11/11/2025
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ๐๐ก & ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐จ ๐ฆ๐๐๐ก๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐งช Minggu Sains Negara (MSN) 2025 melabuhkan tirai pada tahun ini dengan jayanya selepas mencatat 300, 000 penyertaan secara fizikal melebihi sasaran yang telah ditetapkan.
๐ก Pelaksanaan MSN tahun ini telah diterjemahkan melalui pelbagai program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang berimpak tinggi, yang mencakupi enam zon di seluruh negara termasuk siri jelajah Kembara Sains Borneo dan Rehlah Sains.
โ๏ธ Majlis Penutupan dan Apresiasi Minggu Sains Negara 2025 telah berlangsung hari ini dengan dihadiri oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan dihadiri oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
๐ YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof dalam ucapan penutupan menegaskan, matlamat kerajaan adalah untuk membudayakan daya cipta dan merubah kecenderungan bangsa daripada sekadar pengguna pasif kepada penyumbang aktif dalam mencorak revolusi digital dan teknologi.
๐งฌ Katanya lagi, negara yang berdaya cipta dan berinovasi akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang mampu merangsang kreativiti, sekaligus menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea, dan proses yang lebih maju.
๐จ MSN 2025 telah menjelajah ke enam lokasi iaitu, Sarawak, Terengganu, Sabah, Johor, Kedah dan kemuncaknya berlangsung di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur melibatkan penganjur bersama Planetarium Negara, Akademi Sains Malaysia dan Petrosains, manakala Yayasan Mr. D.I.Y selaku penaja utama.
๐ฆพ MSN adalah program yang menyediakan pembelajaran STI bersifat luar bilik darjah melalui pendekatan hands-on dan interaktif sekaligus kaedah yang paling berkesan untuk mencetus minat dalam kalangan golongan muda.
๐งซ Turut hadir pada majlis itu, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datoโ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Norsham binti Abd Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan Pengarah Pusat Sains Negara, YBrs. Encik Mohammad Fuad bin Rahman.