Kuliah Ust Weil Jr

Kuliah Ust Weil Jr

Share

Siri pengajian ust weil di sekitar daerah Muar

15/05/2026
26/04/2026

Mennghafaz itu satu kehidupan

25/04/2026

Perjalanan ilmu ini milik orang yang sabar,
hari ini belajar fahamnya sedikit, esok ulang lagi…
walaupun penat, lusa cuba lagi…
walaupun belum sempurna.

Bukan sekali dengar terus ingat dan faham, tapi mungkin berkali-kali jatuh, ulang lagi, dan bangun semula.

Sampai satu tahap, ilmu itu bukan lagi sekadar menghafal…
Bahkan ia jadi cara kita berfikir, cara kita melihat hidup ni, dan akhirnya jadi cahaya yang membimbing setiap langkah kita.

Che Azizi Che Kadir
25 April 2026

29/12/2025

Tarian lelaki yang kelihatan “gila-gila” dalam majlis perkahwinan Uzbekistan, khususnya di Khiva dan Khorezm, dikenali sebagai Lazgi.

Ia bukan tarian rawak, tetapi warisan budaya lama Asia Tengah yang menzahirkan tenaga, keberanian dan kehidupan melalui gerakan ekstrem, tangan patah-patah, wajah ekspresif dan rentak agresif.

Menariknya, dalam masyarakat Uzbekistan, lelaki memang dituntut untuk ‘over’ ketika menari. Lagi agresif, lagi power. Ia bukan tanda kebiadaban, tetapi tanda keberanian menzahirkan tenaga maskulin secara terbuka, sesuatu yang jarang dibenarkan dalam kehidupan seharian yang menuntut supaya berdisiplin dan tertib. Di sinilah tarian menjadi ruang melepaskan emosi, ketegangan dan kegembiraan. Ia dilepaskan tanpa kata.

Dan jika ikut adat, lelaki memang dituntut untuk menari secara berlebihan bagi menghidupkan majlis dan menghiburkan pengantin. Walaupun asalnya berakar daripada ritual pra-Islam, Lazgi hari ini dipelihara sebagai kesenian budaya semata-mata.

26/12/2025

اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِبَرَكَةِ هَذِهِ الْبِلَادِ، بِلَادِ الْعِلْمِ وَالسُّنَّةِ،
أَنْ تَفْتَحَ لِي قَلْبًا خَاشِعًا، وَعَقْلًا وَاعِيًا، وَعَمَلًا صَالِحًا مُخْلِصًا.
اللّهُمَّ ارْزُقْنِي صُحْبَةَ الْقُرْآنِ، وَفَهْمَ الْحَدِيثِ، وَثَبَاتًا عَلَى السُّنَّةِ،
وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ الَّذِينَ يَحْيَوْنَ بِالْحَقِّ وَيَمُوتُونَ عَلَيْهِ. آمِينَ.

“Ya Allah, dengan keberkatan bumi ini, bumi ilmu dan Sunnah, bukakan untukku hati yang khusyuk, akal yang sedar, dan amal yang ikhlas.

Kurniakan aku persahabatan dengan al-Quran, kefahaman terhadap hadis, dan keteguhan di atas Sunnah.

Jadikan aku hamba-Mu yang hidup dengan kebenaran dan mati di atasnya. Amin.”

31/05/2025

📖✨ PENGAJIAN FIQH BERSIRI
Kitab: Idaman Penuntut
📚 Bab Qasar Solat

🗓️ Tarikh: Jumaat, 31 Mei 2025
⏰ Masa: 7:45 malam
📍 Platform: Channel Telegram rasmi Ustaz Azizi

🎙️ Kupasan ringkas tapi padat tentang bab qasar solat:
• Apa itu musafir syar‘i?
• Bila boleh qasar dan bila tak boleh?
• Apa beza ‘āṣī bi al-safar & ‘āṣī fi al-safar?
• Ukuran marḥalah, farsakh, mil Hāsyimī… sampai rambut baghal?

💬 Lengkap dengan nota bergrafik, ringkasan mudah, dan jawapan kepada soalan-soalan semasa.

🔗 Sertai dan ajak sahabat-sahabat:
📌 https://t.me/idamanpenuntut_kg_kelantan

📎 Sesuai untuk pelajar, guru, imam, dan pencinta ilmu fiqh yang mahu jelas dalam isu rukhsah musafir.

Telegram: Contact @idamanpenuntut_kg_kelantan

Want your school to be the top-listed School/college in Khiva?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Khiva