28/01/2022
1. Tabung Kecemasan adalah perlindungan keselamatan kita, bukannya pelaburan.
2. Ianya adalah untuk kecemasan dan perlu tersedia pada bila- bila masa apabila diperlukan. Simpan lah di Tabung Haji/ ASB ataupun akaun bank kita.
3. TV LCD screen besar bukanlah kecemasan, kawan-kawan semua.
4. Kecemasan itu memang benar- benar dikatakan cemas, kalau ianya tidak dijangka, dan memerlukan tindakan segera.
5. Kalau kita perlu gunakan duit dari Tabung kecemasan itu, gunakanlah sebaik- baiknya.
Selepas itu, pastikan kita bina balik simpanan Tabung Kecemasan yang baru secepat mungkin.