21/08/2026
Alhamdulillah, satu lagi langkah penting buat IPIP.
IPIP kini berada di fasa akhir memuktamadkan pembangunan Program Sarjana Muda Pengajian Islam yang bakal dianugerahkan (conferred) sepenuhnya oleh IPIP sendiri.
Dalam usaha ini, kami berbesar hati meneruskan sesi perbincangan bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penasihat akademik kami, dengan kunjungan Dr. Noorzana Khamis yang mewakili pihak UTM, serta diiringi suami beliau, Cikgu Mohd Saleh Mohamed.
Jazakumullahu khairan atas bimbingan dan perkongsian kepakaran yang amat berharga. Semoga usaha ini membuka ruang pendidikan yang lebih luas dan bermanfaat buat para penuntut ilmu di Singapura.
17/08/2026
Semalam, Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) berbesar hati menyambut kunjungan daripada para peserta dan wakil Shura Initiative.
Satu perkongsian yang amat bermakna melihat usaha gigih mereka dalam menyokong perjalanan mahasiswa dan graduan Pengajian Islam. Usaha melengkapkan bakal asatizah dengan bimbingan serta pendedahan praktikal ini mencatatkan perkembangan positif, dengan penyertaan 37 menti dan 18 mentor sukarela bagi tahun 2026.
Dalam sesi ramah mesra ini, pihak IPIP turut berpeluang untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang peranan dan sumbangan kami dalam ekosistem masyarakat setempat. Kami amat menghargai ruang perbincangan dua hala ini yang pastinya memberi manfaat bersama.
Semoga usaha murni Shura Initiative sentiasa dipermudahkan urusan dan diberkati dalam membentuk barisan asatizah pelapis yang dapat membimbing masyarakat kita bersama.
14/08/2026
Pengambilan Oktober 2026 untuk Program Takrif Islam (PTI) Ekspres kini dibuka.
Program ini sesuai untuk pemula yang ingin memahami asas-asas Islam secara tersusun melalui Akidah & Sirah, Ibadah & Solat, serta Asas Al-Quran.
✅ Tiada peperiksaan
✅ Tiada latar belakang diperlukan
✅ Bimbingan asatizah bertauliah
✅ Terbuka kepada dewasa 16 tahun ke atas
Mulakan langkah pengajian Islam anda bersama IPIP.
Daftar sekarang di: IPIP.SG
____
Registration for the October 2026 PTI Express intake is now open.
This programme is suitable for beginners who want to build a structured foundation in Islam through Akidah & Sirah, Ibadah & Prayers, and Quranic Foundations.
✅ No examinations
✅ No prior background required
✅ Guided by qualified asatizah
✅ Open to adults aged 16 and above
Begin your Islamic learning journey with IPIP.
Register now at: IPIP.SG
13/08/2026
📖✨ Ingin memperbaiki bacaan Al-Quran dengan lebih yakin dan bertajwid?
Program Pengajian Al-Quran IPIP direka khas mengikut tahap kemampuan anda — sama ada baru ingin mengukuhkan asas atau ingin memperhalusi bacaan dengan lebih baik. 🌙
✅ Kelas mengikut peringkat kemahiran
✅ Pembelajaran secara blended (Online & Fizikal)
✅ Tempoh 12 minggu bagi setiap modul
✅ Fokus kepada tajwid, fasahah & penghayatan Al-Quran
📚 Pilihan Peringkat:
▪️ Asas
▪️ Pertengahan
▪️ Lanjutan
🗓️ Pengambilan September 2026
📍 Wisma Indah & Online
🔗 Daftar sekarang: ipip.sg/program/quran
“Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil (perlahan-lahan dan betul).”
— Surah Al-Muzzammil: 4
Mari melangkah lebih dekat dengan Al-Quran, satu ayat pada satu masa. 🤍
13/08/2026
🗣️✨ Mahu memahami dan bertutur dalam Bahasa Arab dengan lebih yakin?
Program Pengajian Bahasa Arab IPIP membantu anda menguasai Bahasa Arab secara bertahap — daripada asas hingga komunikasi yang lebih lancar. Sesuai untuk pelajar dewasa yang ingin belajar dalam suasana tersusun dan mudah diikuti. 📚
✅ Kelas mengikut tahap kemampuan anda
✅ Fokus pada 4 kemahiran utama:
• Pendengaran
• Pembacaan
• Penulisan
• Perbualan
✅ Pembelajaran secara blended (Online & Fizikal)
✅ Tempoh 12 minggu bagi setiap modul
📖 Peringkat Ditawarkan:
▪️ Asas
▪️ Pertengahan
▪️ Lanjutan
🗓️ Pengambilan September 2026
📍 Wisma Indah & Online
🔗 Daftar sekarang: ipip.sg/program/arab
“Bahasa Arab adalah kunci untuk memahami keindahan ilmu dan makna Al-Quran dengan lebih mendalam.” 🤍
Mulakan langkah anda dalam mempelajari bahasa Al-Quran hari ini.
12/08/2026
Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) is pleased to partner with the International Islamic University Malaysia (IIUM) for the 7th International Conference on Islamic Jurisprudence 2026 (ICIJ 2026).
This global scholarly platform brings together researchers, academics, and industry practitioners to explore Artificial Intelligence through the ethical and juristic framework of Maqāṣid al-Sharīʿah. We cordially invite asatizah, scholars, educators, and delegates to join us in addressing contemporary issues and shaping future prospects at this landmark conference.
Theme: Artificial Intelligence in the Light of Maqāṣid al-Sharīʿah: Contemporary Issues and Future Prospects
Date: 10–11 November 2026
Format: Hybrid (In-Person & Online)
Languages: English | Arabic | Malay
Listener Fee: RM80 (USD20)
Register now to reserve your spot and participate in this timely conference by visiting https://conference.iium.edu.my/icij26/
For any enquiries, you may contact the secretariat at [email protected].
08/08/2026
Program Diploma Pengajian Islam (DPI) masih lagi dibuka untuk pengambilan Ogos 2026!
Program DPI direka khas untuk mereka yang ingin mendalami pengajian Islam secara menyeluruh. Antara modul yang akan anda pelajari termasuk:
🔹 Ilmu usul fiqh, mantiq dan qawaid fiqhiyyah
🔹 Asas dakwah Islamiah dan pemikiran strategik dakwah
🔹 Latihan pemikiran kritikal dan kreatif berlandaskan nilai Islam
📚 Kelas tersedia Ekspres & mingguan | Terbuka untuk dewasa
Mulakan perjalanan ilmu Islam anda bersama IPIP!
Maklumat lanjut dan pendaftaran di ipip.sg/program