07/05/2024
3 Mei 2024 - Majlis Membaca dan Menghayati Surah al-Kahfi
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kesempatan dan kelancaran Majlis pertama yang diadakan di Pusat Pendidikan PERTAPIS di bawah bimbingan Ustazah Sumah Fadalee.
Semoga semua yang hadir bersama mendapat pahala menghadiri Majlis Ilmu dan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat yang barakah.
InsyaAllah, Majlis yang seterusnya akan diadakan pada 7 Jun 2024, pada hari Jumaat jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.
Selain itu, Ustazah Sumah Fadalee turut mengadakan Kelas Fardhu Ain pada setiap Isnin dan Kelas Mengaji Asas Tajwid pada setiap Rabu. Yang berkesempatan, dijemput hadir bersama menuntut ilmu. Kelas adalah percuma.