12/06/2021
πππππ ππππππππ ππππ
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri merupakan satu-satunya pertandingan pidato Bahasa Melayu peringkat antarabangsa yang diadakan di dunia bertujuan untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia. Penganjuran PABM juga merupakan usaha untuk memperkukuhkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh dunia, selain memberi kesedaran khususnya kepada pelajar tentang kepentingan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan pelbagai kaum dan negara. PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Awam (sebagai tuan rumah pertandingan); Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM); Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM); Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
ππππππππ
πππ ππππππππ
PABM dianjurkan bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan dan martabat bahasa Melayu di persada dunia.
Matlamat penganjuran PABM adalah seperti yang berikut:
1. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti awam.
2. Menjadikan PABM sebagai platform untuk pelajar antarabangsa mengasah kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu.
3. Membolehkan pelajar antarabangsa memahami kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat serta menghormati budaya dan peradaban masyarakat di Malaysia melalui penguasaan bahasa Melayu.
4. Memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta menjadikan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan pelbagai kaum, agama dan negara.
ππππππππ
Penyertaan PABM dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:
1. Antarabangsa
2. Alam Melayu (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand)
3. Pelajar Antarabangsa di Malaysia (Pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia)
ππππππ
November 2021
ππππ πππππ
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Darul Takzim
ππππππ πππππππππππ
Berikutan penangguhan penganjuran PABM pada tahun 2020 akibat penularan pandemik COVID-19, PABM pada tahun ini diteruskan dengan menggunakan konsep baharu secara hibrid seperti yang berikut:
1. Pusingan Awal dan Suku Akhir β secara dalam talian
2. Separuh Akhir dan Pertandingan Akhir (Malam Kemuncak)
β secara bersemuka
πππππ πππ ππππππ ππππππππππ
1. Calon mestilah berumur antara 18 hingga 40 tahun.
2. Bagi kategori Alam Melayu, calon mestilah warganegara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.
3. Calon ialah pelajar yang berdaftar dan berstatus aktif di peringkat diploma, ijazah pertama atau pascaijazah di mana-mana institusi pengajian tinggi luar negara (kecuali Malaysia bagi pelajar Antarabangsa dan Alam Melayu [selain peserta
Malaysia]). Calon perlu mengemukakan surat sokongan / pengesahan dari universiti masing-masing semasa memohon.
4. Penyertaan dalam PABM dihadkan sebanyak tiga kali sahaja.
5. Peserta tidak pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam mana-mana PABM yang terdahulu.
6. Peserta akan dipilih melalui proses saringan dan temu duga.