Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Furqan Titi Raga

Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Furqan Titi Raga Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Furqan T**i Raga(MATDAF)ditubuhkan pada hujung Tahun 2018 yang beralamat di Kampung T**i Raga,Yan Besar 06900 Yan Kedah.

No Pendaftaran JHEAIK - 23/2023
No Pendaftaran JAKIM - KZH9005 Pengajian di Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Furqan T**i Raga berteraskan Al Quran dan sunnah.Dan ia juga menjadi salah satu pusat Dakwah serta tempat melahirkan generasi Huffaz didaerah Yan Kedah. Madrasah ini kebnyakkan pelajarnya terdiri daripada Anak² dari keluarga yang kurang berkemampuan dri segi kewangan, salah satu usaha madrasa

h ini membantu golongan tersebut ialah tidak mengenakan Yuran dan di tanggung sepenuhkan oleh madrasah.. Oleh itu, Pihak kami amat² mengalu-alukan sumbangan dan bantuan dari semua pihak untuk sama-sama membantu meringankan bebanan yang di tanggung madrasah.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI SUMBANGAN TUAN PUAN SEMUA.. Jazakumullah.

✨️RAMADHAN 1447H / 2026M ✨️Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta‘ala ...
03/04/2026

✨️RAMADHAN 1447H / 2026M ✨️

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk menyuburkan lagi ibadah dalam bulan Syawal yang penuh keberkatan ini.

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh para penyumbang, penginfak, pewakaf serta pembayar zakat di madrasah kita.

Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang telah menghidupkan suasana Ramadan melalui sumbangan bagi program Ihya’ Ramadan, tajaan berbuka puasa, sahur dan moreh.

Sesungguhnya segala kebaikan yang kalian hulurkan amat besar nilainya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mudah-mudahan Allah membalas setiap sumbangan dengan ganjaran yang berlipat ganda, sebagaimana janji-Nya khusus di bulan Ramadan yang mulia .

Kami juga berdoa agar Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengampunkan segala dosa kita, menerima segala amal ibadah kita, dan menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa hasil daripada tarbiah Ramadan pada tahun ini.

Alhamdulillah, insyaAllah 🤲🤲

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN🕌Ramadhan semakin menuju penghujungnya. Kini kita berada di 10 malam terakhir, malam-m...
16/03/2026

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN🕌

Ramadhan semakin menuju penghujungnya. Kini kita berada di 10 malam terakhir, malam-malam yang penuh keberkatan dan ganjaran yang tidak terhingga.

Di saat kita memperbanyakkan ibadah dan mencari Lailatul Qadar, marilah kita sama-sama merebut peluang untuk menanam saham akhirat yang berpanjangan.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga sedang berusaha membina surau dan pembelian tanah bagi kemudahan para pelajar tahfiz untuk menu️ntut ilmu serta beribadah dengan lebih selesa.

Masih berbaki RM135,500 diperlukan untuk menyiapkan usaha ini.

Semoga Allah SWT mengalirkan pahala itu juga kepada para penyumbang walaupun kita telah tiada nanti.

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Apabila meninggal dunia anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."

Moga sedikit sumbangan kita menjadi sedekah jariah yang mengalir pahalanya tanpa henti.

📌 Salurkan Infaq Anda:
Maybank: 552125619832
(Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga)

Sebarkan juga kepada sahabat dan keluarga agar lebih ramai mendapat peluang beramal di 10 malam terakhir Ramadhan ini.

Semoga Allah menerima setiap amal kebaikan kita dan menemukan kita dengan malam Lailatul Qadar. 🤲✨

🌙 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN Inilah malam-malam yang penuh keberkatan… malam yang dijanjikan ganjaran pahala yang tidak t...
14/03/2026

🌙 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Inilah malam-malam yang penuh keberkatan… malam yang dijanjikan ganjaran pahala yang tidak terhingga.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga sedang berusaha membina surau serta membeli tanah demi keselesaan para pelajar tahfiz yang menghafaz kalam Allah setiap hari.

Bayangkan…
Setiap ayat Al-Quran yang mereka baca, setiap solat yang didirikan di surau ini, pahalanya akan terus mengalir kepada para penyumbang walaupun kita sudah tiada nanti. 🤲

💰 Kos diperlukan: RM360,000
📊 Baki diperlukan: RM145,000

Marilah kita rebut peluang infaq di 10 malam terakhir Ramadan, mudah-mudahan Allah temukan kita dengan Lailatul Qadar.

✨ Sedikit dari kita, besar nilainya di sisi Allah.

📌 Sumbangan boleh disalurkan ke:

Maybank: 552125619832
(Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga)

📞 Pertanyaan: 010-8706624 (Ust Zulhusni)

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berkekalan.
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. 🤍




🌙 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN "JANGAN BIARKAN IA BERLALU TANPA SEDEKAH"Di saat ramai antara kita berehat di rumah bersama...
12/03/2026

🌙 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

"JANGAN BIARKAN IA BERLALU TANPA SEDEKAH"

Di saat ramai antara kita berehat di rumah bersama keluarga, ada anak-anak tahfiz yang masih mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, bangun di malam hari untuk qiamullail dan berdoa.

Mereka adalah anak-anak , yang menuntut ilmu agama demi menjaga kalam Allah.

Bayangkan…
Setiap huruf Al-Quran yang mereka baca,
Setiap doa yang mereka panjatkan,
Ganjarannya juga mengalir kepada insan yang membantu mereka.

✨ Sempena 10 malam terakhir Ramadhan 1447H,

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga membuka peluang kepada semua untuk berkongsi rezeki bagi menjayakan:

• Solat Terawih & Qiamullail
• Tazkirah Ramadhan
• Majlis Tahlil Arwah
• Infaq Pelajar Asnaf
• Majlis Berbuka Puasa & Iftar Jamaie
• Sumbangan Aidilfitri kepada pelajar

🤲 Walau hanya RM10, RM20 atau sekadar kemampuan anda, ia sangat bermakna bagi mereka.

💚 Salurkan sumbangan anda di sini:
Bank Islam
02084010671069
Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga

Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta.”

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan menemani kita di alam sana nanti.

📲 Mohon bantu SHARE agar lebih ramai mendapat peluang bersedekah.




04/03/2026

✨TADARUS AL-QURAN SEPANJANG RAMADAN ✨

Alhamdulillah 🤍

Ramadan kembali menyatukan hati-hati kita dalam majlis tadarus Al-Quran.

Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi cahaya, penenang jiwa dan asbab syafaat di akhirat kelak.

Ya Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa dekat dengan Kalam-Mu. 🤲✨

Mudah-mudahan generasi yang dibimbing ini membesar dengan cinta kepada Al-Quran dan menjadikannya panduan hidup selamanya.

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا 🤲✨

04/03/2026

Alhamdulillah 🤍

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas jemputan ke Majlis Tahlil & Iftar di Teratak Tuan Halim.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan, melimpahkan keberkatan kepada tuan rumah serta menerima segala amal ibadah kita di bulan yang mulia ini.

آمين 🤲✨

✨️JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA DI PUREST HOTEL , SUNGAI PETANI .Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih 🤍Pihak kami ...
03/03/2026

✨️JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA DI PUREST HOTEL , SUNGAI PETANI .

Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih 🤍

Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada penaja yang telah bermurah hati menjemput para pelajar dan kakitangan madrasah untuk Majlis Berbuka Puasa di PUREST HOTEL.

Semoga segala kebaikan dan keikhlasan pihak tuan/puan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta dilimpahi rezeki dan keberkatan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah, sudi berkongsi rezeki bersama anak anak pelajar di bulan Ramadan yang berkah ini 🤲🤲.

Alhamdulillah 🤍✨Majlis Kesyukuran & Sempena Ramadan Al-Mubarak yang telah berlangsung pada 14 Februari 2026 di Madrasah ...
03/03/2026

Alhamdulillah 🤍✨

Majlis Kesyukuran & Sempena Ramadan Al-Mubarak yang telah berlangsung pada 14 Februari 2026 di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga telah selesai dengan jayanya.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran program dari awal hingga akhir.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu, penyumbang, bersama serta para ahli khidmat yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha, sumbangan dan kehadiran tuan/puan menjadi asbab keberkatan serta diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.

Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin terus mekar dan kita dipertemukan lagi dalam program-program akan datang, insya-Allah.



**iRaga

🌙 DAURAH KITAB FIQH PUASA 🌙Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Daurah Kitab Fiqh Puasa selama 2 sesi di Madr...
03/03/2026

🌙 DAURAH KITAB FIQH PUASA 🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Daurah Kitab Fiqh Puasa selama 2 sesi di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga.

Program ini memberi pendedahan yang jelas dan terperinci kepada para pelajar berkaitan hukum-hakam puasa, perkara yang membatalkan puasa, serta adab dan hikmah di sebalik ibadah Ramadan.

Semoga ilmu yang dipelajari menjadi panduan dalam beramal serta menyempurnakan ibadah puasa dengan lebih yakin dan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Ustaz Abdur Rahman atas kesudian menyampaikan Daurah Kitab Fiqh Puasa di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan serta diberkati Allah SWT.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesihatan yang berterusan dan kekuatan dalam menyebarkan ilmu kepada ummah.

اللهم بارك لنا في علمنا وانفعنا بما علمتنا 🤲✨

✨️MAJLIS TAUSIAH AL FADHIL SYEIKH AHMAD ALI SULAIMAN AL JA'FARI AL AZHARI ✨️Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terim...
27/02/2026

✨️MAJLIS TAUSIAH AL FADHIL SYEIKH AHMAD ALI SULAIMAN AL JA'FARI AL AZHARI ✨️

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Al Fadhil Syeikh Ahmad Ali Sulaiman Al Ja'fari Al Azhari atas kesudian hadir ke Madrasah kami bagi menyampaikan tausiah dan mutiara nasihat yang amat berharga.

Sesungguhnya kehadiran Syeikh merupakan suatu penghormatan besar serta memberi keberkatan dan inspirasi buat seluruh warga madrasah.

Kehadiran Syeikh bukan sahaja menyampaikan ilmu, bahkan menyuburkan semangat dan kecintaan para pelajar terhadap Al-Quran dan sunnah.

Semoga Allah SWT memanjangkan usia Syeikh dalam keberkatan dan terus memberi kekuatan dalam menyebarkan ilmu dan dakwah.

🕌 SUMBANGAN & INFAQ PEMBELIAN TANAHDAN PEMBINAAN SURAU 🕌“Setiap Ringgit Anda, Menjadi Saksi di Akhirat.”Ayuh bersama kit...
26/02/2026

🕌 SUMBANGAN & INFAQ PEMBELIAN TANAH
DAN PEMBINAAN SURAU 🕌

“Setiap Ringgit Anda, Menjadi Saksi di Akhirat.”
Ayuh bersama kita bina surau untuk generasi huffaz Al-Quran."

Setiap sumbangan yang dihulurkan amatlah dihargai dan diharapkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

💳 Saluran Sumbangan:
Maybank: 552125619832
(Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan T**i Raga)

Sebarang pertanyaan lanjut:
📞 http://www.wasap.my/0108706624

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan para penyumbang dengan sebaik-baik ganjaran. 🤲

Address

Yan
06900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60108706624

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Furqan Titi Raga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Furqan Titi Raga:

Shortcuts

Share

Category