28/02/2026
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐃𝐈𝐉𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐊𝐔𝐁𝐑𝐀
Beliau ialah Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah binti Khuwailid ibn Asad ibn al ‘Uzza ibn Qusay al Asadiyyah RA.
Keturunan beliau berhubung dengan keturunan Rasulullah ﷺ pada moyang beliau, Qusai yang telah menyatukan qabilah-qabilah Quraisy.
Bonda beliau p**a ialah Fatimah binti Zaidah ibn al Asam. Beliau daripada keturunan Bani ‘Aamir ibn Luai ibn Ghalib.
Sayyidah Khadijah bt Khuwailid lebih dikenali dengan gelaran al Kubra (Wanita Agung) kerana kedudukan beliau yang lebih besar daripada kedudukan wanita-wanita yang lain.
Dalam sebuah Riwayat yang Sohih lagi thabit, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
خَيْرُ نِسَائِهَا مَرْيَمُ، وَخَيْرُ نِسَائِهَا خَدِيجَةُ
“Sebaik-baik wanita (pada zamannya) ialah Maryam, dan sebaik-baik wanita (umat ini) ialah Khadijah.”
Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim.
Menggalas seribu satu kemuliaan Kurniaan Allah SWT, Sayyidah Khadijah al Kubra RA adalah Tokoh panutan terbaik sepanjang zaman yang tiada bandingannya dan semestinya bertakhta di persada Hati setiap Umat Islam.
Penghulu yang Suci Sayyidah Khadijah RA dijemput Ilahi pada 11 Ramadhan 3 tahun sebelum Hijrah Nabi ﷺ menurut pendapat yang paling Sohih.
Jasad beliau yang mulia telah disemadikan di Perkuburan Ma’la yang lebih dikenali dengan nama al Hajun menurut riwayat Hadith Ahad yang masyhur dalam kalangan seluruh Muslimin.
Semoga semangat dan jiwa Sayyidah Khadijah RA sentiasa membara dan tidak pernah pudar di dalam Umat Islam hari ini demi meneruskan perjuangan mempertahankan Din yang Suci.
Semoga Allah SWT Merahmati al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani yang berdoa di akhir karyanya al Busyra fi Manaqib al Sayyidah Khadijah al Kubra RA:
اللهم انشر نفحات الرضوان عليها، وأمدنا بالأسرار التي أودعتها لديها
اللهم صل على زوجها الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
"Ya Allah, Sebarkanlah Hembusan KeredhaanMu ke atasnya (Sayyidah Khadijah al Kubra RA) dan Limpahkanlah kepada kami segala Rahsia yang telah Engkau Simpan di sisinya.
Ya Allah, Limpahkanlah Rahmah dan Kesejahteraan ke atas Suaminya al Amin; Penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas Keluarga serta Sahabat-Sahabat Baginda sekalian."
゚viralシ
#ฝากแชร์เพื่อเปิดการมองเห็น