30/06/2022
YADIM, OSEM tandatangai MoU kerjasama jayakan Akademi Daie Muda YADIM
PUTRAJAYA - Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) yang bakal bermula Ogos ini terus mendapat sambutan pelbagai pihak yang berminat untuk bekerjasama dengannya.
Terbaharu pada 29 Jun, penyedia perkhidmatan pembelajaran dalam talian, Think Osem Sdn. Bhd. (OSEM) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan YADIM bagi mengadakan kerjasama startegik untuk menjayakan ADMY.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Ahli Lembaga Pengarah OSEM, Muhammad Kamal Maula Mohd Zali.
Muhammad Kamal Maula ketika berucap sebelum sesi tandatangan berkata, pihaknya berbesar hati untuk terlibat dalam menjayakan ADMY tahun ini.
“Kita dapat lihat kualiti pelatih dalam program ini yang lebih baik, justeru kami berbesar hati untuk terlibat sama,” ujar beliau.
Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan p**a berkata, kerjasama yang terjalin ini bertepatan dengan misi pihaknya untuk meninggikan gerakan dakwah.
Katanya lagi, pihaknya amat menghargai mereka yang bekerjasama dan menyumbang kepada program ADMY kerana kos untuk melahirkan pendakwah yang bukan sedikit.
Dalam pada itu menerusi kerjasama berkenaan, OSEM akan menyediakan platform ruangan maya kepada YADIM untuk menyampaikan pengajian agama Islam dan dakwah mengikut tajuk pilihan selain menjadi sebahagian daripada penaja program latihan ADMY.
YADIM p**a akan memperkasakan kandungan agama Islam dan dakwah untuk pengisian dalam aplikasi yang dibangunkan oleh OSEM dan menjadikan alumni ADMY sebagai tenaga pengajar di dalam aplikasi tersebut serta lain-lain aktiviti yang dipersetujui bersama.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank)
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim
Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai.
Sumber :
https://www.facebook.com/480621232017153/posts/5356032197809341/?d=n