01/09/2026
✨ KUNJUNGAN AL-HABIB MUHAMMAD BIN ABDULLAH AL-AYDRUS KE SINGAPURA 🇸🇬
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, kita bakal menyambut kunjungan Al-Habib Muhammad bin Abdullah Al-Aydrus ke Singapura pada 3–6 September 2026.
Sepanjang kunjungan beliau, pelbagai majlis ilmu, maulid, zikir dan tausiyah akan diadakan di beberapa masjid dan lokasi di Singapura, antaranya Kuliah Subuh Kitab Al-Adzkar Imam al-Nawawi, Majlis Ratib al-Attas, Ceramah Pra-Khutbah, Dawrah, Grand Maulid & Talk, Maulid BerSOUTH-u serta Majlis Al-Hadyun Nabawi.
🌹 Marilah kita mengambil peluang yang berharga ini untuk hadir, menimba ilmu, memperbanyakkan selawat dan menghidupkan majlis-majlis yang mengingatkan kita kepada Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ.
📅 3–6 September 2026
📍 Pelbagai lokasi di Singapura
🔎 Sila rujuk poster untuk jadual penuh, lokasi dan pautan pendaftaran bagi program-program yang memerlukan pendaftaran.
Semoga Allah ﷻ memberkati kunjungan ini, mengurniakan manfaat daripada ilmu dan nasihat beliau, serta menjadikan pertemuan ini sebab bertambahnya iman dan mahabbah kita kepada Rasulullah ﷺ.
Ahlan wa Sahlan wa Marhaban, Ya Habib! 🇸🇬🌹
Singapura