarga pelbagai kaum pun ada di sini. Memang ramailah katakan.

10HARI LAGIAlam Ria is coming....persiapan anak-anak PASTI Fateh sememangnya berada di prestasi kemuncaknya. Latihan aza...
09/10/2024

10HARI LAGI

Alam Ria is coming....persiapan anak-anak PASTI Fateh sememangnya berada di prestasi kemuncaknya. Latihan azan makin dipergiat bagi mengasah lagi bakat terdenpam si cilik ini.

Ayuh sama-sama berikan semmangat moral yang tidak berbelah bahagi kepadanya agar anak ini terus bersemangat dengan latihan seterusnya perform Ahad minggu depan In Sha Allah.

-Fateh

JOM DAFTAR ANAK KE PASTIPihak pengurusan, staff sokongan dan semua muallimah PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana mengal...
25/09/2024

JOM DAFTAR ANAK KE PASTI

Pihak pengurusan, staff sokongan dan semua muallimah PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana mengalu-alukan ibu bapa untuk mendaftarkan anak masing-masing ke sini bagi pembelajaran anak-anak seawal usia 4-6tahun.

Ibu bapa boleh terus ws muallimah Solehah (guru kanan) di talian; 013-3564729

PASTI PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA

MERDEKA.....MERDEKA.....MERDEKA.....Baru-baru ini PASTI Muhammad Al-Fateh dan PASTI At-Taqwa Simfoni Puncak Alam sama2 m...
10/09/2024

MERDEKA.....
MERDEKA.....
MERDEKA.....

Baru-baru ini PASTI Muhammad Al-Fateh dan PASTI At-Taqwa Simfoni Puncak Alam sama2 menyambut hari kemerdekaan negara ke-67 dengan sangat meriah.

Program julung kalinya ini diadakan secara bersama dua PASTI diadakan di perkarangan surau Baitul Majid Alam Perdana, Puncak Alam.

Banyak aktivti yang kami jalankan. Antaranya ialah merdeka walk, mewarna, demo memadam kebakaran dan banyak lagi.

Anak-anak sangat teruja dan happy lah apalagi bila dah kena air daripada pili kenderaan bomba tu, dah macam mandi hujan lebat pun ada.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuklah ibu bapa, pihak bomba, muallimah2 dan semua ajk yang bertungkus lumus dalam menjayakan program yang baik seperti ini.


Boleh lagi ni.....Latihan azan 2.0 minggu kemerdekaan...Masing2 menunjukkan bakat terpendam dengan alunan azan yang baik...
31/08/2024

Boleh lagi ni.....

Latihan azan 2.0 minggu kemerdekaan...

Masing2 menunjukkan bakat terpendam dengan alunan azan yang baik...

Haa tengok tu si Irshad siap dengan pakaian set kemerdekaan lagi...

Muhammad p**a dapat perbaiki p**a azannya bertanding sesi 1.0 yang lalu, tahniah diucapkan...

Di hari kemerdekaan negara hari ini admin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara kali ke-67...

Semoga kita semua merdeka bukan setakat fizikal pembebasan daripada penjajah, malah yang lebih penting pemikiran, tingkah laku serta akhlak perlu merdeka menuju keredhoan Allah swt...


Address

47, Jalan AP 1C/4

42300

Opening Hours

Monday 07:15 - 18:00
Tuesday 07:15 - 18:00
Wednesday 07:15 - 18:00
Thursday 07:15 - 18:00
Friday 07:15 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Muhammad Al-Fateh Alam Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share