Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR

Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR

Share

Halaman rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh (PPMR)

Photos from Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR's post 19/05/2026

[[Daurah Haji PPMR 1447H]]

Lajnah Dakwah dan Tarbiah PPMR telah mengadakan daurah ringkas sempena menyambut kedatangan musim Haji 1447H melalui sesi Mudarasah Kitab al-Manasik yang daripada kitab Umdat at-Talib karangan Sheikh Mansur al-Buhuti.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Dakwah dan Tarbiah PPMR ini berlangsung pada setiap petang Jumaat, bermula 17 April dan berterusan selama 4 minggu.

Pengisian telah disampaikan oleh saudara Afiq Jo yang membahaskan Fiqh Manasik berdasarkan Mazhab Hanbali sebagai persediaan menghadapi musim haji, di samping mengukuhkan kefahaman para peserta dalam ibadah yang berkaitan.

Semoga program ini memberi manfaat berterusan dan menjadi asbab peningkatan ilmu serta amal dalam kalangan peserta. 🤍

"MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN"

Photos from Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR's post 19/05/2026

[[Kejohanan Futsal PPMR 25/26]]

“Di gelanggang kita bersaing, di luar gelanggang ukhuwah kekal terjalin!”

Alhamdulillah, Kejohanan Futsal PPMR 25/26 yang berlangsung pada 16 Mei yang lalu telah berjalan dengan penuh meriah dan semangat kes**anan.

Sorakan, kerjasama sepas**an dan semangat juang yang dipamerkan bukan sahaja menceriakan pertandingan, malah menjadi medium mengeratkan silaturrahim sesama pelajar Malaysia di Riyadh. 🤝🇲🇾

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan aksi terbaik di gelanggang. Semoga program seperti ini terus menjadi ruang untuk kita membina ukhuwah, menjaga kesihatan dan mencipta kenangan bersama. ✨

Lajnah Sukan Dan Rekreasi PPMR

Photos from Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR's post 09/05/2026

🕋 KURSUS HAJI RAKYAT MALAYSIA RIYADH 2026 🕋

RIYADH - Satu kursus haji telah berjaya dianjurkan di Rumah Malaysia pada hari Sabtu, 2 Mei 2026 yang lalu.

Kursus ini yang merupakan hasil kerjasama PPMR, Komuniti Rakyat Malaysia Riyadh (KRMR) dan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, telah berjaya menghimpunkan warga Malaysia di Riyadh yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini, sebagai persiapan bagi menjalani ibadah yang agung ini.

Antara pengisian utama program:

🕌 Sesi 1: Pengenalan Ibadah Haji (Falsafah & Fiqh) — Ust. Anas
🕌 Sesi 2: Perjalanan Haji (Kronologi Hari Per Hari Ibadah Haji) — Ust. Izzat
🕌 Sesi 3: Sambungan Perjalanan Haji — Ust. Danial
🕌 Sesi 4: Praktikal Ringkas Ibadah Haji & Sesi Soal Jawab

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi bekalan buat mereka sepanjang menunaikan ibadah haji, sekaligus memperoleh haji yang mabrur, insha-Allah.

"MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN"

25/04/2026

[ PERMOHONAN STUDY IN SAUDI 2026 ]

Permohonan pendaftaran pengajian di Arab Saudi bagi Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & Kedoktoran kini telah dibuka melalui platform rasmi Study in Saudi bermula 19 April hingga 21 Mei 2026.

Para pelajar yang berminat disarankan untuk merebut peluang ini dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat melalui laman rasmi berikut:
studyinsaudi.sa

Sehubungan itu, semua pemohon digalakkan untuk memastikan dokumen lengkap serta mengikuti setiap prosedur permohonan dengan teliti bagi melancarkan proses pendaftaran.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam permohonan masing-masing. ✨

"MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN"

20/03/2026

[[Ucapan Lebaran Persatuan Pelajar Malaysia]]

Di hari yang mulia ini, kami, Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pelajar, keluarga dan rakyat Malaysia di Riyadh.

Di sebalik jarak dan perantauan, Aidilfitri tetap menyatukan hati — dalam doa, dalam ingatan, dan dalam kasih sayang yang tidak pernah terpisah. Inilah waktu untuk kita saling memaafkan, mensyukuri nikmat, dan mengeratkan kembali ikatan yang mungkin teruji oleh waktu dan jarak.

Semoga segala amal sepanjang Ramadan diterima, dan semoga Syawal ini membawa ketenangan, kebahagiaan serta keberkatan yang berpanjangan buat kita semua.

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri! ✨🌙

“MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN”

Photos from Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR's post 24/02/2026

[[ Ihya’ Ramadan PPMR 2026M/1447H ]]

Alhamdulillah, bersempena Program Ihya’ Ramadan, PPMR telah melaksanakan Tawzi’ Kurma melalui pengagihan pek kurma kepada ahli, diikuti dengan Iftar Jamaie yang dimulakan dengan penghayatan al-Quran bersama al-Fadhil Ust. Shauqi dan diakhiri dengan berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah. 🤲✨

Semoga setiap usaha ini menyemarakkan semangat Ramadan, mengeratkan silaturahim, dan menjadi asbab ganjaran serta keberkatan daripada Allah S.W.T.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan para penyumbang atas sokongan yang diberikan.

" MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN "

17/02/2026

Petunjuk Nabi SAW Ketika Terlihat Anak Bulan

Kesyumulan Islam merangkumi sekecil-kecil dan sebesar-besar perkara dalam kehidupan, termasuklah dalam perkara melihat anak bulan. Diriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW akan menuturkan doa berikut ketika melihat anak bulan:

"اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ" (رواه الترمذي)
Mafhumnya: "_Ya Allah, terbitkanlah anak bulan dengan keberkatan dan keimanan, dengan kesejahteraan dan keislaman, Tuhanku dan Tuhanmu (wahai anak bulan) adalah Allah._" (HR at-Tirmizi)

Hadis ini, selain daripada menunjukkan sunnah berdoa apabila melihat anak bulan, ia juga mengisyaratkan kepada kita supaya mengingati Allah Taala dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, termasuklah dalam melihat anak bulan.

Sama-sama kita berusaha menerapkan sebanyak mungkin sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita.

Wallahua'lam.

Lajnah Dakwah & Tarbiah PPMR

25/01/2026

[[Nabi SAW Memperbanyakkan Puasa di Bulan Syaaban]]

"فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ". (متفق عليه)
Daripada A'ishah radhiAllahu anha, beliau berkata: "...aku tidak melihat baginda SAW menyempurnakan puasanya sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan, dan tidak p**a aku melihat baginda SAW lebih banyak berpuasa (sunat) dalam sebulan berbanding puasa baginda di bulan Syaaban." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Apakah sebab di sebalik Nabi SAW memperbanyakkan puasa sunat di bulan Syaaban?

Ada beberapa pandangan di kalangan para ulama, antaranya yang dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari, di mana beliau menafsirkan perbuatan Nabi SAW tersebut dengan hadis Usamah bin Zaid radiAllahu anhu:

"قلت: يا رسول الله، لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم من شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم". (رواه أحمد والنسائي)

"Aku (Usamah) berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak melihat tuan berpuasa dalam satu bulan seperti mana tuan berpuasa di bulan Syaaban? Jawab Nabi SAW: Itulah (Syaaban) bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan yang manusia sering lalai akannya. Bulan tersebut adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam (Allah), maka aku s**a ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa." (HR Ahmad dan an-Nasaie)

Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan petunjuk-Nya kepada kita semua untuk mencontohi cara hidup baginda Nabi SAW.

Lajnah Dakwah Dan Tarbiah PPMR

20/01/2026

✨ Selamat Menjalani Semester Baharu ✨

Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh (PPMR) ingin mengucapkan selamat kembali ke kampus dan selamat memulakan semester baharu kepada seluruh pelajar.

Semoga semester ini dipenuhi dengan semangat yang segar, ilmu yang bermanfaat, serta kejayaan dalam setiap langkah dan usaha. Teruskan berusaha, jangan putus asa, dan saling menyokong antara satu sama lain.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan, melapangkan dada, dan memberkati setiap perjalanan kita dalam menuntut ilmu.

🌱 Selamat maju jaya dan semoga sukses selalu!

" MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN "

03/01/2026

📝 [[Diari Bahasa Arab]]

Setiap hari kita dengar orang Arab bercakap — di kedai, masjid, kampus, atau urusan harian —
tapi tak semua yang didengar kita benar-benar faham 👂

Jom sama-sama kita belajar beberapa ungkapan Arab yang sering digunakan dalam kehidupan seharian di Saudi,
supaya lebih yakin berkomunikasi dan lebih dekat dengan masyarakat setempat.

Lajnah Dakwah & Tarbiah PPMR

Photos from Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR's post 26/12/2025

📝 [[ Ringkasan Usrah Mingguan Online (UOM) - Cabaran Kehidupan: Ibrah Surah al-Kahfi ]]

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ مُبَـٰرَكࣱ لِّیَدَّبَّرُوۤا۟ ءَایَـٰتِهِۦ وَلِیَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰب

Firman Allah Taala:
"_(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar._" (Surah Sod, ayat 29)

Sambil membaca Surah al-Kahfi di hari Jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama kita merenung dan mengambil iktibar daripada isi kandungannya.

Semoga Allah SWT memberi taufiq kepada kita semua untuk beramal dengan isi kandungan Surah al-Kahfi dan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.

Lajnah Dakwah & Tarbiah PPMR

Want your school to be the top-listed School/college in Riyadh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Riyadh