09/08/2026
Day 221 | 365 :
9 OGOS 2026 | 25 SAFAR 1448H | AHAD :
πππππ₯π πππ£ππ π£ππ‘ππ‘ πππ₯π¦ππ π AHLI πππ ππππ π£ππ‘πππ₯ππ π¨π‘ππ©ππ₯π¦ππ§π (ππ£π¨)
KUALA NERUS, 9 Ogos 2026, Ahad - Bicara Kepimpinan bersama YBhg. Datuk Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) telah diadakan bertempat di Dewan Seminar CenTTM 1, Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM), UniSZA Kampus Gong Badak.
Program ini turut dihadiri oleh staf Akademik dan Pegawai Kanan Universiti. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee bin Hamzah, Pengarah Centre for Talent and Training Management (CenTTM) UniSZA dan diteruskan dengan sesi bicara oleh YBhg. Datuk Dr. Tengku Naufal yang memfokuskan aspek Pemikiran Strategik Dalam Kepimpinan Organisasi.
Program ini memberi penekanan terhadap kepentingan pembentukan budaya korporat yang kukuh, positif dan mampan dalam memperkasakan organisasi serta menyokong kecemerlangan dan kelestarian universiti.
Program ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Strategik Universiti bagi Strategi Teras 3: Bakat Berprestasi Tinggi, bagi menghasilkan bakat yang berimpak tinggi kepada universiti.
Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pandangan kepimpinan dalam memperkukuh nilai, integriti, kerjasama serta budaya kerja yang berkesan dalam kalangan warga UniSZA.
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi