21/12/2025
Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Pasir Mas 🎓🎓
Alhamdulillah, antara kenangan manis yang sempat dirakam bersama anak-anak 6 Ibnu Sina PASTI Sumayyah sempena Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Pasir Mas.
Tahniah buat semua anak-anak yang diraikan. Setiap usaha kecil kalian hari ini adalah langkah besar untuk masa depan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus belajar, berusaha dan membesar sebagai insan yang berilmu, beradab serta berakhlak mulia. 🌟
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kerjasama dan sokongan inilah yang menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan penuh makna. 💚
Buat anak-anak PASTI Sumayyah enam tahun, inilah masa untuk melangkah ke fasa baharu. Teruskan melangkah dengan yakin, bawa bersama doa dan kenangan indah sepanjang berada di PASTI.
Sampai jumpa lagi, semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkah kalian. 🤗✨
Salam sayang penuh doa daripada kami,
Ustazah Mi, Cikgu Nur Karimah,
Cikgu Nurul, Cikgu Umi & Cikgu Huda 💚