Seni Silat Bunga Pahar Singapura

Seni Silat Bunga Pahar Singapura

Share

This is a Legacy Silat originally from a family of Seni Silat Bunga Pahar which is led by our Guru Ahmad Mahmid, the grandson of Late Tok Tandang, the founder.

23/05/2025

Sesi Ke-5 dalam Penggal 4..

Taati Guru itu membawa berkat,
Sedikit belajar banyaklah yang dapat,
Jika kamu durhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang berkat…

Semoga apa yang dipelajari dapat memberi menfaat kepada pesilat kami..Insha Allah..

01/05/2025

Sesi latihan ke-2 dalam penggal ke-4..

Latihan di Hari Buruh ini adalah latihan fisikal dan mental untuk pesilat kami..

Senaman SSBPS..❤️

27/04/2025

Sejarah Warisan Seni Silat Bunga Pahar

Assalamualaikum Sahabat di luar sana,

Hari ini kami SSBPS ingin berkongsi tentang sejarah dan warisan Seni Silat Bunga Pahar.

Guru Utama Seni Silat Bunga Pahar Singapura adalah Guru Ahmad Mahmid.

Beliau pernah menitip ilmu di perguruan Tapak Suci Singapura pada tahun 1994 hingga 1997 dan juga menjadi jurulatih di perguruan Cekak Serantau pada tahun 1998 hingga 2006.

Kenapa Bunga Pahar?....Mana asal Bunga Pahar?...Di sini bermula kisah dan sejarah Seni Silat Bunga Pahar.......

Silat Bunga Pahar berasal daripada Tok Tandang yang asalnya dari Pahang dan berhijrah ke kampung kesang muar. Bapa kepada Guru Utama Ahmad bernama Mahmid Bin Tandang (1932-1992). Guru Ahmad Bin Mahmid lahir pada tahun 1961 di kampung Padang Terbakar.

Pada usia 5 tahun, Guru Ahmad mengintai bapa dan pak cik nya bersilat yang dilatih oleh abang sulong kepada bapa Guru Ahmad, iaitu Limat Bin Tandang yang menatap di Muar. Setiap kali jikalau Pak Long Limat datang, pasti ada latihan silat di waktu subuh. Di situlah tertanamnya minat pada gerakkan seni silat walaupun Guru Ahmad tahu bahawa latihan itu hanya untuk adik-beradik bapa nya.

Selepas beberapa tahun Pak Long Limat meninggal dunia, Guru Ahmad menitip ilmu silat bersama bapa dan juga pak cik nya yang lain. Waktu itu, Guru Ahmad hanya berusia 12 tahun.

Pada usia 15 tahun, Guru Ahmad pernah menitip ilmu Silat Gayong Pasak di balai rakyat Ubi di geylang serai. Ilmu itu hanya dititip untuk masa 5 bulan kerana diketahui oleh bapanya dan di suruh berhenti. Bapa nya tidak membenarkan Guru Ahmad untuk bersilat. Oleh kerana itu, Guru Ahmad harus berulang-alik ke kampung untuk menitip ilmu silat bersama pak cik nya.

Pada Jun 2024, Guru Ahmad dan juga anak murid nya yang kini telah dilantik menjadi Guru Muda membuka gelanggang pertama beliau di MPH 467 Fernvale Link, Singapura. Waktu itu beliau menggunakan nama yang berbeza.

Pada Januari 2025, gelanggang Seni Silat Bunga Pahar Singapura secara rasmi terbina dengan satu nada dan terbina nya satu pentadbiran yang penuh innovatif yang berfungsi untuk membangunkan Seni Silat Bunga Pahar dan meneruskan warisan keluarga nya. Dan juga tidak terlupa kepada para pesilat dan juga waris mereka yang memberikan sokongan yang teramat tinggi.

Pentadbiran SSBPS terdiri daripada:-

Guru Utama, Ahmad Mahmid.

Setiausaha dan Admin, Aniz

Penolong Pengurus, Faizah

Guru Kanan, Iskandar Zulkarnain

Guru Muda, Ashaari dan Ismande

Penyalaras dan Jurulatih, Najib.

Bendahari (Treasurer) dan Jurulatih, Faezah

Penyelaras Media dan Jurulatih, Ayiz

Logistik, Salina

Penolong Pentadbiran, Qisya dan Salleh

Dari situ lah Guru Ahmad dapat menyambung warisan Seni Silat Bunga Pahar yang terlahir dari keluarga nya sendiri.

Dan Itulah sejarah dan asal nya Seni Silat Bunga Pahar yang kini bertapak di Singapura untuk menyambung warisan dari keturunan Guru Ahmad.

Kami dari pihak SSBPS cukup berbesar hati kerana dapat menitip ilmu dari keturunan Seni Silat Bunga Pahar.

Sekian terima kasih

26/04/2025

SSBPS menganjurkan perjumpaas hari raya 2025 untuk meraikan detik terakhir di dalam bulan Syawal bersama keluarga dan para waris pesilat kami..

Alhamdulillah..❤️😍

30/03/2025

Alhamdulillah kepada semua yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan..

Kini Syawal telah pun tiba..Saya dari pihak pentadbiran Seni Silat Bunga Pahar Singapura ingin mengucapkan Salam Lebaran 2025 Minal Wal Fa Izin kepada semua keluarga SSBPS…✌️

Silat 03 Last Session - 22.03.2025 09/03/2025

Berakhir sudah sesi latihan bagi tempoh ke-3..

Kami mengakhiri dengan majlis kenaikkan bunga dan bengkung bagi para pesilat, jurulatih dan juga guru-guru kami…

Kami akan berehat seketika untuk memberi peluang kepada keluarga SSBPS menunaikan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan ini..

Insha Allah kami akan kembali pada akhir bulan Syawal nanti..🤲

Silat 03 Last Session - 22.03.2025 This is the last session of our training before the month of Ramadhan 2025.

Want your school to be the top-listed School/college in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


469 Fernvale Link MPH
Singapore
792467