Cikgu Jubah

Cikgu Jubah CJ dah 9 tahun jadi guru matematik sekolah menengah. Setelah 2 tahun berhenti jadi guru sekolah, CJ

Template tugasan guru versi baharu hampir siap.Bila kawan mesej cakap nak minta buatkan template tugasan guru untuk seko...
20/01/2024

Template tugasan guru versi baharu hampir siap.

Bila kawan mesej cakap nak minta buatkan template tugasan guru untuk sekolah beliau, rasa teruja tu datang semula.

Kita pun buka semulalah template lama yang pernah dibuat. Allah, complicated sungguh! Penuh dengan lookups.

Jadi, kita pun buatlah baru.

Design balik basic structure. Perkenalkan input menggunakan long table, bukan wide table, supaya kalau user nak tukar sendiri pun boleh.

dengan fungsi query yang taklah baru sangat ni, berjaya jugalah buat slip yang boleh keluarkan semua maklumat dengan hanya menggunakan satu formula query() saja.

Ok, hari ni kita tengok formula query ni p**a:
=query('Aktiviti Dalam Jadual'!A:F,"Select Col3, count(Col2), sum(Col2) where Col6='"&C5&"' group by Col3 label count(Col2) 'Kuantiti', sum(Col2) 'Jumlah Masa'",1)

Apa formula ni kata?

Daripada worksheet Aktiviti Dalam Jadual, ekstrak maklumat dari lajur subjek/aktiviti. Menggunakan lajur masa tugasan, hitung bilangan tugasan dan hasil tambah masa bagi setiap tugasan. pastikan maklumat yang diekstrak ni hanya mengekstrak mengikut nama guru yang kita nak. Kemudian, kumpulkan tugasan dengan nama yang sama.. Terakhir, label hitungan lajur kedua dengan nama 'Kuantiti' dan hasil tambah lajur kedua dengan nama 'Jumlah Masa'.

Kalau tak ada query function ni, kena ada lookup, if concditionals, apply unique dan tak tahu lah apa lagi.

Hasilnya adalah seperti dalam gambar iringan posting ini.

Macam macam gaya budak-budak ni jawab.Sebab tu biasanya nak menanda short responses, ambil masa. Lainlah multiple choice...
17/01/2024

Macam macam gaya budak-budak ni jawab.

Sebab tu biasanya nak menanda short responses, ambil masa. Lainlah multiple choice.

Bila disenaraikan sebegini, bolehlah kita point out bagaimana berbezanya jawapan pelajar dengan jawapan skema. Jadi kita boleh berbincang dengan pelajar sebab sesetengah jawapan tidak boleh diterima.

Tulis manual ke ni? Eh, tak. mestilah kita tarik data ni guna formula.

Mula-mula, kita kena refer semua data dari respon pelajar. Kemudian, kita apply fungsi unique() supaya jawapan yang sama tidak berulang.

Basically, itu sajalah. melainkan kita nak tahu juga berapa bilangan pelajar yang jawab dengan gaya yang sama. yang tu kena guna countif() bersama-sama arrayformula(), tapi tak tunjuklah pada gambar di bawah.

Nak touch up sikit bagi nampak kemas, kita guna query() untuk make sure cell kosong tidak dipaparkan bersama.

saya s**a guna offset() daripada regular cell reference, sebab kalau kita terdelete cell yang asal, taklah formula kita rosak.

Jadi, formula akhir ialah:
={Column(A:A)+16;query(unique('UASA F3'!AC$9:AC),"Select* where Col1 is not null order by Col1")}

column (A:A) + 16 ni kegunaannya adalah untuk keluarkan nombor 17 hingga ke belakang. guna yang ni saja nak bagi nampak canggih. haha. fungsi column() ni untuk spreadsheet consider lajur saja. ye la, spreadsheet ni kan matrix.

query() ni guna SQL sikit, jadi bolehlah tulis macam english yang biasa. kalau diterjemahkan, dia jadi begini:

Pilih semua di mana lajur pertama tidak kosong dan susun mengikut abjad lajur pertama.

cikgu-cikgu yang menanda kertas yang ada jawapan subjektif boleh lah cuba. senang nak analyze jawapan pelajar.

BERAPA BANYAK PENGHAPUSAN KENA BUAT DAA...Semalam CJ ajar topik sistem persamaan.Ya, kawan-kawan, KSSM dah bawa turun to...
07/07/2022

BERAPA BANYAK PENGHAPUSAN KENA BUAT DAA...

Semalam CJ ajar topik sistem persamaan.

Ya, kawan-kawan, KSSM dah bawa turun topik ni daripada foundation level ke SPM level.

Eh, belum2. Pelajar belum didedahkan lagi dengan penyelesaian menggunakan kaedah matriks 3x3. Matriks pun form 5 baru belajar.

Jadi, inilah kaedah penghapusan bagi mencari penyelesaian 3 persamaan dengan 3 pembolehubah.

Konsepnya, kena reduce satu koordinat dalam ruang 3 dimensi supaya akhirnya boleh dapat persamaan 2 dimensi yang kemudiannya boleh dihapuskan lagi.

Jadi, berapa kali penghapusan kena buat ni?
3 kali!

Mula-mula pilih dua persamaan dan hapuskan satu pemboleh ubah
Lepas tu pilih lagi dua persamaan dan hapuskan pembolehubah yang sama

Penghapusan ini menghasilkan dua persamaan dengan dua pembolehubah, maka...
penghapusan kali ketiga!

Ergh, bila fikir-fikir balik. kalau tak adalah kaedah matriks tu, berapa panjanglah jalan kerja nak selesaikan 10 persamaan dengan 10 pembolehubah kan?

Being sarcastic, the math way. 😁
21/05/2022

Being sarcastic, the math way. 😁

Tak masalahnya penulis buku teks ingat ini lawak ke

16/04/2022

CJ s**a video ni. Untuk memahami sesuatu, perlu tahu sejarahnya.

Siapa sangka Orang Melayu dahulukala telah mempunyai terma khusus untuk ketakterhinggaan (infinity)
29/03/2022

Siapa sangka Orang Melayu dahulukala telah mempunyai terma khusus untuk ketakterhinggaan (infinity)

Sebab tu CJ selalu pesan kat anak-anak murid CJ dulu,Kalau guna kalkulator saintifik, banyakkan guna brackets, jangan ki...
05/03/2022

Sebab tu CJ selalu pesan kat anak-anak murid CJ dulu,

Kalau guna kalkulator saintifik, banyakkan guna brackets, jangan kira sikit-sikit.

Lepas tu.
Jangan bundar nombor awal-awal.

Bukan sebab skema, tapi sebab accuracy pengiraan.

Bayangkan yang dikira itu duit, atau panjang bahan binaan, atau panjang kain.

Terlebih boleh adjust, kalau terkurang?

Sebab ini la cikgu math tak ada kawan

Sebilangan besar pelajar yang tidak menyedari apa yang mereka pelajari dalam matematik atau matematik tambahan, sebenarn...
17/02/2022

Sebilangan besar pelajar yang tidak menyedari apa yang mereka pelajari dalam matematik atau matematik tambahan, sebenarnya berulang dan boleh digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

Keupayaan mengenalpasti corak adalah penting, bukan saja dalam geometri, malah dalam algebra juga.

Sebagai contoh, ketika menyelesaikan persamaan trigonometri.

Kadang kala, masalah dibina supaya solusinya menjadi bentuk yang serupa dengan persamaan kuadratik.

Ini sengaja dibuat agar pelajar mempraktikkan penggunaan kaedah penyelesaian masalah kuadratik pada masalah yang berbeza.

Pelajar yang masih perlukan latihan pengecaman corak pasti akan melihat bahawa persamaan trigonometri di bawah s**ar diselesaikan kerana terdapat kos x dan sin x dalam persamaan yang sama.

Adakah perlu banyak latihan untuk mengenalpasti corak ini?

Ya, dengan bimbingan. Membuat latihan tanpa bimbingan akan membuatkan pelajar menjawab sekadar untuk mendapat jawapan yang betul.

19/01/2022

ALAMAK! 2 BULAN LAGI NAK SPM!

Betul ke jalan kerja aku buat ni? Aduh, nak tanya cikgu, bukan boleh mesej tengah-tengah malam. Cikgu pun ada family, nak rehat.

Ha, baru teringat, CJ ada beri bantuan bimbingan jawab soalan matematik dan matematik tambahan.

Ok, ok, jom whatsapp CJ.

"Salam CJ. Saya Muhammad Aizat Jamaluddin (bukan nama sebenar) dari Rawang. Saya ada masalah dengan soalan ini."

(screenshot soalan dihantar)

(Tak lama kemudian)

"Waalaikumussalam, CJ di sini. Terima kasih Aizat sudi bertanya."

dan bimbingan pun bermula.

(Selesai menerima jawapan)

"Terima kasih CJ bantu saya!"

"Sama-sama, silalah tanya lagi! 😁"

Jadi, macam mana nak hubungi CJ?

Klik saja button WhatsApp Now di page Cikgu Jubah ni. Insyaallah CJ akan respond secepatnya.

18/01/2022

Harap maaf.

CJ tidak dapat bersiaran untuk beberapa ketika kerana laptop CJ dah rosak.

Doakan CJ daapt beli laptop baharu dan memulakan kembali live classes yang telah dirancang.

Sekian, terima kasih.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Jubah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share