23/07/2026
✨ Temu Mesra Alumni Mesbah ✨
Pada Rabu 22 July 2026 berlangsung Temu Mesra Alumni Mesbah sebagai langkah awal dalam persiapan Majlis Jamuan Khairat Sempena 53 Tahun Mesbah yang akan diadakan pada 4 – 5 Oktober 2026.
Pertemuan ini bukan sekadar berkumpul, tetapi sebagai ruang untuk alumni memberi sokongan, idea dan tenaga, serta bersama-sama berkhidmat sebagai tuan rumah bersama para ustaz dan ustazah Mesbah El-Ulum.
Mari, kita sama-sama berganding bahu menjayakan majlis penuh bermakna ini 🤝
💛 Mesbah bukan sekadar tempat belajar, tetapi keluarga yang sentiasa di hati.