SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI

SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI

Share

S - Sekolah
I - Integrasi
R - Rendah
A - Agama
J - JAWI

SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari

Photos from SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI's post 11/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERASMIAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽ‰ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ๐ŸŽ‰

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari. Program ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pelbagai aktiviti menarik bakal mengisi sambutan ini bagi menceriakan suasana dan menggalakkan penglibatan aktif murid dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan.

Semoga sambutan ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu dan berakhlak, malah mempunyai semangat patriotik, jati diri yang kukuh serta rasa cinta yang mendalam terhadap Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat merdeka dan bersama-sama menghargai nikmat keamanan serta kesejahteraan yang dikecapi!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

08/08/2026

โœจTAHNIAHโœจ

Tahniah diucapkan kepada Puan Jamilah Binti Panot diatas Kenaikan Jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) Siraj Abu Dzar Al-Ghifari.

03/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—ž & ๐—จ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฅ๐—”

Semoga semua calon diberikan ketenangan, keyakinan dan dipermudahkan urusan sepanjang menghadapi peperiksaan percubaan ini.

๐Ÿ“š Jawab setiap soalan dengan teliti.
๐Ÿคฒ Perbanyakkan doa dan mohon keberkatan daripada Allah.
๐ŸŒŸ Berikan yang terbaik tanpa rasa putus asa.

Yakinlah bahawa setiap usaha yang disertai dengan doa dan tawakal akan membuahkan hasil yang terbaik, insyaAllah.

Semoga berjaya kepada semua calon Peperiksaan Percubaan UPSRA & UPKK! ๐Ÿคฒ๐Ÿ“šโœจ





Photos from SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI's post 02/08/2026

HARI BICARA AKADEMIK SADA 2026

Photos from SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI's post 02/08/2026

โœจ Majlis Perpisahan Ustazah Suria โœจ

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, warga SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI telah mengadakan Majlis Perpisahan buat Ustazah Suria, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), yang akan meneruskan khidmat bakti sebagai Guru Penolong Kanan HEM di SIRAJ ABDULLAH IBNU ABBAS.

Sepanjang berkhidmat di SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI, Ustazah Suria telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang cemerlang dalam memastikan kebajikan serta pembangunan sahsiah murid sentiasa menjadi keutamaan. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan bakti yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Kami mendoakan agar Ustazah Suria terus dikurniakan kesihatan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menggalas amanah di tempat baharu.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam mendidik serta memimpin.

"Budi yang baik dikenang jua, jasa yang ikhlas menjadi inspirasi selamanya."

Photos from SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI's post 24/07/2026

PROGRAM ANTI BULI PERINGKAT SEKOLAH 2026

Photos from SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI's post 21/07/2026

๐Ÿ“ธ GOTONG-ROYONG SADA 2026 | KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2026 | PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA 2026

Alhamdulillah, tiga program utama SIRAJ ABU DZAR AL GHIFARI (SADA) telah berjaya dilaksanakan serentak dalam suasana yang penuh semangat, kerjasama dan ukhuwwah.

๐Ÿงน Gotong-Royong SADA 2026 menyaksikan warga sekolah berganding bahu menceriakan persekitaran sekolah agar lebih bersih, selesa dan kondusif.

๐ŸŒŸ Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2026 p**a memberi pendedahan kepada para pemimpin muda untuk membina jati diri, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama.

๐Ÿฅฃ Program Kacau Bubur Asyura 2026 menjadi medium mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga SADA melalui amalan bekerjasama dan menghidupkan tradisi yang penuh nilai kebersamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, murid, AJK serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan bagi menjayakan ketiga-tiga program ini.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh dan terus memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam keluarga besar SADA.

Photos from SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI's post 01/07/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari atas penyertaan dan pencapaian cemerlang dalam Program Mega Keris Perak Destini Juara Pengakap Kanak-kanak Peringkat Daerah Kepong 2026 yang telah berlangsung pada 27 hingga 28 Jun 2026 (Sabtu & Ahad).

๐ŸŒŸ Antara kejayaan yang telah diraih:

๐Ÿฅ‡ Syahamah binti Muhamad Syahir Nujabaโ€™ (4 Jujur)
โ€ข Ikatan dan Simp**an โ€“ Tempat Pertama ๐Ÿฅ‡
โ€ข Plogging โ€“ Tempat Ketiga ๐Ÿฅ‰

๐Ÿฅˆ Nur Aisyah Damia binti Rosli (6 Jujur)
โ€ข Ikatan dan Simp**an โ€“ Tempat Kedua ๐Ÿฅˆ

๐Ÿฅ‡ Muhammad Firas Khalish bin Mohd Sahfizan (6 Amanah)
โ€ข Plogging โ€“ Tempat Pertama ๐Ÿฅ‡
โ€ข Ikatan dan Simp**an โ€“ Tempat Ketiga ๐Ÿฅ‰

๐Ÿฅˆ Muhammad Rizq bin Mohd Rozman (6 Jujur)
โ€ข Plogging โ€“ Tempat Kedua ๐Ÿฅˆ

๐Ÿฅˆ Nik Muhammad Irsyad bin Nik Harithsan (5 Jujur)
โ€ข Plogging โ€“ Tempat Kedua ๐Ÿฅˆ

๐Ÿฅˆ Nur Aina Darwisyah binti Mohd Rizal (6 Amanah)
โ€ข Ikatan dan Simp**an โ€“ Tempat Kedua ๐Ÿฅˆ

๐Ÿฅ‡ Saif Matin bin Ahmad Hafiz (5 Jujur)
โ€ข Plogging โ€“ Tempat Pertama ๐Ÿฅ‡
โ€ข Ikatan dan Simp**an โ€“ Tempat Ketiga ๐Ÿฅ‰

๐ŸŽ–๏ธ Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya memperolehi Lencana Keris Perak & Lencana Kepandaian (Ahli Sains & Alam Sekitar):

- Muhammad Harraz Firdaus bin Abdul Alim (4 Amanah)
- Muhammad Fahim Irsyad bin Mohammad Khairul (5 Jujur)
- Syed Ammar Naufal bin Syed Izham (5 Amanah)
- Muhammad Firas Amsyar bin Mohd Shahril Hazry (6 Jujur)

Sepanjang program berlangsung, murid-murid bukan sahaja berjaya mencipta kejayaan dalam pertandingan, malah turut menunjukkan kemahiran kepengakapan yang cemerlang melalui ujian Ikatan dan Simp**an, aktiviti Plogging, serta melengkapkan syarat bagi penganugerahan Lencana Keris Perak dan Lencana Kepandaian (Ahli Sains & Alam Sekitar).

Pencapaian ini membuktikan kesungguhan, disiplin, semangat berpasukan serta ketahanan diri yang tinggi dalam kalangan ahli Pengakap Kanak-kanak SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari.

Guru Pengiring:
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Ustaz Kamal Khairi (Pemimpin)
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Cikgu Norizam (Pemimpin)
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Cikgu Syaqinah (Penolong Pemimpin)

Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru, pihak penganjur serta semua yang sentiasa memberikan sokongan, kerjasama dan doa.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan ahli Pengakap yang berilmu, berdisiplin, berkemahiran dan berbakti kepada masyarakat.

Tahniah, teruskan melangkah dan mengukir kejayaan! ๐ŸŒŸ




01/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—๐—”๐—ช๐—œ (๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—) ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก (๐—๐—”๐—ช๐—œ) ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

Bahagian Pelajaran JAWI akan membuka Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) bagi sesi 2027.

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ: 1 Julai hingga 30 Julai 2026

๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป: Secara dalam talian (Imbas Kod QR pada hari permohonan dibuka).
- Laman Web JAWI
- Facebook JAWI
- Facebook Sekolah
- Kain Rentang (di sekolah)

๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 7 tahun (lahir pada 2 Jan 2020 - 1 Jan 2021)
- Telah membuat permohonan di Sekolah Kebangsaan

๐—ž๐—ฎ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป:
- Murid yang memohon akan menduduki ๐—จ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—”๐— (๐—จ๐—ž๐Ÿญ๐—ฆ). Surat panggilan menduduki UK1S akan dimaklumkan melalui emel pemohon.
- Keputusan ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ atau ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ juga akan dimaklumkan melalui emel pemohon.

Harap maklum,
Terima kasih.

Photos from SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI's post 29/06/2026

๐ŸƒSEKUNTUM BUDI, SEHARUM MEMORI๐Ÿƒ

Majlis Sambutan Persaraan Guru Besar, Ustaz Kherul Anwar

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Kherul Anwar, Guru Besar SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari, atas segala jasa, bakti dan pengorbanan sepanjang memimpin serta mencurahkan khidmat kepada warga sekolah.

Sesungguhnya setiap bimbingan, nasihat dan kepimpinan yang diberikan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua.

Semoga persaraan yang bermula pada 26 Jun 2026 (Jumaat) membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan yang berpanjangan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, melimpahkan rezeki serta membalas segala jasa Ustaz dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.

โ€œJasa dikenang, budi disanjung, kenangan abadi sepanjang hayat.โ€

Terima kasih atas segalanya, Ustaz. Selamat menempuh alam persaraan. ๐ŸŒน๐Ÿคฒ

Want your school to be the top-listed School/college in Wangsa Maju?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot, Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara
Wangsa Maju
67768

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30