30/11/2023
MINTA TIPS DAN BAGI TIPS
Assalamualaikum warga net~
Korang nak tahu tak kenapa ramai orang s**a buat ‘content’ berkongsi TIPS???
Kemudian bila ada ‘content’ macam ni, ramai p**a yang s**a ‘share’ balik…
Contoh macam:
TIPS UMRAH BAWA BABY…
TIPS ISTERI BAHAGIA…
TIPS ANAK CERDIK PANDAI…
TIPS KEKAL CANTIK AWET MUDA…
Tidak kiralah apa topik pun yang penting bagi “TIPS”….
Sama ada dalam bentuk penulisan, buat video ke atau poster…
Sebab… ia adalah satu ILMU berharga yang kita dapat memberi manfaat dengan berkongsi kepada yang lain ataupun kita sendiri yang menjadi pengamalnya.
Dia bukanlah orang yang bagi tips tu ‘perfect’ sangat pun.
Atau sesetengah orang beranggapan macam ‘memandai-mandai’, “alaa macamlah bagus sangat”…
Kadang-kadang tu, tips yang kita ‘follow’ pun tak serasi dan sesuai p**a dengan hidup kita. Padahal dah ikut dah step 1-10!
Tapi tak mustahil, mesti ramai juga di luar sana yang sedang mencari-cari tips untuk menjadi yang lebih baik, untuk bangkit dari kemurungan, untuk membentuk keluarga yang baik dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dapat juga sekelumit manfaat dari perkongsian yang dia baca atau yang dia dengar.
Tambahan p**a, point penting yang saya nak tekankan di sini adalah tentang KEMATIAN!
Ya.. kita tak tahu kan bila kita akan mati???
Kalau nak bagi tips bila dah umur 60 tahun nanti kira baru layak, tunggu usia perkahwinan dah masuk 40 tahun, tunggu anak-anak sampai 10 orang semuanya dah besar-besar dah berkahwin dan beranak pinak p**a, rasa-rasa… kita yakin ke umur kita akan panjang sampai ke situ?
Cuba lihat contoh terdekat pemergian Allahyarham Suhaimi Saad baru-baru ni. Beliau jangka hidupnya mungkin tak lama, takat 43 tahun je katanya, maka beliau s**a selingkan tips-tips dan kata-kata nasihat dalam ‘live’nya.
Waktu tu, ada sebahagian penonton mengambil pesanannya sebagai mutiara, sebahagian yang lain p**a hanya pandang remeh je, siap ‘membahan’ lagi, tak habis-habis sentuh pasal mesin basuh, anak-anak tak hantar pergi sekolah dan macam-macam lagi.
Tapi kita saksikan bagaimana setelah pemergiaannya, orang kutip banyak mutiara dari video-video Allahyarham Suhaimi. Orang ‘edit’, potong-potong part nasihat, part tips-tips dan kongsikan kepada yang lain. Ramai yang amalkan, ramai yang menangis, dan ramai yang insaf. Untung kan?
Kalaulah nak tunggu kita dah ‘ter’paling sempurna dan ‘ter’paling pengalaman baru boleh berkongsi tips, mungkin tulah…risau ajal yang akan datang menjemput kita dulu, sebelum kita sempat menabur kata-kata baik yang orang lain dapat amalkan walaupun setelah pemergian kita nanti.
Pandangan saya ini mungkin tidak berapa meraikan pandangan ramai warga net dalam hal ni. Ya, tapi saya pun tak setuju kalau orang yang rajin bagi nasihat dan tips, tapi sendiri tak amalkan.
Cuma bagi saya sendiri, saya tidak kisah bila sesuatu nasihat tu datang dari siapa pun, saya tak terus ‘judge’ orang, saya tak pandang kelayakannya, pengalamannya, umurnya, kadang kala kita pun tak kenal siapa penasihat yang lalu lalang dalam wall kita…
Selagi ia adalah kata-kata baik yang boleh mengetuk pintu hati saya, saya kira itu adalah ILHAM YANG ALLAH BERIKAN kepada si penulis atau penyampai sebagai ilmu, nasihat atau teguran kepada saya.
Bila part orang minta nasihat dan tips dengan saya p**a, biasanya saya juga akan berkongsi setakat apa yang saya mampu dan tahu… tapi di akhir kata, saya mesti akan cakap macam ni: “Ni semua tips-tips yang baik dari pembacaan, pengalaman sendiri dan orang lain, tak bermaksud saya baik, mungkin tak semua pun yang saya amalkan, tapi saya pun sedang belajar dan cuba ke arah tu”.
Apapun kita perlu ingat, apa yang keluar dari mulut kita, penulisan kita, semua Allah akan uji… Apa yang kita kata, apa yang kita ajar orang.. kitalah yang kena amalkan. Moga Allah bantu kita semua ke arah kebaikan.
…dari Makkah.
-Salimah Hasim-
Jumaat, 1 Disember 2023M / 18 Jamadil Awwal 1445H.