29/07/2026
Alhamdulillah, baru sahaja selesai menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-80 yang berlangsung selama dua hari (28–29 Julai) di Clubrock Perlis Signature Hotel.
Pertemuan kali ini membincangkan pelbagai perbincangan penting dan isu berbangkit, antaranya:
1. Pelaksanaan Wakaf Zurri
2. Kaedah penilaian zakat unit amanah ASNB
3. Garis panduan menentukan tilik nasib dan perkara khurafat
4. Hukum Solat Jumaat apabila bertepatan dengan Hari Raya
5. Pelaksanaan zakat perniagaan bagi Akaun Patuh Syariah KWSP
6. Hukum penyertaan bukan Islam dalam wakaf dan penyaluran manfaatnya
Sungguh terasa diri ini kerdil apabila melihat para asatizah dan alim ulama yang menguasai pelbagai disiplin ilmu, ditambah p**a dengan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang dan industri. Banyak yang dapat saya pelajari sepanjang persidangan ini.
Kesempatan bertemu dan berdiskusi dengan para pembentang hebat ini benar-benar menyedarkan saya bahawa masih banyak yang perlu dipelajari dan dikaji dalam medan ilmu ini.
Mudah-mudahan Allah SWT memberkati pertemuan ini serta mengurniakan ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat buat kita semua. Amin
📷 Gambar ihsan Pejabat M***i Negeri Perlis.
25/05/2026
Rasulullah shollahu alaihi wa sallam bersabda:
أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَأَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ucapkan ialah: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu." (Hr Tirmidzi)
25/05/2026
| Jangan lupa untuk berpuasa esok!
Rasulullah shollahu alaihi wa sallam bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
"Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." (HR Imam Muslim)
12/05/2026
📢 MAKLUMAN PROGRAM
✨ Forum Khas - KELEBIHAN ZULHIJJAH
📅 Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Tempat: Masjid Alwi, Kangar
🎙️ Moderator: Ustaz Luqmanul Hakim bin Muhamad Jamil
👤 Panel 1: Ustaz Ahmad Sirajudin Abdul Satar
👤 Panel 2: Prof. Madya Dr. Abdul Basir bin Awang
👤 Panel 3: Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
🏛️ Anjuran: Jabatan M***i Negeri Perlis
🤲 Semua dijemput hadir bagi menghayati kelebihan dan keistimewaan bulan Zulhijjah melalui perkongsian ilmiah daripada para panel jemputan.
***iPerlis