PADA Service

Call Directions Website Contact the school

PADA Service Pendidikan Asas Daru Ashomiddin (PADA) Service Singapura ditubuhkan pada bulan Mar 1987. Motto : Be

Visi Pada Service:

P - Pendidikan berteras Al-Quran dan Sunnah Nabi (s.a.w)
A - Akhlak mulia, Rasulullah role model kami
D - Dedikasi sebagai khalifah di bumi ini
A - Azam yang kuat, bersemadi di hati

"Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat. Objektif Pada Service :

Melahirkan Individu Muslim SHOLEH & SHOLEHA

๐ŸŒฟ Praktikal Fikah Jenazah | Pelajar Tsanawiyah Dua โ€“ PADA Service SingaporePembelajaran Fikah bukan sekadar memahami huk...
09/09/2026

๐ŸŒฟ Praktikal Fikah Jenazah | Pelajar Tsanawiyah Dua โ€“ PADA Service Singapore

Pembelajaran Fikah bukan sekadar memahami hukum melalui teori di dalam kelas, tetapi juga menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupan sebenar.

Pelajar Tsanawiyah Dua PADA Service Singapore berkesempatan mengikuti pembelajaran praktikal Fikah Jenazah, sebagai pengukuhan ilmu berkaitan pengurusan jenazah menurut tuntunan syariat Islam โ€” daripada memahami adab, tatacara, hingga membina kesedaran tentang amanah seorang Muslim terhadap saudaranya.

๐Ÿ“š Ilmu yang dipelajari hari ini adalah bekalan untuk kehidupan.
Melalui pembelajaran praktikal seperti ini, para pelajar bukan sahaja dibentuk menjadi insan yang berilmu, tetapi juga berkemahiran, berdisiplin, berempati dan bersedia berkhidmat kepada masyarakat.

๐ŸŒฑ Semoga pengalaman ini menjadi ilmu yang bermanfaat, membentuk generasi Muslim yang memahami agama dengan ilmu, mengamalkannya dengan hikmah, dan berbakti kepada ummah dengan penuh keikhlasan.

โ€œBelajar untuk mengetahui, berlatih untuk mampu, dan beramal untuk memberi manfaat.โ€ ๐Ÿค

Alhamdulillah, peperiksaan semester pertama Madrasah Hujung Minggu  PADA Service telah selesai dilaksanakan pada 24/5/20...
24/05/2026

Alhamdulillah, peperiksaan semester pertama Madrasah Hujung Minggu PADA Service telah selesai dilaksanakan pada 24/5/2026. Semoga segala usaha, ilmu dan pengorbanan para pelajar, asatizah serta ibu bapa diberkati Allah SWT. Kini bermulalah cuti sekolah hingga bulan June sebagai waktu untuk berehat, mengisi masa dengan perkara bermanfaat serta memperbaharui semangat menuntut ilmu.

Semoga pelajar-pelajar terus istiqamah menjaga akhlak, ibadah dan semangat pembelajaran walaupun di musim cuti. ๐ŸŒธ
Madrasah PADA Service akan dibuka semula pada 4,5hb July 2026.

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’
Gambar Tsa 3&4

Pendidikan Asas Daru Ashomiddin Service (PADA Service) memaklumkan bahawa peperiksaan Semester Pertama bagi pelajar Madr...
19/05/2026

Pendidikan Asas Daru Ashomiddin Service (PADA Service) memaklumkan bahawa peperiksaan Semester Pertama bagi pelajar Madrasah Semester Pertama tahun 2026 sedang berlangsung dengan lancar.
Peperiksaan ini melibatkan ujian lisan dan tulisan bagi menilai kefahaman pelajar dalam pelbagai mata pelajaran agama seperti Fiqh, Al-Quran, Akhlak, Bahasa Arab, Sirah dan Aqidah.

Peperiksaan lisan telah selesai dijadualkan bermula pada 25 April 2026 hingga 11 Mei 2026.

Manakala peperiksaan tulisan berlangsung pada 16 Mei 2026 hingga 23 Mei 2026.

Antara penilaian yang diuji termasuk praktikal solat sunat, hafazan serta pemahaman ayat Al-Quran, doa-doa harian, tajwid, akhlak Islam dan sejarah Islam.

Selain itu, pihak madrasah turut memaklumkan bahawa cuti semester pertama akan bermula pada 30 Mei 2026 hingga 27 Jun 2026, dan sesi persekolahan akan dibuka semula pada 5 Julai 2026.

Semoga para pelajar diberikan kemudahan, ketenangan dan kejayaan dalam menghadapi peperiksaan serta dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Photo diambil saat peperiksaan tulis M4 A/B, M5 A/B. Sabtu 16/5/26

07/02/2026

๐ŸŒŸ Perkasakan Aqidah & Akhlak Anak Anda! ๐ŸŒŸ.Apakah yang mereka akan dapatkan?โœ… Pengajaran Agama yang Mendalamโœ… Nilai-nilai Moral yang Tinggiโœ… Pengenalan kepada Al-Quranโœ… Pembentukan Akhlak yang Mulia.Bantu anak-anak kita menjadi individu yang berakhlak dan beriman! Jangan lepaskan peluang ini!๐ŸŒŸ Daftarkan Anak Anda Sekarang! ๐ŸŒŸKlik link dibawah ๐Ÿ‘‡ untuk mendaftar:https://forms.gle/Wd9zDvDMboqHizxAA.Seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, โ€œDan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maโ€™ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang berjaya.โ€ (Surah Ali โ€˜Imran, 3:104).Rasulullah SAW juga bersabda: โ€œSesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.โ€ (Sahih Muslim).WhatsApp kami di ๐Ÿ“ž 96166727 / 90281906 untuk maklumat lanjut atau lungsuri lelaman kami di www.padaservice.sg

Khamis 01/01/2026 hari ini Penjualan buku madrasah jam 10am-4pmAlamat : Blk 306A Woodlands St 31  #03-00 Singapore 73130...
01/01/2026

Khamis 01/01/2026 hari ini Penjualan buku madrasah jam 10am-4pm
Alamat : Blk 306A Woodlands St 31 #03-00 Singapore 731306

Sila hubungi 90281906 (Ustazah Laila) atau 96166727 (Ust Isa ) untuk keterangan lebih lanjut.
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Sila hadir bersama anak anda untuk penetapan kelas madrasah dan membeli buku madrasah serta  uniform sekolah. Hari : Kha...
31/12/2025

Sila hadir bersama anak anda untuk penetapan kelas madrasah dan membeli buku madrasah serta uniform sekolah.

Hari : Khamis, 01hb January 2026
Waktu: Diantara Jam 10 pagi s/d 4 petang.

Pad hari tersebut PADA menyediakan diantaranya :

*Yuran Pendaftaran pelajar baru
*Buku Sekolah
*Uniform Sekolah
*Report Book
*Yuran tertunggak tahun 2025

Alamat: Blk 306A Woodlands Street 31 #03-00 Singapore 731306 (Opposite Woodlands Polyclinic/Atas Teh Tarik Restaurant)

Sila hubungi 90281906 (Ustazah Laila) atau 96166727 (Ustaz Isa) untuk keterangan lanjut.

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Assalamualaikum Wr WbWe are hiring Asatizah to join our Weekend Madrasah!Part-Time Madrasah Asatizah๐Š๐ž๐ฒ ๐‘๐ž๐ช๐ฎ๐ข๐ซ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ฌ:ARS...
19/12/2025

Assalamualaikum Wr Wb

We are hiring Asatizah to join our Weekend Madrasah!

Part-Time Madrasah Asatizah

๐Š๐ž๐ฒ ๐‘๐ž๐ช๐ฎ๐ข๐ซ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ฌ:
ARS Tier 1 Certified
Available to start in January 2026
Classes are held every Saturday or Sunday.

Location: Blk 306A Woodlands St 31 #03-00 Singapore 731306

Interested Applicants can contact 96166727 (Ustaz Isa) /90281907 (Ustazah Laila) or send your resume to: [email protected]

Alhamdulillah...
18/11/2025

Alhamdulillah...

Penyerahan Sijil Tsa 4 dan Diploma PADA Service hari ini Minggu 16/11/25 waktu 2:00pm s/d 4:00pm

Mudhirah Ustazah Laila Abu Hassan

17/11/2025

๐ŸŒ™ โ€œBila anak-anak belajar dengan gembira, iman mereka membesar bersama kasih sayang.โ€Daftar hari ini dan jadikan hujung minggu mereka lebih bermakna ๐Ÿ’•

17/11/2025

Jangan tinggalkan Doa ini Di Penghujung Solat

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฃูŽุนูู†ูู‘ูŠู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐููƒู’ุฑููƒูŽ ูˆูŽุดููƒู’ุฑููƒูŽ ูˆูŽุญูุณู’ู†ู ุนูุจูŽุงุฏูŽุชููƒูŽ

Allahuma Aโ€™inni
Ya Allah Tolongla Aku

Ala Zikrika
Untuk Sentiasa MengingatiMu

Wa Syukrika
Untuk Sentiasa Berterima Kasih KepadaMu

Wa Husni โ€˜Ibadatik
Dan Memperelokkan Ibadahku KepadaMu

Doa ini adalah doa yang diajarkan Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wa sallam kepada Muโ€™adz bin Jabal dan dianjurkan dibaca setelah salat.

Address

Blk 306A Woodlands Street 31 #03/00
Woodlands
SINGAPORE731306

Opening Hours

Wednesday 19:30 - 22:30
Friday 19:30 - 22:30
Saturday 08:00 - 18:30
Sunday 08:00 - 18:30

Telephone

+6590281906

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PADA Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PADA Service:

Shortcuts

Share

Category