Sek. Men. Islam Darul Izzah - SMIDI

Sek. Men. Islam Darul Izzah - SMIDI Sekolah Menengah Islam Darul Izzah
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Darul Izzah

https://linktr.ee/smidikedah
(1)

Dikala orang lain menikmati hari cuti, 17 orang pelajar SMIDI pagi ini memilih untuk hadir memenuhi sebuah jemputan. ๐ŸคBu...
25/08/2026

Dikala orang lain menikmati hari cuti, 17 orang pelajar SMIDI pagi ini memilih untuk hadir memenuhi sebuah jemputan. ๐Ÿค

Bukan kerana terpaksa, bukan kerana ganjaran, tetapi kerana ada nilai khidmat, adab dan kesediaan untuk membantu yang sedang mereka belajar dan semai dalam diri.

Alhamdulillah, seramai 17 orang pelajar Sek. Men. Islam Darul Izzah - SMIDI telah hadir memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Kesyukuran pada hari ini.

Kehadiran mereka mungkin hanya beberapa jam, tetapi mudah-mudahan langkah kecil yang dilakukan hari ini menjadi amal yang besar nilainya di sisi Allah SWT. ๐ŸŒฟ

Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kami titipkan buat tuan rumah, Hajjah Rahmah Binti Haji Awang dan keluarga atas jemputan yang penuh bermakna serta layanan yang begitu baik kepada anak-anak SMIDI.

Terima kasih kerana sudi membuka ruang, menyantuni dan berkongsi kegembiraan bersama anak-anak kami. Semoga segala hidangan, layanan, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi sedekah dan amal jariah yang terus mengalir pahalanya. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Terima kasih juga anak-anak SMIDI kerana membawa nama sekolah dengan akhlak, kesungguhan dan kesediaan berkhidmat.

Semoga Allah SWT membalas setiap langkah, masa dan tenaga yang dicurahkan dengan pahala yang berlipat ganda serta menjadikan kalian anak-anak yang sentiasa dekat dengan Rasulullah SAW. โค๏ธ

Inilah pendidikan yang sebenar โ€” bukan sekadar tentang apa yang dipelajari di dalam kelas, tetapi tentang bagaimana ilmu itu membentuk jiwa untuk memberi manfaat kepada orang lain.

๐ŸŒน Terima kasih tuan rumah. Terima kasih kepada insan-insan hebat SMIDI. Semoga pertemuan yang sederhana ini menjadi kenangan yang indah dan amal yang besar di sisi Allah SWT.








๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI PENGAJIAN 2027 KINI DIBUKA!

๐ŸŒŸ Jom bina masa depan bersama SMI Darul Izzah!

Pengambilan dibuka untuk pelajar TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5.

Di SMIDI, pelajar bukan sahaja mendapat pendidikan akademik, malah turut dibimbing dalam pendidikan agama serta pelbagai laluan untuk masa depan.

๐ŸŽ“ Laluan pendidikan yang ditawarkan:
โœ… SMA โ€“ Sijil Menengah Agama
โœ… SPM โ€“ Sijil Pelajaran Malaysia
โœ… Syahadah Thanawi

โœจ Antara kelebihan di SMIDI:
๐Ÿ“š Pendidikan Akademik & Agama
๐Ÿ“– Pengajian Al-Quran & Bahasa Arab
๐Ÿ› ๏ธ Program Kemahiran / TVET
๐Ÿค Pembangunan Sahsiah & Kepimpinan
๐Ÿซ Kolaborasi bersama institusi kemahiran seperti Kolej KEDA, GIATMARA dan Kolej Komuniti
๐ŸŽ“ Peluang mendapat tajaan pengajian kepada pelajar yang layak
๐ŸŒ Bimbingan dan bantuan pihak sekolah untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara

๐Ÿ“Œ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMI Darul Izzah!

๐Ÿ“ DAFTAR SEKARANG melalui pautan berikut:

https://my04.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=darulizzah

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi:
013 414 3573 โ€“ PK HEM

โœจ SMI Darul Izzah โ€” Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Bersedia Menghadapi Masa Depan.






๐ŸŒ™๐ŸŒ™ SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SMIDI 1448H ๐ŸŒ™Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Hari ini telah berlangsung S...
25/08/2026

๐ŸŒ™๐ŸŒ™ SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SMIDI 1448H ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Hari ini telah berlangsung Sambutan Maulidurrasul Peringkat SMI Darul Izzah dalam suasana penuh kecintaan dan keberkatan. ๐Ÿค
Isnin - 24 Ogos 2026.

Majlis dimulakan dengan perarakan Maulidurrasul mengelilingi kampung pada jam 6.30 petang. Perarakan ini turut disertai oleh 11 orang pelajar Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia yang sedang menjalani praktikum di SMI Darul Izzah. Kehadiran mereka menambahkan lagi kemeriahan serta mengeratkan ukhuwah antara warga pendidikan Malaysia dan Aceh. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Selesai perarakan, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin, solat Maghrib dan seterusnya ceramah Maulidur Rasul.

Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghidupkan sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. ๏ทบ

Terima kasih kepada seluruh warga SMI Darul Izzah, para guru, kakitangan, para pelajar serta semua yang bersama-sama menjayakan program ini.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ



๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹๐ŸŽ‹

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI PENGAJIAN 2027 KINI DIBUKA!

๐ŸŒŸ Jom bina masa depan bersama SMI Darul Izzah!

Pengambilan dibuka untuk pelajar TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5.

Di SMIDI, pelajar bukan sahaja mendapat pendidikan akademik, malah turut dibimbing dalam pendidikan agama serta pelbagai laluan untuk masa depan.

๐ŸŽ“ Laluan pendidikan yang ditawarkan:
โœ… SMA โ€“ Sijil Menengah Agama
โœ… SPM โ€“ Sijil Pelajaran Malaysia
โœ… Syahadah Thanawi

โœจ Antara kelebihan di SMIDI:
๐Ÿ“š Pendidikan Akademik & Agama
๐Ÿ“– Pengajian Al-Quran & Bahasa Arab
๐Ÿ› ๏ธ Program Kemahiran / TVET
๐Ÿค Pembangunan Sahsiah & Kepimpinan
๐Ÿซ Kolaborasi bersama institusi kemahiran seperti Politeknik, Kolej KEDA, GIATMARA dan Kolej Komuniti
๐ŸŽ“ Peluang mendapat tajaan pengajian kepada pelajar yang layak
๐ŸŒ Bimbingan dan bantuan pihak sekolah untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara

๐Ÿ“Œ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMI Darul Izzah!

๐Ÿ“ DAFTAR SEKARANG melalui pautan berikut:

"Pendaftaran Pelajar Baharu SMIDI"

https://my04.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=darulizzah

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi:
013 414 3573 โ€“ PK HEM

โœจ SMI Darul Izzah โ€” Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Bersedia Menghadapi Masa Depan.






๐ŸŒน SEMARAK CINTA RASUL ๐ŸŒนSumbangan Sempena Maulidur Rasul ๏ทบCinta kepada Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar diungkapkan, tetapi per...
25/08/2026

๐ŸŒน SEMARAK CINTA RASUL ๐ŸŒน
Sumbangan Sempena Maulidur Rasul ๏ทบ

Cinta kepada Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar diungkapkan, tetapi perlu disemai dalam jiwa generasi pewaris ummah.

Ayuh bersama-sama menyumbang kepada pendidikan anak-anak Darul Izzah agar lahir generasi yang mengenali, mencintai dan meneruskan perjuangan Rasulullah ๏ทบ.

Mudah-mudahan setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang terus mengalir serta asbab kita meraih syafaat Baginda ๏ทบ di akhirat kelak.

๐Ÿฆ BANK ISLAM
๐Ÿ’ณ No. Akaun: 02 0840 1003 5015
๐Ÿ“Œ TABUNG PEMBANGUNAN DARUL IZZAH

Walaupun sedikit pada pandangan kita, besar nilainya di sisi Allah apabila disumbangkan dengan penuh keikhlasan.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’

๐Ÿคฒ Sumbang, kongsikan dan jadilah sebahagian daripada usaha melahirkan generasi pencinta Rasulullah ๏ทบ.

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDURRASUL 1448H ๐ŸŒ™Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ s...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDURRASUL 1448H ๐ŸŒ™

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ serta menghayati perjuangan dan mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada Rasulullah ๏ทบ dan menjadi asbab untuk kita terus membina ummah yang berakhlak, berilmu dan bertakwa.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

โœจ SALAM MAULIDURRASUL 1448Hโœจ
Meneladani Akhlak Rasul, Membina Ummah Rabbani

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja SMI Darul Izzah

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI PENGAJIAN 2027 KINI DIBUKA!

๐ŸŒŸ Jom bina masa depan bersama SMI Darul Izzah!

Pengambilan dibuka untuk pelajar TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5.

Di SMIDI, pelajar bukan sahaja mendapat pendidikan akademik, malah turut dibimbing dalam pendidikan agama serta pelbagai laluan untuk masa depan.

๐ŸŽ“ Laluan pendidikan yang ditawarkan:
โœ… SMA โ€“ Sijil Menengah Agama
โœ… SPM โ€“ Sijil Pelajaran Malaysia
โœ… Syahadah Thanawi

โœจ Antara kelebihan di SMIDI:
๐Ÿ“š Pendidikan Akademik & Agama
๐Ÿ“– Pengajian Al-Quran & Bahasa Arab
๐Ÿ› ๏ธ Program Kemahiran / TVET
๐Ÿค Pembangunan Sahsiah & Kepimpinan
๐Ÿซ Kolaborasi bersama institusi kemahiran seperti Kolej KEDA, GIATMARA dan Kolej Komuniti
๐ŸŽ“ Peluang mendapat tajaan pengajian kepada pelajar yang layak
๐ŸŒ Bimbingan dan bantuan pihak sekolah untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara

๐Ÿ“Œ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMI Darul Izzah!

๐Ÿ“ DAFTAR SEKARANG melalui pautan berikut:

https://my04.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=darulizzah

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi:
013 414 3573 โ€“ PK HEM

โœจ SMI Darul Izzah โ€” Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Bersedia Menghadapi Masa Depan.






๐Ÿคฒ RAYUAN SUMBANGAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN SMIDISetiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil, amat besar ertinya bua...
24/08/2026

๐Ÿคฒ RAYUAN SUMBANGAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN SMIDI

Setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil, amat besar ertinya buat kelangsungan pengurusan dan pendidikan anak-anak di Sekolah Menengah Islam Darul Izzah (SMIDI).

Sumbangan dan infaq daripada para dermawan amat diperlukan bagi membantu menampung:
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Bayaran gaji guru & kakitangan
๐Ÿฝ๏ธ Tajaan makan & minum pelajar
๐Ÿ’ก Bayaran bil utiliti sekolah

๐Ÿ’š Jom bersama membantu SMIDI terus mendidik dan membina generasi pewaris ummah.

Sumbangan boleh disalurkan melalui QR Code pada poster atau ke akaun:

๐Ÿฆ Bank Islam
Tabung Pendidikan Darul Izzah
0208 4010 034 038
Rujukan: Sumbangan Pengurusan

Untuk pertanyaan boleh hubungi
013-404 5145 -Pengetua SMIDI / Ustaz Mohammad Iqbal Abu Yaziz.

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya dan asbab dipermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.

Jazakumullahu khairan kathiran atas keprihatinan, doa dan sokongan semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’š

24/08/2026

Jom semua! ๐Ÿ”ด LIVE SEKARANG!

Kuliah Perdana Maulidur Rasul sedang berlangsung malam ini bersama Maulidur Rasul Rabiulawwal.

๐Ÿ“ฒ Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengikuti siaran langsung di Facebook SMIDI. Jom tonton, dengar pengisian dan sama-sama menyemarakkan cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.

Tekan LIVE sekarang! โค๏ธ

๐ŸŒ… SEDEKAH PAGI | SAHAM UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAKPagi yang baik, jangan kita lupa titipkan sedikit rezeki untuk masa dep...
23/08/2026

๐ŸŒ… SEDEKAH PAGI | SAHAM UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Pagi yang baik, jangan kita lupa titipkan sedikit rezeki untuk masa depan anak-anak yang sedang menuntut ilmu. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Di sebalik senyuman dan semangat mereka, ada perjuangan yang perlu kita sama-sama bantu. Bengkel MUMTAZ Sijil Menengah Agama (SMA) 2026 bakal menghimpunkan 90 orang pelajar dari beberapa buah sekolah SMITI untuk memperkukuhkan ilmu, membina sahsiah dan mempersiapkan mereka menjadi generasi berilmu serta berakhlak.

Kos keseluruhan program mencecah RM27,000, dan kini masih diperlukan RM5,000 sahaja lagi.

๐Ÿ’š Jom jadikan sedekah pagi ini sebagai saham pendidikan mereka.

Mungkin kecil pada kita, tetapi besar nilainya buat mereka. Setiap ringgit yang diinfakkan menjadi sebahagian daripada usaha melahirkan generasi Qurani, berilmu dan bermanfaat untuk ummah.

๐Ÿ’ณ Tabung Pendidikan Darul Izzah
Bank Islam: 0208 4010 034 038
Rujukan - Bengkel SMA 2026.

Mohon kerjasama penyumbang budiman semua untuk memaklumkan kepada pihak sekolah bagi memudahkan urusan rekod dan kemas kini maklumat di pihak sekolah. Terima kasih atas kerjasama.

Pengetua SMIDI - Ustaz Mohammad Iqbal Abu Yaziz
013-404 5145 .

๐Ÿ“ฒ Imbas QR pada poster untuk memudahkan sumbangan.

โ€œSumbangan anda, harapan mereka.โ€
Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐ŸŒ™โœจ JEMPUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL ๏ทบ โœจ๐ŸŒ™Assalamualaikum w.b.t.Dengan segala hormatnya, seluruh warga sekolah, ibu bapa, pe...
23/08/2026

๐ŸŒ™โœจ JEMPUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL ๏ทบ โœจ๐ŸŒ™

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan segala hormatnya, seluruh warga sekolah, ibu bapa, pelajar serta masyarakat setempat dijemput menghadiri:

๐Ÿ•Œ MAJLIS MAULIDUR RASUL ๏ทบ
โ€œMeneladani Akhlak Nabi, Membangun Ummah Madaniโ€

๐ŸŽ™๏ธ Tajuk ceramah:
Rabiulawwal (Maulidur Rasul)

๐Ÿ‘ค Penceramah:
Ustaz Muhammad Shahmie bin Abu Seman

๐Ÿ“… Isnin, 24 Ogos 2026
โฐ 8.00 malam โ€“ 9.30 malam
๐Ÿ“ Masjid SMI Darul Izzah

Antara pengisian majlis:

๐Ÿ“ฟ Selawat
๐ŸŽ™๏ธ Ceramah
๐ŸŒน Sambutan Maulid
๐Ÿคฒ Doa

Majlis ini terbuka kepada semua hadirin, ikhwan dan akhawat.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ dengan menghadiri majlis ilmu dan selawat ini.

Cinta Rasul, Ikut Rasul, Bersama Membangun Ummah.

Mohon sebarkan. ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑู‹ุง

๐ŸŒŸ 3 Pelajar SMIDI Terpilih Sertai KYPP 2026 ๐ŸŒŸAlhamdulillah, hari ini 3 orang pelajar SMIDI yang terpilih telah diberi pe...
22/08/2026

๐ŸŒŸ 3 Pelajar SMIDI Terpilih Sertai KYPP 2026 ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, hari ini 3 orang pelajar SMIDI yang terpilih telah diberi peluang untuk menyertai Kedah Young Professional Programme (KYPP) Tahun 2026 โ€“ Zon Utara yang berlangsung di Pusat Sains Wilayah Utara, Alor Setar.

Program ini cukup istimewa kerana ia akan dilaksanakan dalam beberapa siri sepanjang tempoh 2 tahun, melibatkan penyertaan daripada 13 buah sekolah.

Bagi SMIDI, pemilihan tiga orang pelajar ini bukan sekadar satu penyertaan, tetapi merupakan satu amanah dan peluang besar untuk mereka menimba pengalaman, membina keyakinan diri, mengembangkan kemahiran serta mengenali potensi yang ada dalam diri masing-masing.

๐ŸŒฑ Harapan kami agar sepanjang perjalanan program ini menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna buat mereka.

Semoga ilmu yang dipelajari, pengalaman yang diperoleh dan sahabat yang ditemui sepanjang program ini menjadi bekalan untuk mereka melangkah lebih jauh pada masa akan datang.

Kami berharap mereka bukan sahaja pulang dengan ilmu, tetapi pulang sebagai insan yang lebih yakin, matang, berkemahiran dan berani memasang cita-cita yang lebih besar.

Teruskan belajar.
Teruskan meneroka.
Teruskan bermimpi besar.

Semoga tiga insan terpilih ini menjadi antara generasi yang bakal mencorakkan masa depan. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

๐ŸŒ™ SEDEKAH SUBUH JUMAAT | WAKAF PEMBINAAN ASRAMA SMIDI ๐ŸคฒJumaat datang lagiโ€ฆAda rezeki yang Allah titipkan dalam tangan ki...
21/08/2026

๐ŸŒ™ SEDEKAH SUBUH JUMAAT | WAKAF PEMBINAAN ASRAMA SMIDI ๐Ÿคฒ

Jumaat datang lagiโ€ฆ
Ada rezeki yang Allah titipkan dalam tangan kita, mungkin sebenarnya bukan untuk kita simpan, tetapi untuk dikongsi.

Hari ini, marilah kita sisihkan sedikit rezeki untuk membantu pembinaan asrama baharu SMIDI, demi menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan sempurna buat anak-anak pelajar.

๐Ÿ—๏ธ Bangunan ini sedang dibina.
๐Ÿคฒ Tetapi pembinaannya masih memerlukan bantuan kita.
โค๏ธ Mungkin sumbangan kita kecil, tetapi manfaatnya boleh menjadi besar untuk mereka.

Jadikan sedekah Subuh pagi Jumaat ini sebagai amal yang terus mengalir pahalanya, insya-Allah.

โ€œApa sahaja yang kamu infakkan pada jalan Allah, nescaya Dia akan menggantikannya.โ€
(Surah Sabaโ€™: 39)

๐Ÿ’š Jom sama-sama wakaf untuk pembinaan asrama SMIDI.
Walau RM10, RM20 atau sekadar kemampuan kita โ€” yang penting ikhlas.

๐Ÿฆ TABUNG PEMBANGUNAN DARUL IZZAH
Bank Islam: 0208 4010 035 015

๐Ÿ“ž Ustaz Iqbal: 013 013-404 5145

๐Ÿคฒ Semoga setiap ringgit yang kita hulurkan menjadi saham akhirat dan menjadi sebab keselesaan anak-anak SMIDI pada masa akan datang.

Address

Sek. Men. Islam Darul Izzah, Lot 2145 Kg. Perupok
Yan
06900

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:30
Tuesday 08:00 - 14:30
Wednesday 08:00 - 14:30
Thursday 08:00 - 14:30
Sunday 08:00 - 14:30

Telephone

+60134443466

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek. Men. Islam Darul Izzah - SMIDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sek. Men. Islam Darul Izzah - SMIDI:

Shortcuts

Share