Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar

Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA SK BUKIT BESAR)

24/3/2025M23 Ramadhan 1446HMajlis penyampaian slip UPKK sesi 2024.Tahniah buat anak² yang berjaya mendapat keputusan yan...
25/03/2025

24/3/2025M
23 Ramadhan 1446H

Majlis penyampaian slip UPKK sesi 2024.

Tahniah buat anak² yang berjaya mendapat keputusan yang baik. Yang kurang berjaya, jangan berputus asa, UPKK bukanlah penamat bagi segalanya, ianya adalah permulaan buat anak-anak semua dalam mengorak langkah menuju ke destinasi seterusnya untuk terus berjaya dalam apa jua bidang.

Apapun keputusan yg anak-anak dapat, ustaz dan ustazah ucapkan tahniah diatas hasil usaha anak² semua...teruskan berusaha di masa-masa akan datang, UPKK baru permulaan buat anak-anak, masih jauh lagi perjalanan semua menuju kejayaan, berjaya dalam apa jua bidang biarlah adab seiring berjalan bersama, berjaya dunia akhirat, insyaAllah..Aamiinnn

18/2/25Majlis Bacaan Yasin sempena awal tahun bagi sesi pembelajaran kelas KAFA SK KAFA Sekolah Kebangsaan Bukit Besar B...
01/03/2025

18/2/25

Majlis Bacaan Yasin sempena awal tahun bagi sesi pembelajaran kelas KAFA SK KAFA Sekolah Kebangsaan Bukit Besar

Bacaan yasin bersama guru-guru murid tahun 1-5 yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fahmi Asri , alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar, sesi PDP selepas rehat.

23/2/202524 Syaaban 1446HAHADTaklimt HALA TUJU UPKK SESI 2025KAFA SK BUKIT BESARBersama Ustazah Nor Azalina binti AyobPe...
01/03/2025

23/2/2025
24 Syaaban 1446H
AHAD

Taklimt HALA TUJU UPKK SESI 2025
KAFA SK BUKIT BESAR

Bersama Ustazah Nor Azalina binti Ayob
Penyelia KAFA Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk memberi beberapa taklimat serta pencerahan berkaitan UPKK bagi sesi 2025 ini, alhamdulillah.

Terima kasih atas kehadiran penyelia² KAFA Daerah Yan, guru-guru KAFA SKBB dan sokongan YDP PIBG, En Mohd Amin bin Awang, waris-waris tahun 4&5 serta semua pihak yg terlibat, terutamanya Guru Besar
SK BUKIT BESAR, Puan Nor Hashimah binti Ahmad selaku Pengerusi KAFA SKBB, yang banyak memberi pandangan, nasihat serta bimbingan buat kami guru-guru KAFA SKBB, alhamdulillah, sambutan para waris sangat baik.
Terima kasih sekali lagi.

Apa jua kerjaya kita ceburi, bekerjalah kita kerana Allah Taala, disitulah jua lubuk kita menjemput rezeki yang halal serta mengejar keberkatan dariNYA
💞💞💞💞

Cerita pada petang rabu 12/2/25.Sebelum sesi persekolahan bermula kita join dulu pertandingan bowling mahabbah bersama g...
15/02/2025

Cerita pada petang rabu
12/2/25.
Sebelum sesi persekolahan bermula kita join dulu pertandingan bowling mahabbah bersama guru² KAFA Daerah Yan di Sejati Bowl SP.

Wakil 3 orang kami saja dari KAFA SK.BUKIT BESAR, digabungkan bersama dua orang rakan seperjuangan dari KAFA SK.TOK MAT SALLEH, dapat tempat ke5 dari 16 berkumpulan wanita, alhamdulillah.

Kenangan yg amat manis bagi kami semua yang memang sukakan permainan seperti ini, semoga di tahun ini dan seterusnya KAFA Daearh Yan sentiasa adakan pelbagai lagi aktiviti mahabbah seperti ini @ apa jua aktiviti untuk mengeratkan lagi ukhwah diantara kami guru-guru KAFA, insyaAllah.

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah

Buat semua anak² murid KAFA SK BUKIT BESARSemoga diberi ketenangan hati dan dipermudahkan untuk menjawab soalan percubaa...
27/10/2024

Buat semua anak² murid KAFA SK BUKIT BESAR
Semoga diberi ketenangan hati dan dipermudahkan untuk menjawab soalan percubaan nanti serta beroleh kejayaan dunia akhirat, insyaAllah, Aamiinn

20 Rabiulawwal 1446H24 September 2024MSambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah KAFA SK Bukit Besar. Hasil kerjasama kam...
24/09/2024

20 Rabiulawwal 1446H
24 September 2024M

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah KAFA SK Bukit Besar.
Hasil kerjasama kami guru² KAFA seramai
12 orang, dengan izin Allah jualah semua ini tercipta segala memori di sini petang tadi, alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Terima kasih kami semua ucapkan buat Puan Nor Hashimah binti Ahmad, selaku Guru Besar SK Bukit Besar dan juga pengerusi KAFA SK Bukit Besar, yang banyak memberi cadangan, nasihat, pandangan serta buah fikiran untuk penambahbaikan lagi buat semua guru-guru di bawah naungan beliau, alhamdulillah.
Terima kasih juga buat En Azlan bin Abdullah, selaku PK KO SK Bukit Besar, dapat meluangkan masa memenuhi undangan hingga selesai majlis, alhamdulillah.
Tidak di lupakan juga ucapan terima kasih buat En Amin bin Awang, selaku YDP SK Bukit Besar, turut hadir memenuhi undangan kami dalam majlis tadi, alhamdulillah thumma alhmdulillah.

InsyaAllah, kami akan terus berusaha menjalankan amanah yang diberikan oleh semua ibu bapa untuk mendidik, memberi ilmu, serta membentuk sahsiah jati diri yang berakhlak buat semua anak-anak didik KAFA SK Bukit Besar, insyaAllah dengan izin Allah.

Buat guru penyelaras, Ustazah Salasiah, guru Kokurikulum Ustaz Fahmi, serta rakan² seperjuangan semua, jutaan terima kasih buat kalian semua yang telah memberi komitmen dan juga kerjasama yang terbaik bagi melancarkan program yang telah diaturkan walau dalam serba kekurangan, apa pun tahniah buat semua, semua ini berjalan lancar dengan izin Allah.

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.tMakluman Pendaftaran murid KAFA Tahun 1 dan pembelian buku sumber kafa bagi semua murid Tahun 1 hin...
26/02/2024

Assalamualaikum w.b.t

Makluman Pendaftaran murid KAFA Tahun 1 dan pembelian buku sumber kafa bagi semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sesi 2024/2025.

KAFA Sekolah Kebangsaan Bukit Besar akan membuka pendaftaran baru dan pembelian buku sumber kafa mengikut ketetapan berikut :-

Hari: Selasa, Rabu&Khamis
Tarikh: 27,28&29/2/2024
Masa: 9:00 Pagi-12:00 Tengah Hari
Tempat: Bilik KAFA SKBB

🔖Untuk pendaftaran murid Tahun 1, mohon waris membawa bersama salinan MyKid dan surat beranak ketika sesi pendaftaran.

📌Silibus buku Tahun 4 & 5 adalah baharu. Oleh itu, waris diwajibkan untuk membeli buku bagi setiap subjek tersebut.

✅Mohon waris menyediakan wang secukupnya bagi melancarkan urusan pada hari pendaftaran dan pembelian buku.

🔖Mohon diwar-warkan makluman ini kepada semua. Terima kasih.

08/03/2023

Ingat!

"Umur itu seperti ais batu dipakai atau tidak dipakai akan tetap mencair digunakan atau tidak digunakan umur kita tetap akan berkurang".....

08/03/2023
Majlis Bacaan Yasin dan Sambutan Maulidur RasulSpi/Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar Selasa, 01 November 2022
09/11/2022

Majlis Bacaan Yasin dan Sambutan Maulidur Rasul
Spi/Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar
Selasa, 01 November 2022

08/11/2022

Nasyid Qasidah oleh murid Tahun 5 Sukses Spi/Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar sempena sambutan Majlis Maulidur Rasul.

08/11/2022

Nasyid Qasidah oleh murid Tahun 5 Sukses Spi/Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar sempena Majlis Maulidur Rasul.

Address

Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kota Sarang Semut
Yan
06800

Opening Hours

Monday 14:30 - 17:30
Tuesday 14:30 - 17:30
Sunday 14:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kafa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar:

Shortcuts

Share