มลายูศึกษา(ม.อ.ปัตตานี) Malay Studies Program (Pengajian Melayu) @PSU Pattani
Pengajian Melayu adalah satu jurusan yang hanya ditawarkan di Universiti Songkla Nakarin-kampus Pattani. Program ini terbuka kepada sesiapa (pelajar) yang peminat untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan dunia Melayu termasuk beberapa bidang ilmu seperti Bahasa, Sastera, Adat Resam, Kebudayaan, Kesenian, Sosial, Politik, Ekonomi, Sejarah, Geografi dalam kontek innovasi dan cabaran di arus kemode
nan yang berkaitan dengan rumpun seNusantara, yang merangkumi penduduk berbangsa Melayu yang mendiami beberapa wilayah di negara negara seperti: Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Selatan Thailand (Patani), Vietnam, Kampuchea. Ttermasuk penduduk Melayu- Diaspora di Australia, Myanmar, Sri Lanka, Surinam, Afika Selatan, Timur Tengah, Eropah, dan Amerika Sarikat. Perhatian: Setiap pos di dalam hlaman web ini adalah pendapat dan tanggungjawap peribadi seseorang bukan dibawah tanggungan pihak Admin grup ini
****************************************************************
มลายูศึกษาเป็นสาขาวิชาหนึ่งที่เปิดการเรียนการสอนแห่งเดียวในประเทศ คือ มหาวิทยาลัยสงขลานครินทร์ วิทยาเขตปัตตานี สาขานี้เปิดรับนักศึกษาที่สนใจจะศึกษาเขิงลึกเกี่ยวกับสหวิทยาการพื้นที่ภูมิภาคมลายูซึ่งมีทั้งวิชาทางด้านภาษา วรรณกรรม วัฒนธรรม ขนบธรรมเนียมประเพณี ศิลปะ สังคม การเมืองการปกครอง ภูมิศาสตร์ และประวัติศาสตร์ ในบริบทการเปลี่ยนแปลงของสังคมโลก และความท้าทายของสถานการณ์ยุคสมัยใหม่ที่เกี่ยวข้องกับชาติพันธุ์มลายูในภูมิภาคมลายูโดยเฉพาะในประเทศมาเลเซีย อินโดนีเซีย บรูไนดารุสซาลาม ฟิลิปปินส์ ภาคใต้ของไทย (ปาตานี) เวียดนาม กัมพูชา และสิงคโปร์....ยังรวมถึงชาวมลายูโพ้นทะเลที่อาศัยในออสเตรเลีย พม่า ศรีลังกา ซูรีนัม อัฟริกาใต้ ยุโรป และอเมริกา ทุกข้อคิดเห็นในหน้าเพจเป็นทัศนะส่วนบุคคลมิใช่เป็นทัศนะของผู้ดูแลเพจแต่อย่างใด
********************************************************************
Malay Studies is a program offered only in Prince of Songkla University- Pattani Campus. The program enable students to cultivate scholarly knowledge and understanding of the Malays and the Malay world, in particular their history and cultural identity within the context of the modern world innovation and its challenges. ... Hence the program focuses on their history and civilization, culture, religion, Socio-economic, language, development, politics and so on. Exploring Malay World, which includes Malays who inhabit in several countries like Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei, the Philippines, southern Thailand (Patani), Vietnam, Cambodia. As well as Malay-Diaspora in Australia, Myanmar, Sri Lanka, Suriname, Africa South, Middle East, Europe, and the United States. Note: Every post on this webpage is the opinion and personal responsibility of a person not under the responsibility of the Admin of this group.
27/11/2024
Malam Lestari Teater Melayu: "Raja Kubang Labu" @ PSU - kampus Pattani anjuran bersama Persatuan Rupa Jiwa,Kelantan -Malaysia dan Jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu, PSU- kampus Pattani , Thailand😍🤝👍Syabas di ucapkan kepada Dr. Aminah Jehawae dan team . Ribuan terima kasih kepada Asst. Prof. Bancha timbalan dekan fakulti Sain Kemanusiaan dan Sain Sosial kerana memberi sokongan penuh untuk menjayakan persembahan teater Melayu ini.🫰🫰👍👍
23/11/2024
Pertubuhan Seni Rupa Jiwa dari Malaysia, dengan kerjasama Jurusan bahasa Melayu dan Pengajian Melayu, PSU- Kampus Pattani telah mengadakan satu bengkel asas tearter utuk pelajar-pelajar pada hari Sabtu 23 November 2024, jam 9.00 hingaa 12.00 tgh. Tujuan bengkel tersebut adalah untuk memperkenalkan dan mengembangkan kemahiran serta pengetahuan mereka dalam bidang teater. Serta cara menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan melalui ekspresi suara dan tubuh, yang sangat penting dalam persembahan teater. Pelajar akan diberikan peluang untuk tampil di depan orang ramai, yang dapat meningkatkan keyakinan diri dan keberanian untuk bercakap atau beraksi di hadapan audiens.
18/11/2024
📣"Lestari Teater Budaya Melayu bersama JBM-PM-PSU"
Program Ijazah Sarjana Muda Sastera, Jabatan Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial- PSU dengan kerjasama Pertubuhan Seni Rupa Jiwa, Kelantan, Malaysia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni – HUSO, PSU
Ingin menjemput semua pensyarah, kakitangan, pelajar dan pihak yang berminat untuk menyaksikan persembahan teater Melayu bersejarah berjudul "Raja Kubang Labu" oleh Pertubuhan Seni Rupa Jiwa bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Fakulti Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial, PSU- Kampus Pattani
Pada hari 🗓 Sabtu, 23 November 2024,
🕖 mulai jam 7.00 malam di Dewan Auditorium Pejabat Naib Canselor, Kampus Pattani
🟢Masuk percuma !!!
Pelajar yang mendaftar untuk hadir secara langsung akan menerima jam aktiviti berdasarkan minat mereka
18/09/2024
Tahniah kepada semua graduan 👩🎓👩🎓konvokesyen 2024, Kejayaan kalian adalah kejayaan kita semua. Tulus Ikhlas dari pensyrah-pensyarah 👩🏫🧑🏫👨🏫👨🏫jurusan Pengajian Melayu , PSU- Pattani😍🥰😘👏👏
17/09/2024
Tahniah kepada para graduan jurusan Pengajian Melayu, Prince of Songkla University- Kampus Pattani. Kejayaan kalian adalah kejayaan kami😍🥰😘
17/09/2024
Jurusan Bahasa dan Pengjian Melayu telah mengadakan siri Forum Dunia Melayu yang kedua bertajuk " Tamadun Melayu: Warisan dan Pengaruh di zaman Mden", pada hari Ahad 15/9/2024 yang dirasmikan oleh Meteri Keadilan Thailand Pol.Kol. Tawee Sodsong. Forum pada kali kedia ini terdiri dari pada ahli panel pakar dalam bidang tamadun dan hadarah Melayu dari negara Indonesia dan Thailand. Siri Forum pertama yang dianjurkan oleh jurusan telah di adakan pada tahun lepas 2023 tanggal 19 bulan July membawa tajuk: "Contemporary Malays in the 21st Century: Challenges and Future" , dimana ahli panelnya terdiri dari bekas pansyrah dari University of Lunds- Sweden iaitu Assoc. Prof. Dr. Kamaruddin Abdul Samad yang merupakan Melayu Diaspora dari wilayah Pattani.
10/09/2024
Pengumuman........
Dengan penuh kesyukuran, kami ingin mengumumkan bahawa Jurusan Bahasa dan Pengajian Melayu Prince of Songkla University- Kampus Pattani akan menganjurkan sebuah siri forum Dunia Melayu pada kali ini bertajuk: "Tamadun Melayu: Warisan dan Pengaruh dalam Dunia Moden" (อารยธรรมมลายู: มรดกและอิทธิพลในโลกสมัยใหม่). Forum ini akan di rasmikan oleh Menteri Kedailan Thailand, Pol.Col. Tawee Sodsong. Forum adalah terbuka kepada semua dan pendaftaran adalah percuma.
Forum ini bertujuan untuk menyelami dan membincangkan warisan yang kaya serta pengaruh Tamadun Melayu dalam konteks dunia moden. Kami berbesar hati untuk membawa bersama anda para penceramah dan pakar yang akan membincangkan pelbagai aspek penting mengenai Tamadun Melayu, termasuk sejarah, sastera, budaya, dan sumbangannya kepada masyarakat hari ini.
Objektif Forum:
1. Memahami sejarah dan perkembangan Tamadun Melayu dari zaman dahulu hingga kini.
2. Meneroka pengaruh Tamadun Melayu dalam konteks global dan tempatan.
3. Menilai sumbangan Tamadun Melayu terhadap pembangunan budaya dan intelektual masa kini.
Kami menjemput semua yang berminat untuk menyertai forum ini dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan pandangan mendalam daripada ahli panelist dari Indonesia dan Thailand yng berbagai latar belakang akademik dan politik serta menyertai perbincangan yang bermanfaat.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi [0894674903]
Kami berharap anda dapat meluangkan masa untuk menyertai kami dalam acara ini dan menyumbang kepada perbincangan yang bermanfaat dan memaknai.
Jurusan Bahasa dan Pengajian Melayu
08/03/2024
Pada tanggal 27-29 Februari 2024, dua puluh lima mahasiswa tahun 2 Jurusan Bahasa dan Pengajian Melayu , fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial,di iringi oleh 4 pensyarah program Pengaijian Melayu di bawah subjek Module: Malay Traditions telah di undang untuk bertukar budaya dan imiah bersama mahasiswa dan dosen-dosen Universitas Sumatra Utara dan Universitas Muhammadiyah Sumatra Utara. Pertukaran budaya dan ilmiah pada kali ini membolehkan pelajar2 mengenal tradisi dan cara hidup masyarakat Melayu serumpun dan dapat mengenal suku-suku kaum yang berbeza adat tradisi dan bahasa. Syabas dan terima kasih kepada fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial yang memberi sokongan penuh kepada pelajar dan pensyarah.
12/09/2023
4th Year Students of Malay Studies Program, Prince of Songkla University- Pattani Campus exploring Malaysia .
12/09/2023
Orang Kata: "Pengalaman bukan datang dari mengetahui tetapi mengalami dan merasai". Ramai orang tahu, tapi jika tidak alami, ia hanya sekadar tahu ..... Oleh itu, sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-66 bagi tahun 2023 ini, Pelajar tahun empat jurusan Pengajian Melayu, Prince of Songkla University- kampus Pattani mengambil peluang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan bersama rakyat jelata dan menerokai tradisi Melayu negeri Kelanatan Darul Naim.
22/08/2023
Jurusan Bahasa dan Pengajian Melayu, fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial bersama pelajar dan pensyarah meraikan satu amalan warisan tradisi Melayu tempatan iaitu Asyura. Satu acara untuk menjaga tradisi budaya Melayu tempatan . We are HUSO We are One