31/03/2026
โจ ๐๐๐ง๐ฌ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ โจ
Alhamdulillah, ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐ (๐๐๐๐๐๐) dengan jayanya telah menganjurkan ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ yang berlangsung pada 20 Mac 2026 (1 Syawal 1447H) bertempat di Pusat Pengajian Permat, Mellasine.
Aturcara dimulakan dengan Solat Sunat Aidilfitri di Jamiโ Zaitunah, diikuti sesi swafoto sebelum para peserta bergerak ke lokasi sambutan dalam suasana penuh kebersamaan.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pengarah Program serta ucapan Presiden PERMAT, disusuli sesi bermaafan dan swafoto bersama Keluarga PERMAT yang mencerminkan keutuhan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa.
Pelbagai juadah Aidilfitri dihidangkan bagi memeriahkan suasana, di samping kehadiran tetamu jemputan yang menambahkan lagi seri majlis.
Alhamdulillah, keseluruhan program berlangsung dengan lancar, dalam suasana yang harmoni, penuh ukhuwah dan mahabbah. Setiap detik telah dirakam indah menerusi lensa kenangan, menjadi memori berharga buat seluruh warga PERMAT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
โSyawal Dirai, Ukhuwah Disemaiโ
โุฃูุดุฑ ุงูุจุณู
ุฉ ูุงุชุฑู ุงูุจุตู
ุฉโ
20/03/2026
โจ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ โจ
Persatuan Mahasiswa Malaysia Tunisia (PERMAT) ingin mengucapkan ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข, ๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ข๐ซ ๐๐๐ง ๐๐๐ญ๐ข๐ง kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Malaysia di perantauan dan tanah air tercinta.
Syawal yang mulia ini hadir membawa seribu makna, menghimpunkan kegembiraan, merapatkan yang jauh serta menyatukan hati dalam ikatan ukhuwah yang tulus. Setelah melalui Ramadan yang penuh pengorbanan, kini tibalah saat untuk kita meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.
๐ ุชูููุจูููู ุงูููููู ู
ููููุง ููู
ูููููู
ู ููุฌูุนูููููุง ุงูููููู ููุฅููููุงููู
ู ู
ููู ุงููุนูุงุฆูุฏูููู ููุงููููุงุฆูุฒูููู ููููู ุนูุงู
ู ููุฃูููุชูู
ู ุจูุฎูููุฑู
Semoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi titik permulaan untuk kita terus memperbaiki diri, mengeratkan silaturrahim serta menyebarkan kebaikan kepada semua.
โ_Syawal Dirai, Ukhuwah Disemai_โ
โุฃูุดุฑ ุงูุจุณู
ุฉ ูุงุชุฑู ุงูุจุตู
ุฉโ
19/03/2026
๐๐๐ง๐ฌ๐ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ก๐๐ญ๐๐ฆ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐โจ
Alhamdulillah, dengan izin-Nya telah berlangsung Program Khatam Al-Quran yang menghimpunkan mahasiswa dalam suasana penuh keberkatan, sebagai penutup indah kepada penghayatan Kalamullah sepanjang Ramadan.
Program ini telah diadakan pada 17 Mac 2026 (Selasa) di Jamiโ Zaitunah. Program ini juga menjadi wadah untuk para mahasiswa bersama-sama menyempurnakan khatam Al-Quran dalam suasana yang tenang dan penuh penghayatan, di samping mengeratkan ukhuwah sesama sahabat seperjuangan di perantauan.
Semoga keberkatan majlis ini terus mengalir dalam kehidupan kita, menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama serta menyatukan hati-hati dalam ikatan persaudaraan yang diredai.
โุฃูุดุฑ ุงูุจุณู
ุฉ ูุงุชุฑู ุงูุจุตู
ุฉโ
18/03/2026
๐๐๐ง๐ฌ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง & ๐๐๐๐๐ซ ๐๐ฎ๐๐ซ๐ ๐โจ
Alhamdulillah, telah berlangsung program Sambutan Nuzul Al-Quran yang menghimpunkan mahasiswa dalam suasana penuh keberkatan dan penghayatan sempena bulan Ramadan.
Program ini telah diadakan pada 7 Mac 2026 (Sabtu) di Bait Bab Jdid. Program ini bukan sahaja menjadi ruang pertemuan, bahkan turut diisi dengan pengisian rohani seperti tazkirah Nuzul Al-Quran serta bacaan Jaliyah Al-Kadar yang menyentuh jiwa, di samping mengeratkan ukhuwah sesama sahabat seperjuangan.
Semoga setiap detik yang dilalui bersama ini menjadi kenangan indah dan terus menyuburkan kecintaan terhadap Al-Quran serta semangat persaudaraan dalam kalangan kita.
โุฃูุดุฑ ุงูุจุณู
ุฉ ูุงุชุฑู ุงูุจุตู
ุฉโ