SK Sepakat Jaya Rasmi

Call Directions

SK Sepakat Jaya Rasmi Perkongsian aktiviti dan program sekolah ke arah kemenjadian murid SK Sepakat Jaya.

🌙✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK SEPAKAT JAYA ✨🌙Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul SK Sepakat Jaya telah berlangsung de...
17/09/2026

🌙✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK SEPAKAT JAYA ✨🌙

Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul SK Sepakat Jaya telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan kemeriahan pada Sabtu, 12 September 2026.. 🤍🌹

Program ini turut mendapat kerjasama SA Sepakat Jaya, Masjid Seri Sepakat, Kampung Haji Mean dan Kampung Sungai Berlian.

Semoga sambutan ini menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta membentuk generasi yang berakhlak mulia. ﷺ

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Murid-murid, warga sekolah, PIBG dan warga kampung

Pautan gambar :
https://photos.app.goo.gl/Xj2nuBXKLn3fjwDc6


🌷 ZIARAH CAKNA SEJAYA 🌷Warga SK Sepakat Jaya berkesempatan menziarahi Adik Nia Quraisya binti Mohd Radhi yang sedang dal...
15/09/2026

🌷 ZIARAH CAKNA SEJAYA 🌷

Warga SK Sepakat Jaya berkesempatan menziarahi Adik Nia Quraisya binti Mohd Radhi yang sedang dalam tempoh pemulihan selepas ditimpa kemalangan.

Semoga Adik Nia Quraisya dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala. 💐

Seluruh warga SK Sepakat Jaya mendoakan agar Adik Nia terus kuat dan ceria, serta dapat kembali ke sekolah dan belajar bersama rakan-rakan seperti biasa.

“Semoga cepat sembuh, Adik Nia. Kami semua menanti kepulanganmu ke sekolah.” ❤️



📚✨ PROGRAM NILAM SEJAYA – READ AND CLAIM ✨📚Alhamdulillah, Program NILAM: Read and Claim telah dilaksanakan sebagai salah...
15/09/2026

📚✨ PROGRAM NILAM SEJAYA – READ AND CLAIM ✨📚

Alhamdulillah, Program NILAM: Read and Claim telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid SK Sepakat Jaya. 📖❤️

Melalui program ini, murid digalakkan membaca pelbagai bahan bacaan dan seterusnya membuat tuntutan (claim) berdasarkan pembacaan yang telah dilakukan.

📚 Membaca membuka jendela ilmu
🌟 Ilmu membawa kita menuju kejayaan!

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian. Teruskan membaca, teruskan mencipta kecemerlangan! 💪📖✨

“Read More, Learn More, Achieve More!”




🚨🔥 LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN & KEBAKARAN SK SEPAKAT JAYA 🔥🚨SK Sepakat Jaya telah melaksanakan Latihan Kebakaran sebag...
15/09/2026

🚨🔥 LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN & KEBAKARAN SK SEPAKAT JAYA 🔥🚨

SK Sepakat Jaya telah melaksanakan Latihan Kebakaran sebagai langkah persediaan dan pendedahan kepada warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan.

Latihan ini telah dikendalikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang memberikan penerangan serta tunjuk ajar berkaitan tindakan yang betul ketika berlaku kebakaran.

💡 Melalui latihan ini, murid dan warga sekolah dapat meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta kemahiran dalam memastikan keselamatan diri dan orang lain.

👏 Terima kasih diucapkan kepada pihak Bomba atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan.

“Keselamatan Tanggungjawab Bersama” ❤️

Pautan gambar:
https://photos.app.goo.gl/uLgCzbrdKKZyEd887



🕌 PERTANDINGAN AZAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ 🕌Alhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan Azan sempena Sambut...
11/09/2026

🕌 PERTANDINGAN AZAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ 🕌

Alhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan Azan sempena Sambutan Maulidur Rasul di SK Sepakat Jaya pada 9.9.2026 🌙✨

Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat murid dalam bidang azan, di samping memupuk kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ serta membentuk keyakinan diri dan keberanian untuk tampil di hadapan khalayak.

Semoga aktiviti ini dapat melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cinta akan Rasulullah ﷺ.

❤️ Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.




🌙✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, SK Sepakat Jaya dengan kerj...
07/09/2026

🌙✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, SK Sepakat Jaya dengan kerjasama Masjid Kampung Seri Sepakat, AJK Kampung Seri Sepakat, AJK Kampung Sungai Berlian dan AJK Kampung Hj. Mean akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1448H.

📅 Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.45 pagi
📍 Tempat: Dewan Terbuka Aura Jauhari, SeJAYA
🎙️ Penceramah Jemputan: Ustaz Kasbullah bin Haji Kusni
Guru Takmir Batu Pahat

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. ❤️

🌟 “Ummah Sejahtera, Rasul Pembawa Cahaya” 🌟

Semoga program ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada seluruh warga SeJAYA dan komuniti setempat.




31/08/2026
31/08/2026

31 Ogos 2026 menandakan 69 tahun kemerdekaan negara. Tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, yang mencerminkan aspirasi untuk terus memperkukuh kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾✨❤️

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”Ayuh kita semarakkan se...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air dengan menghargai perjuangan serta pengorbanan para pejuang kemerdekaan. ❤️💙💛

Semoga Malaysia terus aman, makmur, bersatu padu dan sejahtera, serta generasi muda terus menjadi pewaris yang membawa negara ke arah masa depan yang gemilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Salam penuh kasih daripada warga SK Sepakat Jaya.
Sejak 1957, semangat Merdeka terus menyala!







🇲🇾

Address

Batu 9 1/2, Jalan Labis
Yong Peng
83700

Telephone

+6074675585

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sepakat Jaya Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category