SMK Taman Keramat

Call Directions Contact the school

SMK Taman Keramat Page Rasmi : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat

MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGORAssalamualaikum dan salam sejahtera.YBhg. Datin/YBrs. Dr/...
08/10/2026

MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN JEREBU

Untuk makluman semua, selaras dengan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 8 Oktober 2026, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor adalah DITUTUP SEPENUHNYA MULAI 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Sehubungan itu:

1. Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah JPN Selangor ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan.

2. Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

3. Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.

4. Ibu bapa/penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.

5. Ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Selangor/KPM.

6. Semua PPD dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa/penjaga dan murid di daerah masing-masing.

7. Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

SMART
17/09/2026

SMART

🌟 INFAQ SPM 2026 🌟1 Matlamat β€’ 1 Pasukan β€’ 1 SMART TerbilangAssalamualaikum dan salam sejahtera. πŸ’™πŸ’›Ayuh kita bersama-sam...
11/09/2026

🌟 INFAQ SPM 2026 🌟
1 Matlamat β€’ 1 Pasukan β€’ 1 SMART Terbilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. πŸ’™πŸ’›

Ayuh kita bersama-sama menyokong calon-calon SPM 2026 SMK Taman Keramat melalui sumbangan Infaq SPM 2026 bagi membantu penyediaan makanan calon serta pengurusan peperiksaan SPM.

πŸ’ Setiap sumbangan amat bermakna demi kejayaan anak-anak kita.

🀲 Doa β€’ Usaha β€’ Tawakal
Sumbangan anda, semangat mereka! ❀️

πŸ“Œ Sumbangan boleh disalurkan ke:
PIBG SEK MEN TMN KERAMAT
Maybank: 012183101690
Rujukan: INFAQ SPM

Jom bersama menyokong dan mendoakan kejayaan calon SPM 2026! 🌷✨

Adalah dipelawa kepada semua individu, organisasi, syarikat dan pengusaha kantin serta kedai buku sekolah yang berminat ...
12/08/2026

Adalah dipelawa kepada semua individu, organisasi, syarikat dan pengusaha kantin serta kedai buku sekolah yang berminat untuk menyertai sebut harga kantin dan kedai buku sekolah bermula 1 Disember 2026 sehingga 30 November 2028.

Semua borang boleh diakses dan dimuat turun melalui laman web eQS PPD Gombak

https://sites.google.com/view/eqsppdgombak/laman-utama

πŸ“Œ Tarikh mengakses dan memuat turun borang sebut harga kantin dan kedai buku sekolah boleh dibuat BERMULA :
10 Ogos 2026 (mula jam 12:00 tengah malam sehingga 23 Ogos 2026 (SEBELUM jam 11:59 malam)

πŸ“Œ Semua borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar ke sekolah-sekolah yang telah dipilih BERMULA :
10 Ogos 2026 sehingga 11 September 2026 (SEBELUM jam 12:00 tengah hari)

Untuk makluman semua, semua borang permohonan sebut harga tidak akan disediakan dalam bentuk fizikal di sekolah. Semua borang adalah dalam bentuk digital yang kemudian akan dicetak oleh pengusaha-pengusaha yang berminat.

Terima kasih

08/08/2026

Jommm ramai2 meriahkanπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

07/08/2026
05/08/2026

Something BIG is coming…..πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

πŸ“’ JEMPUTAN KE SOOPA DOOPA! πŸŽ‰Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sempena Hari Keusahawanan SMART 2026, pihak sekolah deng...
31/07/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KE SOOPA DOOPA! πŸŽ‰

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena Hari Keusahawanan SMART 2026, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput semua warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat setempat untuk memeriahkan aktiviti SOOPA DOOPA.

πŸ—“ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: SMK Taman Keramat
πŸ’° Bayaran: RM10.00 / sejam
βš– Berat maksimum peserta: 40 kg

🎈 Pelbagai keseronokan menanti dengan permainan inflatable yang selamat dan sesuai untuk kanak-kanak serta pelajar yang memenuhi syarat berat yang ditetapkan.

Marilah bersama-sama memeriahkan Hari Keusahawanan SMART 2026 sambil memberikan sokongan kepada program keusahawanan sekolah.

Kehadiran dan sokongan anda amatlah dihargai. Jumpa anda di SOOPA DOOPA! 🎊

πŸŽ‰ JEMPUTAN KE HARI KEUSAHAWANAN SMART 2026 πŸŽ‰Assalamualaikum dan salam sejahtera.Warga SMK Taman Keramat dengan sukacitan...
18/07/2026

πŸŽ‰ JEMPUTAN KE HARI KEUSAHAWANAN SMART 2026 πŸŽ‰

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Warga SMK Taman Keramat dengan sukacitanya menjemput ibu bapa, ahli keluarga, alumni, penduduk setempat serta orang ramai untuk hadir memeriahkan Hari Keusahawanan SMART 2026.

πŸ—“ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: SMK Taman Keramat

Kehadiran anda amat bermakna dalam memberi sokongan kepada usaha dan kreativiti warga sekolah. Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan suasana serta menyokong program yang dianjurkan.

✨ Kami mengalu-alukan kehadiran anda. Jumpa anda di SMK Taman Keramat!

Address

Wangsa Maju

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60342579837

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Taman Keramat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Taman Keramat:

Shortcuts

Share