Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif

Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif terletak di Kampung Sungai Berlian, Batu 10, Jalan Labis, 8370
(5)

25/04/2026

Kelas Pemantapan Fardhu Ain

(Ustaz Afdhal Zekri)
Kitab: Zaadul Mutallim

📢 HEBAHAN KELAS BARU 📢Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ibu bapa yang dihormati 😊Dengan sukacitanya dimaklumkan...
10/04/2026

📢 HEBAHAN KELAS BARU 📢

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ibu bapa yang dihormati 😊

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak madrasah akan membuka kelas baru seperti berikut:

🕌 Nama Kelas
Kelas Pemantapan Fardhu Ain

📖 Kitab Digunakan
Kitab Zaadul Mutallim
💰 Harga Kitab: RM20
(Ibubapa perlu membeli kitab ini utk anak masing2. Bayaran boleh di bank in ke acc madrasah)

🗓 Hari & Masa
Setiap Sabtu
⏰ 10.00 pagi – 11.30 pagi

👳‍♂️ Tenaga Pengajar
Maulana Afdhal Zekri bin Mohd Limin Al-Hafiz

✨ Objektif Kelas:
Memantapkan kefahaman asas Fardhu Ain dalam kalangan pelajar agar lebih yakin dalam ibadah harian serta memahami tuntutan agama dengan lebih baik.

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, boleh hubungi pihak madrasah.

Terima kasih.
Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan dunia & akhirat 🤲

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِDengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami merakamkan setinggi-tinggi pengharg...
02/02/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penyumbang, pewakaf dan para dermawan yang sudi menghulurkan bantuan demi menjayakan penyertaan pelajar Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syariff (MTDQAS) ke Majlis Istiadat Konvokesyen Huffaz Negeri Johor.

Sesungguhnya, di sebalik jubah konvokesyen yang disarungkan dan senyuman yang terukir di wajah para huffaz, tersimpan pengorbanan dan keikhlasan insan-insan berhati mulia yang tidak pernah mengenal lelah menyokong perjuangan al-Quran ini.

Dengan izin Allah SWT, hasil daripada sumbangan dan doa para penyumbang sekalian, MTDQAS telah berjaya menghantar 6 orang pelajar untuk menerima pengiktirafan sebagai penghafaz al-Quran. Mereka berdiri hari ini bukan atas usaha mereka semata-mata, tetapi atas tangan-tangan kebaikan yang mengiringi perjalanan mereka sejak awal.

Setiap ayat al-Quran yang dilafazkan dari dada mereka, setiap hafazan yang dijaga, dan setiap langkah dakwah yang bakal mereka lalui selepas ini, insya-Allah akan menjadi amal jariah yang terus mengalir buat para penyumbang walaupun setelah jasad kembali ke tanah.

Kami mendoakan semoga Allah SWT membalas segala kebaikan ini dengan balasan yang paling indah, melapangkan rezeki, menenangkan hati, dan menghimpunkan kita semua di bawah naungan al-Quran di dunia dan di akhirat.

Jazakumullahu khairan kathira.

Semoga setiap sumbangan menjadi cahaya yang tidak pernah padam di sisi Allah SWT.

26/01/2026

ALHAMDULILLAH

Seramai 6orang pelajar dari Madrasah kami telah menyertai Konvensyen Huffaz Negeri Johor yang berlangsung di Savannah Hill Ulu Tiram pada 25 Januari 2025 (Ahad)

Tahniah untuk 3orang pelajar syahadah dan 3orang pelajar khatam yang turut serta.

Semoga semua makin bersemangat untuk menjaga hafazan seumur hidup. Semoga lebih ramai huffaz akan lahir dari MTDQAS. Aminn

ANAK SOLEH MTDQAS

[KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN]MasyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, hari ni lahir seorang ...
31/10/2025

[KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN]

MasyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, hari ni lahir seorang lagi permata yang telah khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran di madrasah kami.

TAHNIAH kepada Adik Muhammad Ikram Danish bin Kamaruding kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada 31 Oktober 2025.

TAHNIAH diucapkan kepada ibu ayahnya yang sentiasa beri sokongan. Dan seluruh barisan pengajar serta asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada. InsyaAllah perjuangan seterusnya syahadah 30 juzuk Al-Quran p**a.

Jutaan terima kasih untuk penginfak madrasah yang selama ini menyokong perkembangan madrasah. Dan semoga menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita di alam sana. InsyaAllah🤲🤲..

Perjuangan Hafiz Al-Quran
Anak soleh MTDQAS
Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif
Yong Peng, Johor
31 Oktober 2025

30/10/2025
Majlis Perujian Hafazan JAINJAlhamdulillah 6orang pelajar MTDQAS turut serta.Ank2 MTDQAS semua hadir. 6org yg turut sert...
27/10/2025

Majlis Perujian Hafazan JAINJ
Alhamdulillah 6orang pelajar MTDQAS turut serta.

Ank2 MTDQAS semua hadir. 6org yg turut serta. Yang lain support sama, tengok pengalaman kawan2

Terima kasij ustaz2 yang handle ank2 semua

[KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN]MasyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, hari ni lahir seorang ...
22/07/2025

[KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN]

MasyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, hari ni lahir seorang lagi permata yang telah khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran di madrasah kami.

TAHNIAH kepada Adik Muhammad Danial Asyran bin Mohd Fuad kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada 22 Julai 2025.

Pada awalnya beliau menyertai kem tahfiz di madrasah kami pada tahun 2019. Dan mendaftar sebagai pelajar tahfiz di sini pada April 2022. Mula menghafaz Al-Quran ketika usia 11 Tahun pada tahun 2022 dan alhamdulillah dengan izin Allah beliau direzekikan khatan 30 juzuk Al-Quran pada 22 Julai 2025 dalam tempoh 2tahun 9bulan.

TAHNIAH diucapkan kepada ibunya, datuk dan nenek yang sentiasa beri sokongan. Dan seluruh keluarga sebelah ayah dan ibunya dan seluruh barisan pengajar serta asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada. InsyaAllah perjuanhan seterusnya syahadah 30 juzuk Al-Quran p**a.

Jutaan terima kasih untuk penginfak madrasah yang selama ini menyokong perkembangan madrasah. Dan semoga menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita di alam sana. InsyaAllah🤲🤲..

Perjuangan Hafiz Al-Quran
Anak soleh MTDQAS
Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif
Yong Peng, Johor
22 Julai 2025

18/07/2025

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

SEMPENA HARI JUMAAT YANG MULIA INI,
JOM INFAK & WAKAF KEPADA PARA PELAJAR TAHFIZ BAGI PROJEK PENYENGGELARAAN DAN MENAMPUNG KEPERLUAN HARIAN AGAR DAPAT TERUS BEROPERASI SEPERTI BIASA.

Teruskan support kami bagi memastikan misi melahirkan huffaz Al-Quran terlaksana, semoga sedikit sebanyak dapat menambah saham kita di alam abadi.

Segala bentuk infaq & sumbangan boleh disalurkan melalui link berikut:
https://pahalaberganda.onpay.my/order/form/infaq1
https://pahalaberganda.onpay.my/order/form/infaq1
https://pahalaberganda.onpay.my/order/form/infaq1

Atau melalui akaun:
Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat)
ASSYARIF BESTARI
11-0169733-2

Lokasi:
MADRASAH TAHFIZ DARUL QURAN AS-SYARIF
KG SUNGAI BERLIAN
BATU 10, JLN LABIS
83700 YONG PENG
JOHOR

Facebook Madrasah : https://www.facebook.com/assyarif.darulquran1
Tiktok Madrasah : https://www.tiktok.com/.assyarifyp

“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.” (Ibn Qayyim,Zad Al-Maad)

Address

Yong Peng

Telephone

01135597696

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category