SRA Al-Muttaqin, Wangsa Melawati

SRA Al-Muttaqin, Wangsa Melawati

Share

SRA Al-Muttaqin adalah sebuah sekolah yang mempunyai dua sesi pagi dan petang yang terletak di kawasan Wangsa Melawati. Kod sekolah WPD 012.

25/02/2026

📢 PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025

Alhamdulillah, penantian yang dinanti bakal tiba!

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diumumkan pada:

🗓 25 Februari 2026 (Rabu)
⏰ Jam 10.00 pagi

Calon dan ibu bapa boleh membuat semakan rumusan keputusan secara dalam talian bermula jam 12.00 tengah hari melalui pautan:
🌐 https://semakan.islam.gov.my/

Semakan boleh dibuat menggunakan:
✔️ No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas; dan
✔️ Nombor Angka Giliran

Slip keputusan p**a boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan sepanjang pembelajaran diberkati dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Tahniah kepada semua calon UPKK 2025!

14/10/2025

Assalamualaikum wbt

Ibubapa/Penjaga SRA Al-Muttaqin

*🪔 CUTI SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 🪔*

📝 Sesi persekolahan akan disambung semula pada hari Khamis, 23hb Oktober 2025.

Perhatian dari ibu bapa serta penjaga amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Photos from SRA Al-Muttaqin, Wangsa Melawati's post 28/07/2025

Alhamdulillah, Mesyuarat bersama pihak Masjid dan Persatuan Penduduk berkenaan penganjuran sambutan Maulidur Rasul 1447H yang akan diadakan pada bulan September 2025 nanti.

Photos from SRA Al-Muttaqin, Wangsa Melawati's post 24/07/2025

PERJUMPAAN & LAWATAN KE SRA AL-MUTTAQIN DARI MASJID AL-MUTTAQIN

📅 Tarikh: 23 Julai 2025
🕚 Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: SRA Al-Muttaqin

Alhamdulillah, satu sesi perjumpaan dan lawatan ke SRA Al-Muttaqin telah diadakan bagi mengeratkan hubungan serta membincangkan kerjasama antara pihak masjid dan pihak sekolah.

Dari Pihak Masjid Ustaz Zakaria ketua Imam, bersama 6 orang kakitangan, disamping 15 orang guru.

Turut diadakan sesi perkenalan, perbincangan isu berkaitan kemudahan bersama, isu berbangkit serta lawatan ringkas sekitar kawasan sekolah.

Terima kasih atas kunungan mesra ini. Semoga kerjasama terus kukuh, insya-Allah.

Photos from SRA Al-Muttaqin, Wangsa Melawati's post 24/06/2025

Alhamdulillah,
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada WARGA SRA AL-MUTTAQIN diatas kejayaan dalam pertandingan IHTIFAL AULAD AL-ISLAMI peringkat Zon 4 yang diadakan pada 21/6/2025 bertempat di SRA Al-Jamiyyah, Air Panas.
Kalah dan menang adat pertandingan... Teruskan usaha lagi.

📌HAFAZAN (L) - Johan
📌KHAT (P) - Naib Johan
📌PENULISAN JAWI (P) - Ketiga
📌BERCERITA (P) - Keempat
📌HAFAZAN (P) - Kelima


21/04/2025

Assalamualaikum w.b.t...

Kepada Tuan/Puan / Ibubapa / Penjaga

Pendaftaran Tahun 1/2026 sudah dibuka dari 21 April sehingga 20 Mei 2025.
Minta cakna dengan perkara ini.Tempat adalah terhad.
Harap maklum terima kasih

Photos from SRA Al-Muttaqin, Wangsa Melawati's post 14/04/2025

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 1446H/2025M

Tarikh : 10 April 2025 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 11.15 pagi (Sesi Pagi)
: 2.30 petang - 5.15 petang (Sesi Petang)
Tempat : Dataran SRA Al Muttaqin

Penglibatan guru-guru dan murid-murid Sesi Pagi dan petang

Photos from SRA Al-Muttaqin, Wangsa Melawati's post 25/03/2025

Alhamdulillah...Tahniah kepada murid-murid Tahun 5 /2024 atas kejayaan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024.
Tahniah juga kepada semua Guru-guru dan juga ibubapa yang menjadi antara tonggak kejayaan ini.
Semoga SRA Al Muttaqin terus cemerlang setiap tahun dalam Peperiksaan UPKK dan UPSRA.

9A = 12 orang
8A = 8 orang
7A = 4 orang
6A = 4 orang
5A = 5 orang
4A = 3 orang
3A = 3 orang
2A = 5 orang
1A = 6 orang
0A = 7 orang
Jumlah 57 orang calon

GPS 2024 = 1.56

GPS 2023 = 1.61

Photos from SRA Al-Muttaqin, Wangsa Melawati's post 21/01/2025

Moment Hari Anugerah Cemerlang 2024/2025

Tarikh : 14 Januari 2025
Hari : Selasa
Masa : 2.30 - 5.15 petang
Tempat : Dewan Utama SRA Al Muttaqin
Perasmian oleh : Ustaz Mohamad Nishan Bin Ishak
Guru Besar SRA Al Muttaqin

Penglibatan : Guru-guru, murid-murid penerima Anugerah dan ibubapa

11/11/2024

Semoga calon-calon peperiksaan UPSRA di SRA Al Muttaqin dipermudahkan untuk menjawab soalan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang (MUMTAZ) dalam semua subjek.
ءامين يا رب العالمين

Want your school to be the top-listed School/college in Wangsa Maju?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Wangsa Melawati 6
Wangsa Maju
53300

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:15
Tuesday 08:15 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:15
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:15 - 17:15