KLM IPGM ข้อมูลการติดต่อ, แผนที่และเส้นทาง,แบบฟอร์มการติดต่อ,เวลาเปิดและปิด, การบริการ,การให้คะแนนความพอใจในการบริการ,รูปภาพทั้งหมด,วิดีโอทั้งหมดและข่าวสารจาก KLM IPGM, การศึกษา, Had Yai.

PROGRAM JOTA JOTI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKA...
21/10/2025

PROGRAM JOTA JOTI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPMKLM IPG KPM) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

Kuala Lipis, 19 Oktober 2025 – Program Jamboree On The Air ke 88 – Jamboree On The Internet ke 46 (JOTA JOTI) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Program yang bermula pada 17 hingga 19 Oktober 2025 ini telah disertai oleh 25 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) dari seluruh negara. Program ini telah mendapat penyertaan seramai 30 orang pegawai pengakap yang terdiri daripada Pesuruhjaya Daerah (PJD), Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPJD) serta 91 orang pengakap penolong pemimpin dari setiap daerah KLM.

Program ini diserikan dengan kehadiran Tuan Shukri bin Mat Yaacob, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Tuan Marni bin Golong, Timbalan Ketua Pesuruhjaya I Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dalam Majlis Pembukaan JOTA JOTI Peringkat Kebangsaan ini. Turut hadir Encik Mohamad Fadzil bin Omar, wakil dari Malaysia Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS), sebagai penceramah jemputan bagi Bengkel Pengendalian & Prapelesenan Radio Amatur Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia dalam program tersebut.

Antara tujuan program tahunan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli pengakap KLM terhadap penggunaan teknologi komunikasi seperti radio dan internet secara beretika dan selamat. Sesuai dengan tema Jota Joti 2025, “A World Shaped by Youth”, program ini membuka peluang kepada semua ahli pengakap secara inklusif untuk berinteraksi bersama rakan pengakap dari seluruh dunia melalui radio amatur dan internet.

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM KEMBARA MUHIBBAH PENGAKAP NEGERI TERENGGANU 2.0Pattani, 5 Oktober 2025 – Program Kembara M...
12/10/2025

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM KEMBARA MUHIBBAH PENGAKAP NEGERI TERENGGANU 2.0

Pattani, 5 Oktober 2025 – Program Kembara Muhibbah Pengakap Negeri Terengganu 2.0 telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 Oktober 2025. Program kembara ini meliputi lawatan kunjung hormat ke beberapa kawasan di selatan Thailand termasuk Hatyai, Pattani dan Songkhla dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara Pengakap Negeri Terengganu dan pihak berautoriti di wilayah tersebut. Program ini telah disertai oleh lapan orang pegawai pengakap yang terdiri daripada Pesuruhjaya Daerah (PJD) dan Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPJD), terdiri daripada 3 orang KLM05 1 orang KLM36, 1 orang KLM10, 1 orang KLM03, 1 orang KLM32 dan 1 orang KLM19. Turut serta ialah dua orang pengakap KLM30 sebagai peserta kembara.

Program kembara pada kali ini telah disertai oleh YBhg Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Encik Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu sebagai penerima Anugerah Lencana Kehormat Pengendali Bawah Air Bahagian Marin, Polis Diraja Thailand di dalam majlis kunjung hormat TYT Gabenor Wilayah Pattani. Selain itu, turut berlaku penyampaian Anugerah Sayap Kerhormat Penerjunan Tentera Udara Diraja Thailand kepada para VIP yang lain.

Kembara ini diteruskan lagi dengan aktiviti mencabar di High Jump Tower yang bertempat di Territorial Defense Student Training Center of 42nd Military Circle, Songkla, Thailand. Para peserta diberikan peluang melakukan penerjunan asas dan terlatih di kem tersebut. Aktiviti ini diakhiri dengan penyampaikan sijil penyertaan dan sayap penerjunan yang disampaikan oleh Kolonel Natworaitch Srichantong, Kolonel di kem tersebut.

Antara fokus utama program ini adalah memperkukuh hubungan serantau melalui lawatan hormat ke TYT Wilayah Pattani dan Songkhla, sekali gus mengeratkan persahabatan dan semangat Brotherhood of Scouting antara Malaysia dan Thailand.

PENYERTAAN SUKARELAWAN KLM SEBAGAI PETUGAS DALAM PROGRAM PAHANG INTERNATIONAL SCOUT SCARF FESTIVAL 2025Kuantan, 16 Ogos ...
18/08/2025

PENYERTAAN SUKARELAWAN KLM SEBAGAI PETUGAS DALAM PROGRAM PAHANG INTERNATIONAL SCOUT SCARF FESTIVAL 2025

Kuantan, 16 Ogos 2025 – Program Pahang International Scout Scarf Festival telah berlangsung di Stadium Tertutup Pahang (SUKPA), Kuantan Pahang. Program ini telah disertai oleh para pengakap KLM yang telah bertugas sebagai urusetia program bermula 14 Ogos sehingga 16 Ogos bagi menjayakan program tersebut. Para petugas KLM ini terdiri daripada 19 orang KLM30, 2 orang KLM17 dan 1 orang KLM21. Program antarabangsa ini mendapat sambutan seramai 22,825 penyertaan dari 12 buah negara, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, India, Vietnam, Pakistan, Arab Saudi dan Afrika Selatan.

Program mendapat perkenan dari Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Leftenan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kemudian diangkat menjadi ikon Kelana Negeri Pahang di dalam majlis tersebut. Turut hadir YAB Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai perasmi utama dan menandatangani Sijil MBOR dalam majlis perasmian itu.

Antara fokus utama program ini adalah sebagai wadah penting dalam mempersatukan belia, mengukuhkan jaringan antarabangsa dan merangsang kerjasama dalam generasi muda. Penyertaan daripada 11 buah negara menjadi bukti perana pengakap sebagai agen perpaduan global yang menjagkau budaya, agama dan sempadan negara. Selain itu, festival ini dilihat memperkasakan belia melalui pelbagai aktiviti seperti STEM, TVET, sukan tradisional dan warisan budaya setempat. Pendedahan tersebut bukan sahaja memperluas pengetahuan dan kemahiran peserta, malah membentuk mereka sebagai generasi yang berdaya saing, inovatif serta berpemikiran kritis.

PENYERTAAN KLM35 DALAM PROGRAM PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEMAJUAN & KEPANDAIAN PENGAKAP MUDA DAN PENGAKAP RAJA DAERAH JA...
18/08/2025

PENYERTAAN KLM35 DALAM PROGRAM PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEMAJUAN & KEPANDAIAN PENGAKAP MUDA DAN PENGAKAP RAJA DAERAH JASIN TAHUN 2025

Jasin, 10 Ogos 2025 – Program Perkhemahan Ujian Lencana Kemajuan & Kepandaian Pengakap Muda dan Pengakap Raja 2025 telah berlangsung di Jasin, Melaka. Program yang berlangsung pada 8 hingga 10 Ogos ini telah disertai oleh 4 pengakap KLM, terdiri daripada 3 orang KLM07 dan 1 orang KLM35.

Program perkhemahan ini diserikan dengan kehadiran Tuan Noor Azmi Bin Ujang, Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka yang merupakan perasmi utama dalam majlis penutup perkhemahan tersebut. Turut hadir Puan Norizan Binti Ishak Basri, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka; Encik Muhammad Bin Janudin, Setiausaha Pasukan Jurulatih Negeri Melaka; Ustaz Rohezam Bin Mokhtar, Pesuruhjaya Daerah Jasin serta para tetamu kehormat lain.

Program selama 4 hari ini bertujuan untuk menguji tahap kemahiran dan pengetahuan setiap pengakap dalam pelbagai aspek berkaitan Lencana Kemajuan dan Lencana Kepandaian. Melalui pelbagai ujian praktikal dan teori yang disediakan, pengakap dapat menilai sejauh mana pencapaian mereka dalam bidang kepengakapan. Selain itu, program ini turut memupuk semangat setiakawan dan membina jaringan hubungan antara pengakap daripada pelbagai pasukan di peringkat Daerah Jasin.

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM KURSUS ASAS KEJURULATIHAN PARAGLIDING TAHAP 1 2025Banting, 4 Ogos 2025 – Kursus Asas Kejur...
07/08/2025

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM KURSUS ASAS KEJURULATIHAN PARAGLIDING TAHAP 1 2025

Banting, 4 Ogos 2025 – Kursus Asas Kejurulatihan Paragliding Tahap 1 telah berlangsung di Terbang House, Morib dan Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor. Kursus yang telah berlangsung bermula 1 Ogos hingga 4 Ogos 2025 ini disertai oleh tiga orang pengakap KLM, terdiri daripada dua orang dari KLM30 dan seorang dari KLM21. Kursus selama 4 hari ini merupakan anjuran Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) dengan sokongan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT).

Kursus ini telah disempurnakan oleh Kapten (B) Mohd Ikhwan Azillah dan Puan Orkid Jamilah Awang yang merupakan jurulatih utama bagi kursus ini. Selain itu, kursus asas kejurulatihan paragliding ini mendapat pengiktirafan rasmi dari Kementerian Belia dan Sukan Negara (KBSN) dan direkodkan oleh Akedemi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) sebagai salah satu program pembangunan sukan spesifik yang diiktiraf di peringkat nasional.

Antara tujuan kursus ini adalah untuk membantu membentuk jati diri pengakap yang lebih berkeyakinan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran, selaras dengan semangat pengakap yang sentiasa bersedia. Penyertaan dalam kursus ini juga membuka peluang untuk penglibatan dalam program peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus melahirkan pelapis jurulatih yang bertauliah dan berintegriti.

PENYERTAAN SUKARELAWAN KLM30 DALAM PROGRAM PETALING JAYA (PJ) INTERNATIONAL OUTDOOR EXPO MALAYSIA 2025Petaling Jaya, 28 ...
29/07/2025

PENYERTAAN SUKARELAWAN KLM30 DALAM PROGRAM PETALING JAYA (PJ) INTERNATIONAL OUTDOOR EXPO MALAYSIA 2025

Petaling Jaya, 28 Julai 2025 – Program PJ International Outdoor Expo Malaysia 2025 telah berlangsung selama 4 hari di Kompleks Sukan Kelana Jaya, Petaling Jaya. Program yang bermula pada 25 Julai hingga 27 Julai ini telah disertai oleh seorang pengakap KLM30 yang telah bertugas sebagai pengendali gerai pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di program tersebut.

Program peringkat antarabangsa ini telah menerima kunjungan rasmi daripada beberapa tetamu VIP termasuk YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Zahri Bin Samingon, Datuk Bandar MBPJ; YB Dr Fahmi Ngah, Exco Agama Negeri Selangor; YB Najwan Halimi, Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor. Kehadiran para VIP ini memeriahkan suasana expo kerana mereka turut melawat gerai – gerai pameran para vendor serta bersamah mesra dengan pengunjung yang hadir ke expo antarabangsa tersebut.

Antara tujuan penyertaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli pengakap dalam bidang komunikasi, pengurusan aktiviti dan pengendalian maklumat berkaitan kepengakapan. Di samping itu, pameran yang diadakan membantu mempromosikan imej positif kepengakapan sebagai satu gerakan belia yang aktif, berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa masyarakat.

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM INTERNATIONAL SCOUT YOUTH LEADERSHIP FORUM 2025 (SYL FORUM)Kuala Nerus, 6 Julai 2025 – Pro...
10/07/2025

PENYERTAAN PENGAKAP KLM DALAM INTERNATIONAL SCOUT YOUTH LEADERSHIP FORUM 2025 (SYL FORUM)

Kuala Nerus, 6 Julai 2025 – Program International Scout Youth Leadership Forum 2025 telah berlangsung di Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu. Program yang bermula pada 2 Julai hingga 6 Julai ini telah disertai oleh empat orang pengakap KLM, terdiri daripada tiga orang KLM30 dan seorang KLM21. Forum peringkat antarabangsa ini telah berjaya menarik penyertaan belia pengakap dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Nepal, Jepun dan Timor-Leste.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Mejar Jeneral Profesor Dato’ Dr. Mohd Zin Bidin, Ketua Pengakap Negara; Tan Sri Dato’ Haji Abdullah bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu; dan Encik Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu. Turut hadir ialah para tetamu kehormat lain bagi memeriahkan majlis tersebut.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai sebuah platform yang signifikan dalam usaha melahirkan kepimpinan belia pengakap yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selain itu, forum ini turut memberi peluang dan ruang kepada para peserta untuk mengenali serta menghargai keunikan adat resam dan budaya Malaysia, khususnya negeri Terengganu. Pendedahan kepada warisan budaya tempatan ini dapat membina rasa hormat dan keterbukaan terhadap kepelbagaian budaya.

INTERNATIONAL SCOUTH YOUTH LEADERSHIP FORUM 2025📍 Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu🗓️ 2 – 6 Julai 2025Kontin...
05/07/2025

INTERNATIONAL SCOUTH YOUTH LEADERSHIP FORUM 2025
📍 Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu
🗓️ 2 – 6 Julai 2025

Kontinjen Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) telah mengambil bahagian dalam International Scout Youth Leadership Forum 2025, sebuah platform berprestij yang menghimpunkan pemimpin muda pengakap dari serata Malaysia, Indonesia, Nepal, Jepun, Timor-Leste, Brunei, India, Maldives dan Sri Lanka.

Seramai empat orang peserta telah mewakili KLM dalam forum ini, terdiri daripada tiga orang wakil KLM30 dan seorang wakil KLM21. Penyertaan ini mencerminkan usaha berterusan KLM dalam melahirkan pemimpin belia yang berwibawa, progresif dan berpandangan global.

---------------

The Malaysia Scout Training Group (KLM) contingent participated in the International Scout Youth Leadership Forum 2025, a prestigious platform that brings together young scout leaders from around the world – Malaysia, Indonesia, Nepal, Japan, Timor-Leste, Brunei, India, Maldives dan Sri Lanka.

A total of four participants represented KLM — three from KLM30 and one from KLM21. This involvement reflects KLM’s ongoing commitment to nurturing capable, forward-thinking youth leaders with a global outlook.

Penyertaan Pengakap KLM35 Sebagai Pembimbing Dalam Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Dae...
19/06/2025

Penyertaan Pengakap KLM35 Sebagai Pembimbing Dalam Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin 2025

Jasin, 15 Jun 2025 – Program Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin 2025 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin, Melaka. Program yang telah berlangsung bermula 13 hingga 15 Jun 2025 ini telah disertai oleh seorang sukarelawan pengakap KLM35 yang telah bertugas sebagai pembimbing dalam menjayakan program tersebut.

Program perkhemahan ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Puan Norizan Binti Ishak Basri dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Encik Yusni Bin Salami sebagai perasmi utama di dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja tersebut.

Antara tujuan program perkhemahan ini diadakan adalah untuk menilai kelayakan, kecekapan dan sahsiah calon-calon Pengakap Raja melalui pelbagai bentuk ujian yang merangkumi aspek teori, amali dan kepimpinan. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai platform untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama, ketahanan fizikal dan mental serta jati diri sebagai seorang pengakap sejati.

PENYERTAAN PENGAKAP KLM SEBAGAI SUKARELAWAN PETUGAS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025Kuala Lump...
18/06/2025

PENYERTAAN PENGAKAP KLM SEBAGAI SUKARELAWAN PETUGAS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Kuala Lumpur, 15 Jun 2025 – Sambutan Hari Belia Negara 2025 telah berlangsung di Dataran Merdeka bermula 13 hingga 15 Jun 2025. Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh 3 orang pengakap KLM yang bertugas sebagai urusetia petugas bagi menjayakan program tersebut. Para petugas KLM ini terdiri daripada 2 orang KLM35 dan 1 orang KLM30.

Sambutan peringkat kebangsaan ini diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2025.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' Dr. Johari bin Abdul; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa serta Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pn. Azura binti Abidin serta Presiden Majlis Belia Malaysia, saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Antara tujuan sambutan kepada ahli Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk mengiktiraf sumbangan belia dalam pembangunan negara, termasuk ahli Pengakap yang sentiasa terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, kepimpinan dan khidmat masyarakat.

Di samping itu, ia merupakan salah satu usaha memperkukuh semangat patriotisme serta menyemai rasa cinta kepada negara dalam kalangan Pengakap, selaras dengan salah satu moto pengakap, iaitu "Berkhidmat Selalu" yang menjadi pegangan ahli-ahlinya

Penyertaan Sukarelawan KLM Dalam Program 1st Kuala Lumpur Agoonoree 2025Kuala Lumpur, 31 Mei 2025 – Program 1st Kuala Lu...
05/06/2025

Penyertaan Sukarelawan KLM Dalam Program 1st Kuala Lumpur Agoonoree 2025

Kuala Lumpur, 31 Mei 2025 – Program 1st Kuala Lumpur Agoonoree 2025 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Brickfields 1 & 2, Kuala Lumpur bermula 28 Mei hingga 31 Mei 2025. Program yang berlangsung bermula 28 Mei hingga 31 Mei 2025 ini telah disertai oleh 15 orang pengakap KLM sebagai urusetia bagi menjayakan program tersebut. Para petugas KLM ini terdiri daripada 5 orang KLM15, 4 orang KLM17, 3 orang KLM30, 1 orang KLM21, 1 orang KLM35 dan 1 orang KLM10.

Program yang julung kali diadakan ini diserikan dengan kehadiran Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBrs. Dr. Mohammed Mukhyuddin Bin Sarwani sebagai perasmi bagi program tersebut. Turut hadir di dalam majlis perasmian tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBrs. Tuan Mohd. Hilmi bin Abu Bakar, Pesuruhjaya Program Negara, Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri W.P Kuala Lumpur, YBrs. Zamri bin Saiman.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli – ahli Pengakap dan peserta lain berinteraksi serta menyokong golongan berkeperluan khas melalui aktiviti-aktiviti inklusif, membina sahsiah diri, serta memperkukuh nilai perpaduan, kepimpinan dan khidmat masyarakat. Di samping itu, ia merupakan salah satu usaha untuk memperkasa golongan berkeperluan khas melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kepengakapan yang menyeronokkan dan membina jati diri mereka.

ที่อยู่

Had Yai
90000

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ KLM IPGMผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

ติดต่อ โรงเรียนนี้

ส่งข้อความของคุณถึง KLM IPGM:

ทางลัด

แชร์

ประเภท