10/04/2026
Bismillahhirrahmanirrahim
Patah tumbuh hilang berganti.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya…”
(Surah An-Nisa’: 58)
✨ Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada saudara dan saudari yang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Memajukan Kesenian dan Kebudayaan Muslim Wilayah Sempadan Selatan (SAUDARA) bagi sesi pengajian 2026.
Semoga kepercayaan yang diberikan ini dipikul dengan penuh hikmah, kejujuran dan dedikasi. Moga setiap usaha menjadi ibadah, setiap langkah dipandu oleh petunjuk-Nya, dan setiap kejayaan dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.
Terus bergembang lagi.
08/04/2026
Bismillah hirrahmanirrahim
Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penasihat baharu Kelab Saudara,
Doktor. Uniansasmita Samoh atas pelantikan sebagai penasihat kelab.
Firman Allah SWT:
“Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (Surah Taha: 114)
Semoga dengan kepimpinan dan bimbingan yang diberikan, Kelab Saudara akan terus maju dan cemerlang serta dipenuhi keberkatan.
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati setiap usaha, mengurniakan kekuatan dan hikmah dalam memimpin, serta menjadikan segala jasa sebagai amal jariah yang berpanjangan.
26/02/2026
Hari ini kita tidak mengucapkan selamat tinggal kerana ikatan ini telah berakhir, tetapi kita mengucapkan terima kasih atas setiap langkah yang telah pensyarah bina bersama kami.
Walaupun pensyarah tidak lagi berdiri di sini sebagai penasihat kelab, namun hati, nasihat dan didikan pensyarah tetap terpahat dalam setiap langkah perjuangan kami.
Pensyarah mungkin melepaskan jawatan,
tetapi tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai pendidik dalam hidup kami.
Setiap teguran yang dahulu terasa berat,
hari ini menjadi perisai yang menguatkan kami.
Setiap dorongan yang pernah membuat kami tertekan, kini menjadi semangat yang mendorong kami melangkah lebih jauh.
Walaupun pensyarah melangkah pergi, tetapi
jiwa dan perjuangan pensyarah tetap bersama kelab ini.
Ada dalam setiap program yang kami jalankan, ada dalam setiap kejayaan yang kami capai, dan ada dalam diri kami semua.
Jawatan boleh berakhir,
tetapi rasa hormat, kasih dan kenangan
akan terus hidup selamanya.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan bimbingan. Pensyarah mungkin pergi dari posisi, tetapi tidak pernah pergi dari hati kami, selamat tinggal guruku
21/02/2026
بهاس اداله نادي كهيدوفن سسوات بڠسا ددالمث ترهيمفون سجاره فرجواڠن عادة رسام دان نيلاي كسوفانن دان كبيجقسانأن تورون منورون يڠ ممبنتوق سياف كيت فد هاري إين.
ستيف فاته كات يڠد توتوركن بوكن سقدر بوڽي يڠ لالو د أودارا ، تتافي لمبڠ جاتي ديري دان مروة يڠ ممبيذاكن كيت درفد يڠلأين ملالوي بهاس ، كاسيه سايڠ دسمفيكن ، علمو دوارسكن ، دان فرفادوان دفركوكوه سهيڠگ لاهير سبواه مشاركة يڠ ساليڠ مماهمي دان مڠحرمتي
Bahasa adalah nadi kehidupan sesuatu bangsa di dalamnya terhimpun sejarah perjuangan, adat resam, nilai kesopanan dan kebijaksanaan turun-temurun yang membentuk siapa kita pada hari ini.
Setiap patah kata yang dituturkan bukan sekadar bunyi yang berlalu di udara, tetapi lambang jati diri dan maruah yang membezakan kita daripada yang lain. Melalui bahasa, kasih sayang disampaikan, ilmu diwariskan, dan perpaduan diperkukuh sehingga lahir sebuah masyarakat yang saling memahami dan menghormati.