JEJAK Manuskrip al-Quran

JEJAK Manuskrip al-Quran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JEJAK Manuskrip al-Quran, Education, Mecca.

Menjejaki makhtutat al-Quran di bumi berkat, Makkah al-Mukarramah.Hari ini saya sangat bersyukur dapat menjejaki lokasi ...
11/12/2025

Menjejaki makhtutat al-Quran di bumi berkat, Makkah al-Mukarramah.

Hari ini saya sangat bersyukur dapat menjejaki lokasi sebuah muzium baru di Mekah, lokasi secara tepatnya iaitu di kaki Bukit Thur Mekah.

Ayuh jangan lepaskan peluang ini kepada peserta2 umrah!!

Mushaf Al-Quran yang merupakan cetakan khas waqaf Dari Sultan Ibrahim ibnu Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Joho...
15/06/2025

Mushaf Al-Quran yang merupakan cetakan khas waqaf Dari Sultan Ibrahim ibnu Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor.


Catatan lawatan ilmiah anjuran Pusat Islam KUIJSI ke Muzium Bank Negara pada hari jumaat 16 Ogos 2024 telah menemukan se...
17/08/2024

Catatan lawatan ilmiah anjuran Pusat Islam KUIJSI ke Muzium Bank Negara pada hari jumaat 16 Ogos 2024 telah menemukan sebuah manuskrip al-Quran dari Uzbekkistan tahun 1354. Ini adalah info yang tertera pada kepsyen.

Namun untuk lebih kepastian harus diperhatikan pada catatan kolofonnya. Saya tidak menyangka rupanya di sini tersimpan sebuah manuskrip al-Quran.

Hari ini saya ke Galeri Aura Islam di Nusajaya, Johor direzekikan dapat lihat sebuah mushaf juz Amma. Mashaf ini dimulai...
07/04/2024

Hari ini saya ke Galeri Aura Islam di Nusajaya, Johor direzekikan dapat lihat sebuah mushaf juz Amma. Mashaf ini dimulai surah al-Fatihah.

Diperkirakan ia memang dicetak khas untuk juz Amma kerana dimulai dengan surah al-Fatihah. Sebaliknya jika ia dicetak khas untuk 30 juz, kebiasaannya surah al-Fatihah diletakkan diawal sebelum surah al-Baqarah.

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam mashaf ini, tertulis dicetak oleh syarikat Jiwamas Printing Sdn. Bhd, Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Mendapat pengesahan cap KDN pada tahun 1989. Pada tahun yang sama juga merupakan cetakan pertama. Mashaf ini diterbitkan oleh Pustaka Salam, Kuala Lumpur.

Singgah sebentar untuk solat Asar di salah satu masjid area Tampoi. Usik dewan utama masjid ini adalah ruangan solat bah...
08/03/2024

Singgah sebentar untuk solat Asar di salah satu masjid area Tampoi. Usik dewan utama masjid ini adalah ruangan solat bahagian tengah sedikit tinggi. Kira-kira 2 kaki.

Selepas solat saya mencari rak Quran kalau-kalau ada mashaf lama. Akhirnya saya menjumpai 2 buah mashaf al-Quran cetakan Nur al-Gharbi, Johor Bahru.

Mashaf ini dibahagikan 2 buah, setiap naskah mengandungi 15 juz. Setiap juz dipisahkan antara juz. Saya mengagumi kerana mashaf cetakan yang sama dan nama-nama penyemak orang yang sama juga, Haji Hasbullah bin Haji Abdul Razak, Qadi Besar Johor dan Haji Asyari bin Abdullah al-Hafiz, kini bergelar Dato'. Yang sebelum ini saya jumpa cukup 30 juz dalam satu naskah sahaja di surau Majlis Agama Islam Johor beberapa tahun yang lalu. Malah pada simpanan beribadi saya p**a hanya ada satu bahagian sahaja. Kali ini saya menjumpai kedua-dua buah naskah, cukup 30 juz.

Kalau nak tahu Dato' Asyari atau Shangari ini tinggal area Jb dan masih dikurniakan usia yang panjang hingga hari ini. Semoga Allah memberkati usia beliau dalam khidmatnya untuk al-Quran.

Assalamualaikum*TAJAAN BUKU KAEDAH BACAAN AL-QURAN DI BULAN RAMADAN*Kepada tuan puan budiman, kepada yang ingin menaja b...
04/04/2023

Assalamualaikum

*TAJAAN BUKU KAEDAH BACAAN AL-QURAN DI BULAN RAMADAN*

Kepada tuan puan budiman, kepada yang ingin menaja buku modul saya seperti dalam gambar tersebut, bolehlah menghubungi saya. Buku modul tersebut digunakan bagi program berkaitan kaedah bacaan al-Quran melalui *riwayat Hafs an 'Asim.*

Harga sebuah adalah *RM15 sahaja, jumlah yang diperlukan sebanyak 100 buah.* Jumlah tajaan adalah terbuka tanpa dihadkan.

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya sendiri Ustaz Mohd Nazir Kadir;
http://www.wasap.my/60182828114/InfaqBukuModul

Sekian terima kasih.

jasa baik tuan puan untuk sebar2kan. Terima kasih

Manuskrip al-Quran berusia 43 tahun. Walaupun tidak berapa lama namun kelihatan sangat menarik beriluminasi indah.Mashaf...
27/11/2022

Manuskrip al-Quran berusia 43 tahun. Walaupun tidak berapa lama namun kelihatan sangat menarik beriluminasi indah.

Mashaf merupakan simpanan Dr Maskiah Masrom yang diterima dari ayahnya. Semoga kedua ibu bapanya mendapat pengampunan dari Allah swt.



Jom kita tengok Tafsir al-Quran Pimpinan Rahman keluaran Malaysia ini. Anda boleh tengok tahun-tahun cetakan pada gambar...
03/11/2022

Jom kita tengok Tafsir al-Quran Pimpinan Rahman keluaran Malaysia ini. Anda boleh tengok tahun-tahun cetakan pada gambar saya disediakan ini.

Terkini tafsir ini telah dicetak baru dengan ditambah dengan beberapa keunikannya.

Kalau nak tahu tafsir Rahman ini adalah kepunyaan bapanysma saya yang saya kira mungkin dapat hadiah kerana bapa saya adalah guru agama KEMAS di Selangor.

Eksplorasi kali ini ke Muzium Sultan Abu Bakar dan Muzium Masjid Sultan Abdullah yang kedua-duanya tertelak di Pekan, Pa...
06/09/2022

Eksplorasi kali ini ke Muzium Sultan Abu Bakar dan Muzium Masjid Sultan Abdullah yang kedua-duanya tertelak di Pekan, Pahang.

Terdapat beberapa buah manuskrip al-Quran termasuklah mashaf Terengganu, Aceh dan lain-lain. Manakala di Muzium Masjid p**a menyimpan beberapa buah mashaf yang dipunyai oleh Pemaisuri Agong yang kebanyakannya adalah mashaf-mashaf pemberian hadiah yang beliau perolehi.



Sebuah Mushaf lama yang berusia 70 tahun (berdasarkan tahun cetakan) yang sempat saya temui ketika pemusafiran di daerah...
30/07/2022

Sebuah Mushaf lama yang berusia 70 tahun (berdasarkan tahun cetakan) yang sempat saya temui ketika pemusafiran di daerah Muar, Johor pada 29 Jun 2019.

Maklumat dari kolofon menyatakan ia selesai dicetak pada awal bulan Ramadan al-Mubarak, tahun 1370H dan dicetak di Kelantan. Penggunaan tanda waqaf p**a adalah berdasarkan pendapat Imam Abu Ja'far Taifur al-Sajawandi.

Lokasi: Masjid Jamek, Parit Jamil, Muar.

Disediakan oleh;
Mohd Nazir Kadir



Inilah manuskrip matan al-Syatibiyyah yang menjadi rujukan utama sekarang dalam qiraah sab'ah. Matan ini telah dikarang ...
04/07/2022

Inilah manuskrip matan al-Syatibiyyah yang menjadi rujukan utama sekarang dalam qiraah sab'ah. Matan ini telah dikarang oleh Imam al-Syatibiy.
Semoga Sllah swt merahmati dan memberi dengan sebaik-baik kurniaan kepada beliau.

Address

Mecca
0096

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JEJAK Manuskrip al-Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category