PPWK WAKAF BHARU

PPWK WAKAF BHARU Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Wakaf Bharu

Alhamdulillah, pihak Darul Niswah Wakaf Bharu telah mengadakan bengkel kraf tangan bersama para pelajar tingkatan 1, 2 d...
21/05/2026

Alhamdulillah, pihak Darul Niswah Wakaf Bharu telah mengadakan bengkel kraf tangan bersama para pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 di Maahad Muhammadi Pasir Pekan. Program ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar dengan penglibatan yang aktif dan penuh semangat. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memberi manfaat, mencungkil kreativiti serta mengeratkan hubungan ukhuwah antara semua pihak yang terlibat.

Mesyuarat Darul Niswah Wakaf Bharu diadakan bagi membincangkan perancangan program akan datang serta menyelaras tugasan ...
14/05/2026

Mesyuarat Darul Niswah Wakaf Bharu diadakan bagi membincangkan perancangan program akan datang serta menyelaras tugasan yang telah dirancang demi kelancaran gerak kerja bersama.

27/04/2026
Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Darul Niswah Wakaf Bharu telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana yang cuku...
15/04/2026

Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Darul Niswah Wakaf Bharu telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana yang cukup harmoni 🌙✨

Alhamdulillah, kehadiran yang menggalakkan daripada semua yang terlibat telah menyerikan lagi majlis ini. Pelbagai juadah istimewa disediakan, gelak tawa dan ukhuwah jelas terasa, membuktikan bahawa Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi juga medan untuk mengeratkan silaturrahim dan menyatukan hati-hati.

Majlis ini bukan sahaja menjadi ruang untuk bermaaf-maafan, malah turut menjadi platform memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga Darul Niswah Wakaf Bharu. Setiap detik yang dilalui dipenuhi dengan keceriaan, kasih sayang dan kenangan indah yang pasti akan terus terpahat.

Semoga ukhwah yang terjalin ini terus mekar dan diberkati, serta menjadi asbab kepada kekuatan kita untuk terus melangkah dan berkhidmat dengan lebih baik pada masa akan datang 🤍

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 🌸

Riang ria di hari raya Darul Niswah W/Bharu...trm kasih semua yg dapat luangkan masa bersama keluarga darul niswah w/bhr...
15/04/2026

Riang ria di hari raya Darul Niswah W/Bharu...trm kasih semua yg dapat luangkan masa bersama keluarga darul niswah w/bhru pada hari ini..minta maaf jika ada yg terkurang dr kami.

Pakai baju berseri seri
Pergi membeli ikan patin
Selamat hari raya aidilfitri,
Mohon Maaf zahir dan batin
🥰

Darul Niswah Wakaf Bharu telah selesai mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perancangan program serta keseluruhan age...
13/04/2026

Darul Niswah Wakaf Bharu telah selesai mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perancangan program serta keseluruhan agenda bagi tahun ini. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua.

Hari ini penuh dengan kreativiti dan semangat belajar ✨Pelatih-pelatih kami berjaya mempelajari teknik membuat pola baju...
08/04/2026

Hari ini penuh dengan kreativiti dan semangat belajar ✨

Pelatih-pelatih kami berjaya mempelajari teknik membuat pola baju kurung moden, dari asas hingga siap dibentuk dengan kemas. Lebih membanggakan, ada juga pelatih yang terus melangkah ke hadapan dengan menjahit kurung moden mereka sendiri 👗

Setiap jahitan bukan sekadar benang dan kain, tapi hasil usaha, kesabaran dan minat yang tinggi 💪
Semoga ilmu hari ini menjadi langkah awal untuk terus maju dalam dunia jahitan dan fesyen 🌸

Address

Tingkat 1, Wisma Purnama, Kg. Belukar
Wakaf Baharu
16250

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Sunday 10:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPWK WAKAF BHARU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPWK WAKAF BHARU:

Shortcuts

Share

Category