PASTI As-Siddiq WP

Directions Contact the school

PASTI As-Siddiq WP Di PASTI AS-SIDDIQ, selain operasi utama iaitu pendidikan pra-sekolah PASTI, kami juga menyediakan perkhidmatan Smart PASTI, Transit dan Pra-Tahfiz.

kami bertempat di Pangsapuri Melur, Bandar Baru Sentul FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI

Satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognotif, psikomotor, bahasa, sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.

*PENDAFTARAN PASTI KAWASAN BATU SESI 2027 KINI DIBUKA*โ€ผ๏ธPusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Batu, Wilayah Persekutu...
31/08/2026

*PENDAFTARAN PASTI KAWASAN BATU SESI 2027 KINI DIBUKA*โ€ผ๏ธ

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan.

Terbuka untuk anak-anak yang berumur 4โƒฃ, 5โƒฃ & 6โƒฃ Tahun pada 2027.

๐Ÿซ Program :-

1๏ธโƒฃ SMART PASTI
โฐ 7.30 Pagi - 5.30 Petang

============

Bagi yang berminat, sila isi borang pendaftaran secara online melalui link dibawah :-

๐Ÿ’› PASTI IBNU SINA
( Lokasi : Taman Dato Senu )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/Pendaftaranibnusina2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Abu Bakar
( www.wasap.my/60162232718 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Nabihah
( www.wasap.my/601117760082 )

๐Ÿ’œ PASTI AS-SIDDIQ
( Lokasi : Pangsapuri Melur )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/PendaftaranAsSiddiq2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Muarrif
( www.wasap.my/601135969848 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Afiqah
( www.wasap.my/60104578728 )

๐ŸคŽ PASTI AS-SYAFEI
( Lokasi : Kampung Batu Muda )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/PastiAsSyafei2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Sufiyan
( www.wasap.my/60136967531 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Aina Afera
( www.wasap.my/60194245759 )

๐Ÿฉต PASTI AL-MUSTAQIM
( Lokasi : Bandar Baru Sentul )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/DaftarAlMustaqim2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Hafizuddin
( www.wasap.my/6014-5221840 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Khadijah
( www.wasap.my/601137405759 )

โค๏ธ PASTI AL-QAMAR
( Lokasi : Taman Changkat Desa )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/PendaftaranAlQamar2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Abdul Hafiz
( www.wasap.my/60179717592 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Rusmawiyah ( www.wasap.my/60179331298 )

๐Ÿฉท PASTI LITTLE DAIE
( Lokasi : Maxim Citylight )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/PendaftaranLittleDaie2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Asyiq
( www.wasap.my/60183991998 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Habibah
( www.wasap.my/601163838072 )

๐Ÿงก PASTI ABQARI
( Lokasi : Residensi Sky Awani 1 )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/PendaftaranAbqari2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Muarrif
( www.wasap.my/601135969848 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Hasanah
( www.wasap.my/60173053427 )

๐Ÿ’š PASTI AL-ABRAR
( Lokasi : Taman Koperasi Polis Fasa 2 )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/PendaftaranAlAbrar2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Alim Fahmi ( www.wasap.my/601157763409 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Muthi'ah
( www.wasap.my/60172343672 )

๐Ÿฉถ PASTI AN-NUR
( Lokasi : Taman Beringin )

๐Ÿ“ฑ Link Pendaftaran :-
https://tinyurl.com/RegisterAnNur2027

๐Ÿ“ž Pengurus: En Sufiyan
( www.wasap.my/60136967531 )
๐Ÿ“ž Ketua Guru: Cg Nurul Hanisah
( www.wasap.my/60195227486 )

============

Sekian, terima kasih.

PENGURUSAN PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BATU
WILAYAH PERSEKUTUAN

๐ŸšŒ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTI AS-SIDDIQ KE NEGERI SEMBILANTarikh: 24 Ogos 2026 (Isnin)Destinasi: Sekitar Port Dickson, ...
27/08/2026

๐ŸšŒ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTI AS-SIDDIQ KE NEGERI SEMBILAN

Tarikh: 24 Ogos 2026 (Isnin)
Destinasi: Sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan

Alhamdulillah, pada 24 Ogos 2026, PASTI As-Siddiq telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Sembilan. Lawatan ini memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar di luar bilik darjah sambil meneroka tempat-tempat menarik di sekitar Port Dickson. Sepanjang lawatan, anak-anak begitu teruja dan gembira mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang.

Destinasi pertama kami ialah Dโ€™Ostrich Farm. Di sini, anak-anak berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan seperti burung unta, kambing dan haiwan-haiwan lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang memberi makanan kepada haiwan serta menyertai aktiviti yang menyeronokkan seperti berlumba lari bersama burung unta. Pengalaman ini pastinya menjadi kenangan yang unik buat anak-anak.

Seterusnya, kami berkunjung ke Benns Chocolate. Anak-anak dapat melihat dan mempelajari bagaimana coklat dihasilkan. Mereka juga berpeluang merasai coklat premium serta membeli coklat untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Lawatan ini memberi pengalaman baharu kepada anak-anak tentang proses penghasilan makanan yang mereka gemari.

Perjalanan diteruskan ke Pantai Teluk Kemang. Anak-anak dan guru-guru mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan di papan tanda Pantai Teluk Kemang. Kami juga menikmati makan tengah hari bersama-sama di kawasan pantai sambil menikmati suasana yang indah dan mendamaikan.

Selepas itu, kami mengunjungi Pusat Ikan Hiasan. Anak-anak begitu teruja melihat pelbagai jenis ikan yang cantik, unik dan menarik. Lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang hidupan air serta memupuk rasa cinta dan menghargai keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Destinasi terakhir ialah Muzium Lukut. Di sini, anak-anak diperkenalkan dengan sejarah Lukut melalui pelbagai bahan pameran yang terdapat di muzium. Walaupun masih kecil, pengalaman melawat muzium dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang sejarah dan warisan yang perlu dihargai.

โค๏ธ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan kepercayaan serta peluang kepada anak-anak untuk menyertai lawatan ini dan menerokai salah satu daerah yang menarik di Negeri Sembilan.

Semoga setiap perjalanan, pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan ini menjadi kenangan yang indah dan pengalaman yang berharga buat anak-anak PASTI As-Siddiq. Semoga mereka terus membesar menjadi anak-anak yang berani meneroka, rajin belajar, menghargai alam dan sentiasa mensyukuri segala ciptaan Allah SWT.

Terima kasih ibu ayah kerana memberi peluang kepada anak-anak mencipta kenangan dan pengalaman yang tidak ternilai. โค๏ธ

PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG โœจ

Alhamdulillah.. Tahniah anak2 PASTI ASSIDDIQ โ™ฅ๏ธ
27/08/2026

Alhamdulillah.. Tahniah anak2 PASTI ASSIDDIQ โ™ฅ๏ธ

๐Ÿ†โœจ KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI KAWASAN BATU 2026 โœจ๐Ÿ†๐ŸŒฟ PASTI AS- SIDDIQ๐ŸŒฟAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala...
09/08/2026

๐Ÿ†โœจ KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI KAWASAN BATU 2026 โœจ๐Ÿ†
๐ŸŒฟ PASTI AS- SIDDIQ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala rezeki dan kejayaan anak-anak PASTI As-Siddiq dalam Alam Ria Pasti Kawasan Batu serta telah meraih 5 Johan 2 Naib Johan dan 1 saguhati๐ŸŒธ

๐Ÿฅ‡Pidato
๐ŸคHawa Huwaidah

๐Ÿฅ‡Bercerita Lelaki
๐ŸคAhmad Deedat

๐Ÿฅ‡Bercerita Perempuan
๐Ÿฅ‡ Hawa Hafiya

๐ŸฅˆNasyid
๐ŸคKumpulan Darul Siddiq

๐Ÿฅ‰Sajak Lelaki
๐Ÿค A***n Malek

๐ŸฅˆHafazan Lelaki
๐Ÿค Adam Mikael

๐ŸŽ–๏ธHafazan Perempuan
๐Ÿค Arissa Delisha

๐Ÿฅ‰Sajak Perempuan
๐Ÿค Nur Ayra Humaira

๐Ÿฅ‡Azan
๐ŸคNadim Ziyaad

๐Ÿฅ‡Khutbah
๐ŸคMuhammad Anas

๐ŸŒท TAHNIAH BUAT SEMUA ANAK-ANAK! ๐ŸŒท

Menang atau kalah bukan ukuran segalanya. Keberanian untuk tampil, usaha sepanjang latihan dan kesungguhan memberikan yang terbaik adalah satu kejayaan yang sangat besar. ๐Ÿฅน๐Ÿ’š

Terima kasih kepada semua guru, jurulatih, ibu bapa dan semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak PASTI As-Siddiq.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh. โœจ

PASTI As- Siddiq, Bersatu Hati, Raih Kejayaan๐Ÿ’š๐Ÿ†





23/06/2026

โšฝ๐Ÿ ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š & ๐๐Ž๐‹๐€ ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐† ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ ๐™๐™‰๐™๐™๐™† ๐˜ฝ๐™€๐™๐˜ผ๐™†๐™Ž๐™„!โšก๏ธ

Ayuh bersama-sama memeriahkan Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Wilayah Persekutuan 2026, medan terbaik mencungkil bakat, menyemai semangat kesukanan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga PASTI.

๐Ÿ“… ๐™๐™–๐™ง๐™ž๐™ ๐™: ๐™Ž๐™–๐™—๐™ฉ๐™ช, 27 ๐™…๐™ช๐™ฃ 2026
๐Ÿ•— ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™–: 8.00 ๐™‹๐™–๐™œ๐™ž โ€“ 2.00 ๐™‹๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ
๐Ÿ“ ๐™๐™š๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ฉ: ๐™Ž๐™‡๐™† ๐™Ž๐™ฅ๐™ค๐™ง๐™ฉ ๐˜พ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ง, ๐™…๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ 29/10๐˜ผ, ๐™ˆ๐™ช๐™ ๐™ž๐™ข ๐˜ฝ๐™–๐™ฉ๐™ช 68100 ๐˜ฝ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐˜พ๐™–๐™ซ๐™š๐™จ, ๐™†๐™ช๐™–๐™ก๐™– ๐™‡๐™ช๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ง

Majlis akan disempurnakan oleh:

๐“๐ง ๐€๐ณ๐ฆ๐ž๐ซ ๐’๐ฒ๐š๐ณ๐ฐ๐š๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐’๐ฎ๐ฉ๐š๐ซ๐ฆ๐ข๐ง
๐™†๐™š๐™ฉ๐™ช๐™– ๐˜ฟ๐™š๐™ฌ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ช๐™™๐™– ๐™‹๐˜ผ๐™Ž ๐™’๐™ž๐™ก๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ

Bersiap siaga menyaksikan aksi penuh bertenaga daripada para atlet cilik PASTI yang bakal menampilkan semangat juang, disiplin dan ukhuwwah di gelanggang.

๐Ÿ† Kawasan manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara BSBJ 2026?

Jom hadir, beri sokongan dan sama-sama meriahkan kejohanan terbesar sukan PASTI Wilayah Persekutuan tahun ini!



06/05/2026
EDARAN KURMA RAMADAN 1447 PASTI WILAYAH PERSEKUTUANTerima kasih diucapkan kepada PASTI Wilayah Persekutuan atas edaran K...
05/03/2026

EDARAN KURMA RAMADAN 1447 PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Terima kasih diucapkan kepada PASTI Wilayah Persekutuan atas edaran Kurma kepada anak-anak PASTI ASSIDDIQ.



05/03/2026

๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—จ๐— ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ : ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก & ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก

Kepada :
WARGA PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Sejak kebelakangan ini, pihak PASTI Wilayah Persekutuan menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa berkenaan Dasar Umum Pengambilan Tahun 1 Sesi 2027 yang membenarkan kemasukan murid seawal umur 6 tahun (5+).

Justeru, saya ingin berkongsi beberapa maklumat penting secara ringkas bagi menjelaskan isu ini :

1.PENGENALAN POLISI BAHARU

Bermula sesi persekolahan 2027, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan kemasukan murid ke Tahun 1 pada umur 6 tahun (5+). Dasar ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk membuat pilihan dan tidak bersifat wajib. Ibu bapa mempunyai hak untuk menentukan sama ada anak masing-masing memasuki Tahun 1 pada umur tersebut atau mengekalkan kemasukan pada umur 7 tahun seperti amalan sebelum ini.

2.KEMAMPUAN & KESEDIAAN ANAK

Bagi ibu bapa murid yang berumur 5 tahun pada tahun ini dan bercadang untuk mendaftarkan anak ke Tahun 1 pada 2027, keputusan tersebut mestilah dibuat dengan penuh tanggungjawab dan keyakinan terhadap kemampuan anak, khususnya dalam aspek:

- Membaca
- Menulis
- Mengira

Selain itu, kematangan, sosio emosi, disiplin diri, daya tumpuan dan kebolehan berdikari juga perlu dinilai secara menyeluruh.

3.TAHUN 1 BUKAN TEMPOH PERCUBAAN

Saya ingin menegaskan bahawa kemasukan ke Tahun 1 pada umur 6 tahun bukanlah satu tempoh percubaan. Apabila ibu bapa telah mendaftarkan dan anak memulakan sesi persekolahan, murid tersebut berada dalam sistem pendidikan secara sah dan rasmi.

Ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan pendaftaran atau menurunkan semula anak ke prasekolah selepas sesi bermula, kecuali melalui prosedur tertentu dan kelulusan pihak yang berautoriti. Oleh itu, keputusan perlu dibuat dengan pertimbangan yang matang dan teliti.

4.JIKA MASIH RAGU, KEKAL BERSAMA PASTI

Sekiranya ibu bapa masih bimbang tentang tahap kesediaan anak, langkah paling selamat dan lebih wajar adalah mengekalkan anak di PASTI dan meneruskan pembelajaran ke kelas 6 Tahun. Tempoh ini sangat penting untuk mengukuhkan asas pendidikan khususnya dalam akademik dan sahsiah sebelum melangkah ke sekolah rendah.

5.PENDAFTARAN PASTI 2027

PASTI Wilayah Persekutuan akan meneruskan pendaftaran seperti biasa bagi sesi 2027 untuk pengambilan murid berumur 4, 5 dan 6 tahun. Kami komited untuk terus menyediakan pendidikan prasekolah yang berkualiti, berteraskan akademik dan pembinaan sahsiah seorang Muslim.

6.SARANAN PASTI

Pihak PASTI menyarankan agar semua anak PASTI yang kini berumur 4 dan 5 tahun meneruskan pembelajaran di PASTI seperti biasa pada tahun 2027 bagi memastikan asas pendidikan mereka benar-benar kukuh dan menyeluruh.

Keutamaan kita bukanlah mempercepatkan tempoh persekolahan, tetapi memastikan anak-anak membesar dengan asas ilmu, akhlak dan kematangan yang seimbang.

Sekian, terima kasih.

๐‘ด๐‘ผ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ด๐‘ด๐‘จ๐‘ซ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ญ๐‘ฐ๐’๐‘ผ๐‘ซ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ซ ๐‘ต๐‘ถ๐‘ถ๐‘น
Pengarah
PASTI Wilayah Persekutuan

04/02/2026

FASA BAHASA : MENULIS BENTUK HURUF b p e f




PASTI Wilayah Persekutuan

Address

Wangsa Maju

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI As-Siddiq WP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI As-Siddiq WP:

Shortcuts

Share