08/02/2026
Alhamdulillah dapat tempat yang selesa terutama nak buat kelas hafazan online. Line internet sangat memuaskan. Laju.
InsyaAllah bakal repeat ☺️
Pengembara selain menempuh perjalanan mencabar, mereka berkenalan lama dengan lokal.
Kami namakannya Worldschooling. Sepanjang pengembaraan, kami akan membuat kawan dan kenalan, menemuramah, beramah mesra, belajar budaya, lihat apa yang pelancong tak akan lihat dan bertukar ilmu dan cerita.
Jikalau sekolah itu kebiasaannya untuk kanak-kanak, tetapi dalam kembara kami adalah sekolah untuk dewasa.
Kami berpeluang tinggal lama di satu satu negara. Seperti di Bosnia, 3 minggu adalah pusing ke pelbagai bandar melalui pengangkutan darat. Tram, train dan bas. Baki 2 bulan kami menyewa sebuah rumah di Sarajevo.
Rumah ini milik Admir. Beliau sebenarnya marketer dan kini mengusahakan 2 rumah sewa, masuk ke industri tourism dan menjalankan pemasaran.
Diskusi kami sering bertukar pendapat, pandangan. Memandangkan kami ada wave length yang sama iaitu ‘marketer’, ada banyak point point saling mudah difahami.
Admir berminat dengan projek digital nomad saya. Cuma kalau saya ada lama sikit lagi, bolehlah kami setup sesuatu.
Kami tinggal lama di Bosnia.
Kami tidak menyewa kereta.
Jadi pengalaman 100% menggunakan pengangkutan awam menjadikan kami berkenalan dengan ramai orang. Hidup seperti rakyat tempatan yang tidak berkenderaan.
Di Bosnia automaik English saya menjadi fasih akibat banyak berbual dengan orang lokal. Sedangkan Bahasa Arab saya berganda lebih baik dari English 😅
Saya masih lagi menghubungi Admir sehingga kini. Insya Allah kembali ke sana lagi, pasti akan bertemu lagi. Dan rumah beliau sebenarnya Hub Nomadschooling Bosnia kami 😁
- Cikgu Yaqzan