Kelab Remaja Ukhwah KTC

Kelab Remaja Ukhwah KTC

Share

Salah satu kelab yang bernaung di bawah Kolej Tuanku Canselor , Universiti Teknologi Malaysia

15/05/2019

[Iftar Jamai’e Perdana Ramadhan]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.😉❤ .
ANDA SELALU IFTHAR SENDIRIAN?
NAK MERASAKAN KEMERIAHAN IFTHAR? MAKANAN BAZAAR KURANG MEMUASKAN?
.............
Kelab Remaja Ukhwah (KRU) akan menganjurkan majlis berbuka puasa (IFTHAR JAMAIE Perdana Ramadhan) seperti butiran berikut:

🗓 : 16 Mei 2019 (KHAMIS)
⏰ : 6.30 petang
🕌 : Surau S01 KTC
💵 : FREE FREE FREE FREE FREE FREE FREE FREE FREE

DAFTAR SEGERA !!!
TERHAD UNTUK 70 ORANG SAHAJA
📌PENDAFTARAN DITUTUP PADA 5.00 P.M 15 MEI 2019 (RABU)
📌UNTUK PEMBATALAN SILA WS HAFIZ (019-2544621)
📌TERBUKA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Ayuh!! Jom Daftar Sekarang!! Kepada yang berminat boleh isi google form di link bawah:
👇👇👇
https://goo.gl/forms/NH0uxMPk3hhm7zaG2

27/03/2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selangkah Masuk Universiti 2.0 dengan kolaborasi antara Kelab Lambaian Masyarakat dan Kelab Remaja Ukhuwah akan diadakan pada 28-30 Mac 2019 di Kolej Tuanku Canselor (KTC), UTM dengan penyertaan daripada anak-anak yatim daripada PKAYI Mersing, PKAYI Kluang dan Raudhatul Maryam.

Tujuan program ini untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak yatim ini kepada kehidupan dan suasana di universiti yang bakal mereka tempuhi. Semoga program ini dan segala aktiviti yang bakal dijalankan dapat berlangsung dengan lancarnya depan izin Ilahi.


.0

Photos 25/03/2019

*[ BE THE FIRST TO FIGHT ]*

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera
Salam UTM Sanjungan Bangsa
بسم الله الرحمن الرحيم

*PERMOHONAN JKM KTC SESI 2019/2020 KINI DIBUKA*

Sila isi butiran anda di
http://bit.ly/JKMKTC_19-20

Kami akan hubungi anda untuk menghadiri sesi temuduga

Untuk pertanyaan lanjut
Wieda : 011-2078 2736
Ainun : 0 17-711 5451

———————————————

To All Kolej Tuanku Chancellor Residents

*APPLICATION JKM KTC SESSION 2019/2020 IS NOW OPEN*

Please fill your details here

http://bit.ly/JKMKTC_19-20

We will notify you for the interview

For any enquiries, please contact
Wieda : 011-2078 2736
Ainun : 0 17-711 5451

Or follow our social media:
Intagram: royal6th
Twitter:

*Arte et Marte*

*JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA*
*KOLEJ TUANKU CANSELOR*
*SESI 2018/2019*

Photos from Kelab Remaja Ukhwah KTC's post 21/03/2019

Tahniah kepada KRU kerana menjayakan program Bengkel Asas Photoshop☺️


18/03/2019

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
*Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia. Semoga arwah berada di dalam kasih sayangNya.*

Ucapan Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Nur Nazifa Azwa Binti Ibrahim, pelajar tahun 2 dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik yang telah kembali ke Rahmatullah pada 18 hb Mac 2019 Bersamaan 11 Rajab 1440H petang 6pm semalam.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan
dikalangan orang yang beriman dan soleh.

Sumbangan kilat akan diadakan untuk diberikan kepada keluarga arwah.
Sumbangan boleh disalurkan keakaun sahabat Allahyarham.

Nayli Nabila - 7066851910 (CIMB)

18/03/2019

Semakin banyak yang anda mengetahui, lebih banyak anda menyedari betapa lebih banyak terdapat untuk belajar dan betapa agungnya Allah.



11/03/2019

Marilah memperbanyakkan bacaan al-Quran dalam bulan Rajab ini.☺️



10/03/2019

[ Mutiara Kata Wanita - 05 ]

Islam telah mengangkat darjat wanita setinggi-tingginya. Tiada sebab untuk kamu merendahkan martabatmu.



07/03/2019

[ Bulan Rejab - 1440H ]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera
Salam UTM Sanjungan Bangsa
بسم الله الرحمن الرحيم

"Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah menuju Ramadhan.

Rejab merupakan bulan haram, bulan istimewa di sisi Allah. Maka perbanyakkanlah amalan sebagai persediaan untuk ke bulan kemuncak, Bulan Ramadhan."

Justeru, kami daripada Kelab Remaja Ukhwah, Kolej Tuanku Canselor(KRUKTC), ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab yang mulia ini, semoga akan membawa barakah, dan keamanan serta keharmonian dalam kehidupan jasmani dan rohani kita, amin.

Perkara-perkara Sunat Dilakukan Pada Bulan Rejab :

1.Memperbanyakkan istighfar
2.Memperbanyakkan doa
3.Berpuasa
4.Solat sunat
5.Membaca Al-quran
6.Berzikir
7.Berselawat
8.Bersedekah

Kesimpulannya Rejab adalah pemulanya bagi bulan mulia. Demi mendapatkan kesempurnaan pada penghujungnya, haruslah permulaannya juga baik. Rejab juga sebenarnya merupakan bulan persediaan bagi menghadapi bulan Ramadan yang seharusnya dilipatgandakan amalan kebaikan.

Semoga sama-sama kita memperoleh kemuliaan bulan-bulan yang dirahmati Allah SWT ini. Amiin.





BERSAMA MEMPERKASA MAHASISWA

KELAB REMAJA UKHUWAH(KRU)
BIRO KEROHANIAN DAN KEBUDAYAAN
JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA
KOLEJ TUANKU CANSELOR
SESI 2018/2019

Photos from Kelab Remaja Ukhwah KTC's post 06/03/2019
05/03/2019

[Iftar Jamai’e]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.😉❤

Kelab Remaja Ukhwah (KRU) akan menganjurkan majlis *berbuka puasa* seperti ketentuan berikut:

🗓 : 7 March 2019 (Khamis)
⏰ : 6.30 petang
🕌 : Surau S01 KTC
💵 : RM 3 per individu

📌TERBUKA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Ayuh!! Jom Daftar Sekarang!!

Kepada yang berminat boleh isi google form di link bawah:
👇👇👇
https://goo.gl/forms/NH0uxMPk3hhm7zaG2

Pembayaran boleh dibuat selepas iftar (Tabung)

"Bersama Memperkasa Mahasiswa"




Photos from Kelab Remaja Ukhwah KTC's post 05/03/2019

Program-program akan datang . Stay tuned 😍

Want your school to be the top-listed School/college in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Singapore